Khat Itu Seni

Bila orang cina explore seni penulisan khat, bergegar seluruh alam melayu. Habis tuding jari salahkan orang sana sini. Ada pulak yang compare khat dengan subjek kewangan la, subjek kenegaraan la. Tiba-tiba kementerian Pendidikan seolah2 jadi pesalah berat pulak.

Kawan-kawan,

Seni penulisan khat ni salah satu cabang seni. Die bukan bende yang kau masuk kelas, kau belajar je kau boleh score 4 flat. Die bukan matematik yang boleh kira-kira, die bukan sejarah atau biologi yang kau boleh hafal faktanya. Kalau kau berseni, kau suka kalighrafi, seni khat tu memang makanan kau.

Zaman sogame (sekolah agama ler) aku dulu, seminggu sekali kelas khat ni. Yang muka baik, dalam kelas nombo 1,2,3 pon buat khat hasil bentan. Yang muka penyangak, ponteng sekolah, kaki pow tula yang jadi wakil sekolah smpai peringkat negeri. Ini soal seni. Bukan soal kau pandai ke tak. Pendedahan tu ada tapi kalau kene pada tangan yang betul baiklah jadinye.

Di zaman dota dan pubg mobile ni, pendidikan seni bukan lagi subjek popular. Sejak zaman aku sekolah lagi la sebenarnye pendidikan seni ni subjek tangkap muat. Sebab “demand” dalam pasaran pendidikan, trend persekolahan lebih menonjolkan potensi untuk budak2 sains tulen dan akaun ke sbp dan mrsm.

Kalau pacak serong sikit akan nampak la aliran teknikal seperti sekolah teknik, sekolah vokasional. Kalau budak-budak nasyid je dah nampak hala tuju ke sekolah smka dan maahad. So ape tarikan untuk budak2 yang ade bakat seni ni?

Jadi dalam esei aku yang pendek ni cuma nak kata daripada kau yang sibuk dok terkinja2 terlompat streaming 24 jam tu tiba-tiba cakna pasal khat, baik kita cambahkan idea nak tonjolkan seni khat ni pada budak2 sekolah,antaranya;

1. Perkasakan semula bahasa melayu jawi. JAWI ADALAH ASAS KEPADA SENI KHAT. Dah kalau kau buta jawi ape yang nak kau khat kan ye tak.

2. Cabang penulisan khat/kaligrafi dalam subjek pendidikan seni. Selame ni budak2 sains macam aku fikir asal seni je lukis pantai ade pokok kelapa sebijik.

3. Jadikan jawi dan khat ni sebagai subjek elektif di sekolah. Kau minat kau amik la. Tak minat jangan kondem.

4. Adakan minggu jawi setiap bulan di sekolah dan juga di pejabat2 kerajaan. masukkan aktiviti2 seperti pertandingan cerpen dalam jawi, pertandingan tulisan khat. Cerpen dan khat tadi kau masukkan ler dalam buletin sekolah atau jabatan kau. Bila orang kata melayu tak perkasakan jawi dan khat, mase tu boleh la kau campakkan buletin tu ke muka dorang.nampak tak.

5. Bila bende no 1-4 dh jadi budaya dalam sistem pendidikan dan.masyarakat, mase tu barulah kau boleh mengada-ada nak masukkan jawi dan khat ni dalam sistem peperiksaan. Selagi no 1-4 tak jadi budaya kau jangan buat. Nanti depa kata kau tu kerja guna sijil tipu. Nampak tak mulut rakyat malaysia macammana.

Seni khat ni ada. Tetap utuh tak lapuk pon dimakan zaman. Cuma manusia opportunist macam kau jela yang takde modal nak bikin isu jadikan isu anak2 cina hasilkan seni khat ni sebagai modal menambah kebencian dalam masyarakat. Kalau aku hamparkan selembar kertas dengan buluh khat dan dakwat depan kau pon, kau tanya aku nak buat ape agaknye.

P/s : Aku belajar buat khat 4 tahun pon hasil bentan tau tak. Jadi kau jangan nak jadi juara khat sangat lah. Baik kau teruskan aje terkinja-kinja tu demi sesuap nasi kau.

– Anak Matlob (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *