Jangan Terlalu Memaksa

Assalamualaikum, hai. Aku gelarkan diri aku Ida. Aku seorang J, suami aku telah pun bertemu sang Pencipta 3 tahun lepas. Suami aku sangatlah baik, dan pada pandangan aku dia adalah seorang yang sempurna. Dia tak ada harta, tapi dia mempunyai sikap yang luarbiasa baiknya.

Bukan dia sahaja, parents dan adik-beradiknya sangat baik. Ya, family mertua aku sangat baik, walaupun aku tak mampu bagi cucu untuk mereka, tapi mereka sangat baik.. Aku duduk sekali dengan family mertua, aku dilayan macam anak diorang sendiri. Tak ada bermasam muka, tak ada salah faham.

Dan sehingga harini, walaupun suami aku dah ‘pergi’ aku masih lagi duduk dirumah mertua. Bukan aku yang taknak keluar, tapi ayah mertua cakap.. Biarlah aku duduk sini dulu..

Tapi bukan itu yang aku nak cerita, aku nak cerita pasal benda lain. 3 bulan lepas, mak aku tanya, bila aku nak cari pengganti Arwah. Aku agak terkejut, sebab sebelum ni mak aku sayang gila dekat arwah, dan dia cakap dia takkan paksa aku untuk cari lain. Sebab dia pun tahu arwah tu baik sangat..

Bila dia tanya macam tu, aku hanya jawab “ish mak ni, takde laa orang nak cari pengganti”. Aku sangkakan mak hanya bertanya je.

Seminggu lepastu aku balik kampung, mak aku cakap “mak ada kenal dengan anak pakcik samad, baik orangnya. Duda anak 4, kaya.. Kerja bagus, mak nak jodohkan dengan Ida”.

Aku cakap “mak, kan Ida dah cakap.. Belum terfikir nak cari pengganti, dan silap-silap memang takde penggantinya”. Mak aku terus diam, bermasam muka. Aku pun diamkan je. Esoknya mak cakap lagi dengan aku “mak dah jumpa pakcik samad. Mak memang dah berkenan dengan anak dia. Anak dia tu orang senang”.

Aku masa ni dah menangis, sebab aku sayang arwah. Tak mungkin ada pengganti dia. Buat apa kalau aku kahwin tapi masih ingat dekat arwah. Sebelum Aku balik rumah mertua, mak aku cakap “kahwin dengan dia, atau Ida takkan jumpa mak lagi”.

Spontan aku terus cakap “kenapa mak cakap macamtu? Kenapa nak paksa Ida?” Aku terus masuk kereta, sepanjang otw balik tu memang aku menangis. Sampai kering air mata.

Dah sampai rumah mertua, malam tu aku bincang dengan parents in law aku. Aku tanya, macam mana, patut ke aku kahwin, then mil cakap “kami takde hak nak tentukan Ida, kami takut kalau kami cakap itu ini, diorang salah faham pula. Takut kami ni dituduh mengongkong ida. Tapi apa-apapun ida buat solat istikharah dulu.”

Hari-hari aku buat solat istikharah. Minta petunjuk, tapi tak nampak ‘clue’ pun.

At the same time, mak aku memang dah taknak call aku, or jawab call. Balas whatsapp semua taknak. Dah 3 minggu kot aku tak cakap dengan mak aku, aku dah tak boleh fikir, adik beradik aku pun dah tak boleh buat apa.

Then aku decide, okeylah. Aku kahwin juga dengan lelaki tu. Aku jumpa mak dan terus cakap aku setuju, walaupun aku belum kenal siapa lelaki tu.

3 hari lepas aku cakap setuju, abang aku call. Abang aku cakap, tak payah kahwin dengan dia. Sebab dia bukan lelaki yang baik. Kaki pukul, minum dan pendek kata. Lelaki tu social laa. Aku letak fon, aku terus sujud syukur. Allah masih nak selamatkan aku.

Buatnya aku dah kahwin dengan dia, mana aku nak lari? Mak aku call aku, sambil nangis mak aku minta maaf dekat aku. Katanya dia terpengaruh cakap orang, dia terlampau cepat buat keputusan.

Tolonglah pada makcik kat luar sana, kalau nak jodoh-jodohkan orang tu. Tengok lah dulu latar belakang lelaki/perempuan tu macam mana, jangan pandang harta sahaja. Yang nak kahwin tu dia, bukan makcik. So biarlah dia decide sendiri.

Thanks yang sudi membaca. Assalamualaikum.

– Ida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *