Assalamualaikum admin dan pembaca IIUM Confession sekalian. Tujuan saya confess ini untuk berkongsi kisah hidup saya dimana pernah ditawarkan oleh isteri untuk berpoligami.
Saya seorang ayah kepada 4 orang anak dan suami kepada seorang isteri yang sentiasa sibuk dekat medical line. Saya ini asal Terengganu dan membesar dekat Kelantan. Kini menjalani kehidupan dekat lembah Klang.
Nak jadikan cerita begini……
Ketika awal tahun lepas. Isteri saya ada offer untuk saya berpoligami. Tujuan isteri saya beri tawaran itu kerana diri dia sentiasa sibuk di hospital.
Kesibukkan itu menyebabkan dirinya tak sempat nak tunaikan tanggungjawab seorang isteri sepenuhnya. Dia juga melihat suaminya sehari – hari di rumah yang hanya bertemankan 4 orang anak tanpa seorang isteri tercinta.
Tapi asbab dari pengalaman terdahulu. Saya anggap tawaran isteri saya itu hanya warna warni dalam hidup saya.
Kenapa saya tak ambik kesah dengan tawaran dari isteri saya itu?
Pada 4 tahun yang lalu saya pernah bekerja dekat alexandria egypt. Tapi ketika saya pulang beraya di tanah air. Saya ada tanya isteri saya. ” Sayang okay tak abang bekerja dekat outstation “. Setiap kali saya tanya isteri saya dengan soalan itu dibalasnya okay beserta dengan ukiran senyuman dibibirnya.
Sebanyak 3 kali saya tanya soalan yang sama padanya tetap dibalas dengan okay dan senyuman. Tapi selepas itu saya mula main psikologinya dengan menanyakan soalan yang sama dan memandang kearah anak matanya. Tak sampai 5 minit saya tenung anak matanya dengan nilai kasih sayang.
Tiba – tiba berlaku ketirisan airmata dari dirinya. Ketika dia peluk saya itu. Dia menyatakan walaupun berat bagi dirinya untuk membenarkan saya bekerja dekat mesir. Tapi disebabkan dia sayang dekat saya. Dia terpaksa korbankan jiwa raganya untuk impian saya.
Disebabkan saya ini seorang suami yang mementingkan perasaan isteri. Saya dengan rela hati korbankan kerjaya saya sebagai process engineer untuk kebahagiaan bersama. Kini saya seorang surarumah dan petani modern sahaja.
Alhamdulillah…
Bila saya sentiasa berbuat baik pada isteri. Sentiasa jadikan hidup isteri terukir dengan senyuman. Hidup saya ini sentiasa dipermudahkan. Juga sepanjang 8 tahun usia perkahwinan kami ini. Boleh saya rungkaikan sesungguhnya rezeki saya ini ada disebalik diri isteri saya.
Setiap kebaikan yang saya lakukan pada isteri Allah kurniakan pelbagai nikmat pada saya. Walaupun tidur tak cukup tapi Allah kurniakan hidup tanpa penat dan mengantuk. Bila pendapatan hidup saya kini lebih rendah dari kehidupan dulu.
Tapi Allah sentiasa memberi kekuatan untuk bekerja dan kesihatan yang baik. Bila saya bersabar dengan kehidupan saya yang beristerikan seorang doktor dan mempunyai seorang anak yang ADHD. Allah sentiasa kurniakan hidup saya dengan ketenangan.
Terima Kasih…
Qowiy Lillahi Ta’ala
– Abi Yusuf (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit