Kebelakangan ni, banyak pulak sis terbaca isu putus tunang, cerai sebab masalah dengan keluarga mertua dan tak kurang jugak kes hubungan sejenis. Maka, sis terpanggil nak jugak submit confession dan nak mintak pendapat sikit (kalau confession ni disiarkan lah).
Pertama sekali, biarlah sis gelarkan diri as ‘A’. Usia hujung 20an, single dan bebas, bekerjaya, hidup jauh dengan keluarga dan ayah sudah lama meninggal.
Sekarang, family sis dah bimbang sebab sis tak pernah ada kawan lelaki special yang akan datang rumah tiap kali raya atau kalau ada majlis apa2 kat rumah. Bawah ni sis cerita sikit history crush dan seumpamanya.
Zaman Sekolah:
Sis crush dengan budak sekolah rendah sampailah sis masuk Uni. So, dekat sekolah menengah walaupun ada yang memikat, acah macam kental semua sis tak terima konon lepas habis sekolah nanti nak confess dengan crush yang satu tu. Btw, masa sekolah menengah kami dah tak sama sekolah. Sis masuk sekolah asrama harian dan crush tu masuk sekolah agama lelaki sahaja.
Zaman Asasi:
Sis try la mesej crush tu nak test market orang kata. Tapi dia macam layan tak layan, so sis pun buat kesimpulan dia tak berminat or dia dah ada someone. Sis try nak move on tapi still rasa tak boleh accept bila ada sorang dua yang cuba nak masuk line.
Zaman Degree:
Masa ni sis dah tak berapa nak berkawan dengan orang baru sangat. Sis just berkawan rapat dengan geng yang sis kenal sejak asasi lagi. Dalam geng sis ni, boleh kata semua ada boyfriend lah kecuali sis ni. Waktu degree ni, sis ada la tersuka sorang budak persatuan yang sis join dengan sorang lagi senior sama kos.
Dua2 sis tak confess masa sepanjang degree tu. Dah habis degree, sis confess dekat senior tu tapi jawapan dia just ‘OK’. Sis pun sejenis yang tak reti nak tafsir maksud ok tu, terus tak reply apa2 dekat senior tu. Budak persatuan tu pulak terus kahwin lepas kitorang habis degree.
Masa baru-baru kerja lepas grad tu dalam umur 24 gitu, mak ada lah suruh kenal anak sedara kawan mak. Umur lelaki tu dalam 30 rasanya waktu tu. Sis terang2 tolak sebab sis tak sempat lagi nak rasa pegang duit sendiri dan nak enjoy gi bercuti dengan kawan2. Tambah lagi lelaki tu kerja dikampung dan sis baru start kerja di KL. Kos engineering susah nak dapat kerja kalau di kampung lebih2 lagi untuk perempuan.
Bila dah 3 tahun lebih kerja, mak sis cuba lagi suruh sis kenal anak kepada kawan kepada kawan. Senang cerita, kawan mak yang sebenarnya kenal mak lelaki tu. Since nak jaga dan sedapkan hati mak, sis cuba la berwhatsapp dengan lelaki tu. Tapi kadang2, kita boleh rasa orang tu serasi ke tidak dengan kita hanya melalui mesej.
So, sis pon stop berwhatsapp dengan lelaki tu. Rupanya lelaki tu dah pernah kahwin sebelum ni tapi dah cerai dan takde anak lagi. Masa tu, sis ada jugak rasa nak marah kenapa mak dan jugak lelaki tu tak pernah bagitahu pun hal tu. Tapi since masa tu sis pon dah stop whatsapp dengan dia, so I just let bygone be bygone.
Sekarang ni, boleh kata rata2 kawan rapat sis dah bertunang, berkahwin dan ada yang dah ada 2,3 orang anak. But still we keep in touch and jumpa jugak sekali sekala semua. Bila around member2, sis tak terasa sangat pressure sis perlu kahwin sekarang. Tapi bila balik kampung ada je makcik pakcik duk tanya bila nak kahwin.
Paling stress, bila abang2 sendiri menganjing kata sis ni lesbian suka kat perempuan. Padahal, takde siapa tahu sis cuba jugak daftar BaitulMuslim, TillJannah dan Tinder whatsoever untuk kenal2. Semuanya hampeh.
Ada yang jenis tak reti nak bertanya, so sis rasa macam eh aku bertepuk sebelah tangan ke. Mostly, awal2 ok la mesej tanya itu ini tapi bila dah bagi nombor whatsapp terus krik krik sepi dibawa angin. Kalau yang jenis mendesak pon ada, tak sampai sehari sis jawab salam terus hantar mesej karangan nonstop. Sis terus block.
Ditambah dengan cerita dan pengalaman yang sis tengok dan dengar sendiri daripada kalangan keluarga dan kawan2 yang bercerai dan tunang putuskan hubungan sebulan sebelum majlis, sis sekarang jadi terlampau berhati-hati bila lelaki beria nak kenal.
Sis jugak jenis anti kalau ada emak2 yang beria promote anak bujang dia kat orang konon anak dia baik lah semua tapi kawan2 anak pun emaknya tak kenal. Orang kata sis memilih tapi bagi sis ianya dipanggil berhati-hati.
Sekarang ni sis tengah berkenalan dengan kawan kepada suami kawan baik sis. Orangnya tak pernah bercinta dan muda 3 tahun dari sis. Orangnya pun asal dari negeri yang sama dengan sis. Masa dia start whatsapp, sis macam teragak2 jugak nak reply sebab dulu sis mati2 cakap taknak yang lagi muda dari sis. Ni dah sebulan kot dari first day dia whatsapp tu.
Setakat ni baru 3 kali kot kitorang berwhatsapp. Dua kali dia yang start conversation dulu. Kali ketiga sis yang start dulu. Conversation kitorang setakat ni pasal kerja, umur dengan kisah masa sekolah dulu. Takde pun tanya pasal hobi ke, family ke, benda2 kesukaan.
Sekarang ni, sis nak mintak pendapat sikit. Perlu ke kitorang teruskan berwhatsapp je dulu 2,3 bulan ni atau sis ajak je dia jumpa terus untuk nak tahu benda yang lain2 lagi tu?
Serius, sis macam tak tahu dan tak reti macam mana nak treat lelaki lebih pada sorang kawan biasa. Untuk lelaki “online gamers” sekalian yang masih single, memang korang kalau weekend within 48 jam tu sekali je ke check handphone?
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit