Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin kalau post ini tersiar. Post ni aku nak cerita pasal OCD dan cara aku buang masalah ni dari diri aku.
Zaman sekarang ni kalau kita cakap pasal gangguan obsesif kompulsif atau popular disebut OCD, memang ramai yang mengaku depa ada OCD. Seronok ke ada OCD ni? Sampai mengaku ada OCD hanya sebab suka susun hanger sama warna, kena lipat baju sama saiz, kena susun pen sama tinggi etc etc.
Itu bukan OCD kawan-kawan. Itu perfeksionis. Walaupun orang kata perfeksionis adalah salah satu cabang OCD, tapi kajian kesihatan membuktikan perfeksionis tiada kaitannya dengan OCD.
OCD ni lebih kepada gangguan perasaan dan mental yang teruk sampai boleh akibatkan kemurungan teruk dan ada yang masuk hospital psikiatri. Saintifiknya disebut OCD, islamiknya kita panggil was-was.
Dulu aku seorang penderita OCD yang pada aku teruk juga. Sampai aku alami masalah kecelaruan perasaan dan akibatnya sekarang pun aku masih ada gangguan berkaitan OCD ni dan meninggalkan rasa anxiety atau kerisauan melampau pada diri aku.
Aku tak ingat bila aku mula ‘terjebak’ dengan masalah OCD ni. Masalah ni bukan sengaja kita datangkan. Tapi dia disebabkan oleh faktor sekeliling yang buatkan kita start berfikir tentang sesuatu perkara. Macam aku, aku sangat bermasalah dengan kebersihan dan keselamatan. Kenapa aku kata dulu? Sebab sekarang aku dah kawin, penyakit ni makin berkurang. Nanti aku cerita macam mana boleh kurang.
Aku mula ada masalah OCD masa nak solat, nak mandi, dan nak tidur. Aku akan ambik masa hampir sejam untuk ambik wuduk. Sebelum wuduk mesti kena cuci atas bawah yang ambik masa setengah jam lebih. Berulang-ulang aku buat sampai aku fed up tapi aku masih teruskan juga sebab seolah-olah ada orang cakap dalam kepala aku “baik kau cuci lagi. Tak bersih tu. nanti tak sah solat. Nanti tak bersih!”
Sama jugak dengan ambik wuduk. Berulang-ulang sampai lencun baju. Padahal dah elok dah ambik. Tapi tak puas hati jugak. Kalau mandi pun sama. Nak-nak kena mandi wajib lepas period. Sejam setengah tak lari. Mak abah aku memang marah betul kalau aku duduk lama dalam bilik air. Biasalah, bila dah mengikut perangai setan, camtu lah jadi nya.
Nak tidur pun aku ada masalah. Aku kena cek seluruh badan aku. Nak lelapkan mata tu macam-macam aku buat. Tengok hidung, tengok tangan, tengok kaki. Berulang-ulang sampai letih. Aku tak pasti kenapa aku buat macam tu tapi aku jadi takut kalau aku tak cek, aku akan mati dalam tidur. Itu aje yang aku fikir masa tu. Bayangkanlah kalau korang ada kat tempat aku?
Nak start solat pun sama. Aku pernah hampir 40 minit hanya nak angkat takbir sahaja. Haha! Seriously aku sendiri tak paham kenapa boleh jadi macam tu. Hanya orang yang pernah alami je yang tahu apa aku rasa.
Sampai satu tahap aku sangat penat sebab ianya mengganggu rutin aku. Aku jadi lambat nak siap, lambat nak selesaikan kerja lain sebab aku dah ambik masa yang lama untuk puaskan masalah OCD aku tu. Menangis aku mengenangkan kenapa aku ada masalah ni. Kenapa orang lain tak macam aku.
Bertahun aku terhimpit dengan masalah tu sampailah aku kawin. Hari pertama lepas kawin, aku mandi lama. Sampai suami aku balik dari masjid masa tu aku belum selesai mandi. Dia tegur aku kenapa aku mandi lagi dan belum solat subuh. Aku cerita kat dia masalah aku. Kena marah jugak sebab layan perasaan tu sampai lewat solat.
Sejak dari tu, aku cuba lawan. OCD ni gangguan minda. Jadi kalau kita ada masalah ni, kita kena belajar kawal minda kita dari layan penyakit ni. Kita kena tetapkan dalam diri yang benda tu hanyalah mainan minda yang nak buatkan kita leka, susah hati. Senang cerita, gangguan setan.
Selain dari aku kawal minda aku, aku banyakkan doa supaya aku terhindar dari gangguan-gangguan macam ni. Aku banyakkan baca quran, hari-hari aku baca (kecuali masa period). Aku baca tafsir sekali. Aku baca artikel keagamaan pasal was-was. Aku latih diri supaya tak fikir perkara yang tak elok.
Alhamdulillah, hampir 9 tahun aku kawin, aku dah boleh kurangkan masalah OCD aku ke tahap yang minima. Walaupun aku masih ulang-ulang cek pintu rumah, cek gas stove, cek tingkap, cek plug.
Walaupun aku masih cuci tangan berulang kali lepas pegang itu ini. Sekurang-kurangnya aku dah boleh solat kurang dari 15 minit. Aku dah boleh cuci kencing kurang dari 5 minit. Aku dah boleh ambik wuduk sekali (walaupun kadang terbabas gak 3-4 kali) Haha.
Cuma sekarang, masalah anxiety atau kerisauan melampau masih aku tak boleh bendung. Aku cepat panic dan berdebar. Paling ketara kalau suami atau orang terdekat, mak abah aku ke akan travel ke mana-mana. Kepala otak aku ni takkan tenang selagi dorang tak sampai ke destinasi dorang. Aku takkan tidur kalau dorang belum sampai kalau dorang gerak malam.
Waktu yang paling aku tak gemar, travel malam. Nak naik bas risau, nak naik motor risau. Nak lintas jalan fikir macam-macam. Masuk panggung risau panggung runtuh. Lalu bawah flyover risau bas atau lori terbabas jatuh ke bawah.
Bila fikir benda macam tu kau jadi gelabah dan berdebar. Masalah ni sampai sekarang aku belum boleh pulihkan. Tapi aku keep going doa supaya aku terhindar dari fikir benda-benda ni semua. Aku harap aku boleh pulih seperti sedia kala. Sebab masalah ni buatkan aku penat. Aku rasa hidup aku ada halangan.
Banyak lagi momen-momen OCD aku kalau nak diceritakan kat sini. Boleh makan tahun jugak tu. Hehe. Cuma inilah sedikit-sebanyak kisah aku penderita OCD ni. Moga-moga ianya dapat bantu sesiapa yang senasib dengan aku untuk lawan dan kalau boleh buang terus dari hidup kita. Yang penting, yakin dan tawakal.
Jadi, sesiapa yang ada masalah macam aku ni, dia boleh kategorikan diri dia ada OCD atau was-was ni. Cubalah lawan. Latih diri supaya jangan fikir sangat dan tenangkan perasaan. Memang susah kawan-kawan.
Tapi, percayalah. Kita boleh buat. Sebab aku tahu betapa terseksanya bila kita kena hadap benda ni setiap hari. To all OCD sufferers, benda ni tak normal. Bermakna, kita kena lawan dari membarah. Percayalah, orang yang ada OCD dia tak bangga. Tapi dia huru-hara.
Apa-apa pun, keep on fighting!
XOXO~
– EL (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit