Suami Perlu Lebih Hebat Daripada Isteri

Assalamualaikum. Aku Mir seorang isteri, dan ibu kepada 2 orang anak dan sedang mengandung anak ketiga. Cerita aku tentang suami aku sendiri.

Suami aku seorang yang baik, bukan jenis cepat marah, agak rajin tapi pada waktu tertentu saja. Masa mula kami berkenalan di tempat kerja lama, aku rasa bertuah sbb dia agak good looking dan recommended by kawan kawan sekerja sebab dia ni nampak baik.

Ceritanya lepas berkahwin, aku berhenti kerja dan mula start business. Dia pula masih bekerja dengan gaji masa tu agak rendah tapi tak apa.

Awal perkahwinan memang terasa susah. Tapi selepas 2 tahun, business aku grow dan aku mula capai income 5 angka sebulan. Kadang 20k, kadang 30k.. Kalau bernasib baik boleh cecah 60k. Suami aku ada membantu aku sepanjang aku buat business.

Bila dia nampak bisnes aku semakin baik, dia dah mula rasa “tak berbaloi” kerja lagi. Yelah, dia cuma ada sijil kemahiran, gaji dia agak rendah. Dia mula pujuk aku untuk berhenti kerja dengan alasan nak buat bisnes sama-sama.

Lama dia pujuk aku sebab setiap kali dia nak berhenti aku tanya dia apa jaminan dia dan apa yang dia mampu buat untuk bangunkan bisnes aku.

Kadang-kadang kami sampai bergaduh especially bila dia rasa stress kat tempat kerja dia. Entah la betul ke tak dia stress kat tempat kerja dia atau dia saja nak bagi alasan untuk berhenti kerja.

Long story short, lepas pujuk rayu sampai setahun lebih aku pon setuju dan bagi permission untuk dia berhenti kerja. Dan aku ingatkan dia berkali kali yang aku taknak dia jadi pembantu aku saja.

Aku nak dia jadi pemikir dan pembangun bisnes aku ni dan dia ye ye lah kata akan buat seperti yang aku minta. Sebab aku taknak nanti aku seperti memberi nafkah atau pon breadwinner untuk keluarga aku.

Tapi yang aku takut itu lah terjadi. Dah dua tahun.. Dia masih lagi jadi seperti pekerja am aku. Hanya tolong tolong beli barang je sikit sikit. Kadang tolong hantar barang.

Aku banyak kali ulang pada dia, abang suami, abang kena jadi lagi hebat dari saya. Nak nak pulak dia ada hobi baru, bela ayam laga. Lagi lah dia suka habiskan masa dekat reban ayam. Setiap kali aku call cari dia mesti dia kat reban ayam. Aku stresss! Rasa nak bagi racun je ayam ayam dia tu.

Aku banyak kali cakap kat dia. Tolonglah jadi suami yang hebat, cari nafkah ni tugas suami or at least buat lah sama sama. Aku pon nak jadi isteri yang rasa dinafkahi suami.

Bila aku stress bab ni, aku jadi malas nak bercakap dengan dia. Bila dia minta layanan pon aku cakap esok lah, aku penat. Walaupon sebenarnya keinginan aku untuk tu ada, tapi bila tengok perangai dia yang senang lenang tu putus pulak selera aku.

Bab kerja rumah, kadang dia buat tapi selalunya aku lah yang buat. Tapi kalau minta tolong dia tak pernah membantah. Kadang aku risau. Aku pernah tanya dia, kalau saya mati dulu awak boleh ke carry bisnes ni. Dia diam je. Entah la korang..

Para suami, tolong lah.. Jadi lah suami yang hebat, yang senangkan isteri. Memang tak salah isteri cari duit tapi untuk BANTU suami sahaja bukan jadi penyara keluarga. Mostly sebab ini lah, para isteri dah tak jadi selembut orang dulu. Kami jadi garang dan ego. Perasaan hormat juga makin berkurangan…

Kepada suami, saya tetap akan doakan awak berubah.. Sedih saya tulis ni sebab saya penat.. Penat fikir masa depan seolah olah saya je yang bertanggungjawap atas keluarga kita..

– Mir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *