Assalamualaikum, mungkin aku salah tempat nak bercerita di sini sepatutnya aku kena pergi luahkan di page KRT bukannya di iium confessions. Cuma mungkin luahan aku ni mungkin sedikit sebanyak memberi semangat pada aku yang tengah down beberapa minggu ni juga membuka mata pada lelaki bergelar suami.
Aku perkenalkan diri aku sebagai Anne. Umur aku 30 tahun. Sudah berkahwin dan memiliki seorang anak. Hidup aku biasa biasa saja. Takde lah susah takde lah senang. Aku berkahwin dengan suami ku biarlah aku kenalkan dia sebagai A. Hubungan kami baik tiada masalah. A merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga dimana dia telah kehilangan ayah belasan tahun yang lalu.
Jadi mertuaku, ipar ku A yang menjaganya. Alhamdulillah A mempunyai kerjaya yang boleh dikatakan kukuh juga. Kat situ aku respect sikap A kerana dia seorang anak yang bertanggungjawab dan dia tak pernah merungut sekali pon depan aku tentang tanggungjawab ini. Malahan dengan anak pun dia melayani dengan baik sekali.
Aku merupakan seorang wanita yang berkerjaya dimana dari sebelum kahwin sehingga anakku berusia 5 tahun aku tak pernah tak berkerja. Aku perlu berkerja kerana aku masih mempunyai ibu yang aku perlu kirimkan wang setiap bulan. Ye, aku memang latih diri aku untuk memberi duit kepada ibu ku setiap bulan dari hari pertama aku mula berkerja sehingga sekarang. Bagi aku keberkatan hidup aku terletak pada doa dan restu ibuku.
Rasa down yang aku alami sekarang ni berlaku apabila aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebuah syarikat ternama. Keputusan aku ini dipersetujui oleh A juga dimana sebelum aku membuat keputusan ini, aku dah tanya A banyak kali. Aku risaukan komitmen seperti kereta, sekolah anak, insuran aku dan anak. Semuanya kami bayar samarata (kecuali insuran aku).
Jadi A membenarkan aku berhenti kerja. Katanya dia mampu menjaga ku dan anak. Dan kini aku merupakan suri rumah sepenuh masa tetapi dalam masa yang sama aku sedang ‘job haunting’ di mana mana syarikat lain.
Semenjak aku menjadi suri rumah, A tidak pernah langsung memberi kan duit poket pada aku. Kadang kadang anak aku minta nak beli itu ini di kedai aku terpaksa menolak. Kesian pula dengan anak aku. Aku pelik kenapa A tak nak bagi duit poket pada ku.
Bila aku tanya tentang nafkah, A mengatakan rumah, kemudahan, makan pakai itu sudah dikira nafkah. Aku mendiamkan diri sahaja. Selama ini aku tak pernah membebankan A dengan nafkah bulanan memandangkan aku berkerja dan aku mampu sara diri aku sendiri. Itupun aku buat tak tahu je asalkan aku masih mampu.
Pernah beberapa kali bergaduh dengan A kerana isu nafkah. A mengatakan aku tidak bersyukur sedangkan sebagai seorang suami tugas tempat tinggal, makan, pakai itu adalah keperluan asas dimana suami wajib memberi kepada isteri. Betul ke? Kalau aku silap mohon dibetulkan kawan kawan.
Yang menghibakan aku bila selama aku kahwin dengan A dia mampu memberikan duit pada ibunya. Tapi kenapa bila dalam beberapa bulan aku tak berkerja ni dia langsung tak boleh nak bagi pada aku juga? A bukan pokai. Dia ada moto besar. Dia membeli barangan branded. Dia masih mampu memiliki Iphone. Sedangkan aku pakai barangan biasa biasa sahaja. Itupun langsung aku tidak merungut atau meminta untuk dibelikan macam macam.
Jadi aku tak nampak apa yang kurangnya A. Aku tak mintak banyak, cukuplah untuk belanja time emergency. Aku hantar dan ambil anak balik sekolah, buatnya jadi apa apa kat tengah jalan mana aku nak cekau duit? Duit simpanan aku semua dah habis. A tak fikir ke pada aku dan anak kalau terjadi apa apa? Ianya membuat aku menjadi ‘overthinking’ bahawa A tak sayang dan pedulikan aku.
Semestinya seorang suami kena fikir tentang isteri dan anak. Tapi untuk A dia seakan endah tak endah sahaja. Bila aku mempertikaikan tentang nafkah, alasannya adalah sama : rumah, bil air, bil api makan itu dikira nafkah.
Padahal kalau aku tak kahwin dengan A sekalipun itulah yang A perlu berikan setiap bulan dan sampai bila bila kerana didalam rumah tersebut bukan aku dan anak sahaja yang menggunakan segala kemudahan, mertuaku dan iparku juga sama. Segala yang A berikan dan bayarkan untuk ibunya langsungkan aku tak bising dan pertikaikan. Aku cuma minta bahagian aku sedikit saja. Maka apakah nafkah yang spesifik untukku?
Aku mengaku kadang kadang aku cemburu melihat abang tiri suami aku mampu menyara keluarga nya walaupun si isteri tidak berkerja bertahun lamanya. Masih mampu memberikan yang terbaik untuk keluarga. Aku hanya beberapa bulan sahaja sudah dengar macam macam bunyi.
Mengeluh nak bayar kereta, mengeluh nak bayar sekolah anak,mengeluh nak bayar insuran. Tapi bila tiba dia berbelanja untuk dirinya takde pula aku dengar keluh kesahnya. A apa yang aku lihat hanya wayang dihadapan kawan kawan. Aku yang mengalami ni merasa menyampah. Masih wujud ye manusia ‘indah kabar dari rupa ni’.
Aku bersyukur kerana aku tak dikurniakan sifat ‘biar papa asal bergaya’. Aku membeli keperluan yang paling asas sahaja untuk diri ku. Baju, kasut, beg pun tak bersilih ganti. Sepatutnya A perlu melihat dari sudut perspektif lain bila aku menyuarakan tentang nafkah kerana yang aku tahu nafkah isteri ni bukan setakat tempat tinggal sahaja kerana itu adalah keperluan asas bersama. Nafkah berupa wang belanja juga harus diberikan pada isteri. Betulkah kawan kawan? Betulkan aku jika aku silap.
Sehingga sekarang aku blurr tentang definisi pemberian nafkah. Aku tak mempunyai pengetahuan luas tentang nafkah. Bila aku salah tafsir nanti aku dicop tak bersyukur lah, materialistik lah. Aku tak suka dianggap dengan panggilan sebegitu kerana aku adalah seorang ‘independent woman’. Aku harap suami diluar sana tolong faham apa itu nafkah. Lebih lebih lagi jika anda mempunyai isteri seorang surirumah.
Aku malu nak mengadu pada ibuku. aku khuatiri ibuku susah hati. Aku juga malu nak mengadu pada adik beradik ku kerana adik beradik ku melihat A sebagai lelaki yang berkerjaya sempurna. Sedangkan belakang tabirnya hanya aku yang mengalaminya.
So akhir kata dari aku, sebagai seorang lelaki, perkahwinan ini bukan kerana cinta tetapi melibatkan banyak komitmen. Kalau awak masih belum mampu, bersedia dan memahami tentang isu isu kecil seperti ini baik awak fikir masak masak sebelum nak meminang anak orang. Wanita ni memang tidak bersuara lagi lagi wanita yang berdikari. Tapi jangan kerana sikap wanita yang tidak bersuara itu secara tak sedar awak mengabaikan tanggunjawab sebagai suami.
Kita selalu nampak dosa si isteri kerana tidak mampu melayani suami dek kerana kerja yang busy. Tapi secara tak sedar kita juga berdosa kerana tidak memberikan hak isteri sehingga isteri terpaksa keluar berkerja demi membantu meringankan beban sang suami. Berilah hak sang isteri walaupun hanya sekadar RM10 sebulan. Kerana nafkah itu adalah perkara wajib bagi sang suami terhadap sang isteri.
Aku harap kawan kawan doakan aku supaya mendapat pekerjaan dengan segera kerana aku nak membantu kembali suami ku untuk aku memberi duit pada ibuku, membayar komitmen dan utilities yang telah lama aku tinggalkan. Aku tak boleh duduk dalam keadaan macam ni lama lama. Rasa bersalah dan rasa menyusahkan tebal dalam diri aku (walaupun isteri tak wajib pon berkerja).
Niat aku hanya satu, ingin meringankan beban suami. Biarlah Allah swt sahaja menilai aku macam mana kerana Dia lebih mengetahu isi hati ku.
Sekian, Assalamualaikum.
– Anne (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit