Betulkah Allah Itu Maha Adil? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/betulkah-allah-itu-maha-adil/).

Assalamualaikum wbt, nama aku Muja. Daripada seorang budak miskin yang mengimpikan untuk ubah nasib keluarga dengan ‘kejayaan’ dalam pelajaran, impian aku ni telah buatkan aku tanpa sedar hidup dalam satu kitaran yang aku panggil ia sebagai ‘kitaran bodoh’.

Hidup aku yang hampir 20 tahun itu aku habiskan dengan study sahaja tanpa memikirkan apa sebenarnya tujuan aku diciptakan. Atau senang cerita, hidup sekadar menghabiskan waktu hidup sahaja.

Aku pada waktu itu tak ubah seperti sebijik iphone Xr yang canggih dan banyak kegunaannya, tapi hanyalah digunakan untuk ber whatsapp sahaja. Tidak kah rugi dan sia-sia nya hidup dan nyawa aku yang mahal ini?

Sedangkan aku, manusia adalah makhluk yang Allah swt ciptakan paling sempurna penciptaannya, sepertimana Allah swt berfiman dalam surah At-Tin ayat 4;

“Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam SEBAIK-BAIK bentuk”

Hatta setiap benda yang manusia ciptakan pun ada gunanya, apatah lagi Allah swt Al-Hakim, yang Maha Bijaksana tu.

Allah berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat 115;

“Adakah kamu fikir bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Seorang kakak pernah share ayat ini pada aku yang hampir buatkan aku terduduk. Apa memang selama ni aku rasa hidup ni aku yang tentukan aku nak apa. Seolah-olah tiada pengakhirannya. Sedangkan mati tu pasti dan takde sape boleh jamin aku akan hidup sampai bila.

Contoh, katakan aku target nak jadi engineer by umur 27 tahun let say. What if aku mati masa umur 25 tahun? Apa akan jadi dengan semua effort aku dari tadika sampailah umur 20 tahun tu kalau aku hidup tanpa hiraukan apa yang Allah nak aku jadi?

Apa aku nak jawab bila aku berdiri depan Allah swt akhirat nanti.. Ayat paling cliché yang aku pasti kau pun dah pernah dengar.

“Dunia ialah satu tempat persinggahan yang sementara, sedangkan akhirat tu ialah destinasi yang abadi”.

Allah cakap dalam surah Al-An’Am ayat 32;

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

Ready tak kita nak bawa apa ke akhirat nanti? Segulung ijazah? Berpuluh ribu Instagram followers? Berjuta views di tiktok? Atau boleh jadi jauh di sudut hati kita tak percaya pun akan adanya hari akhirat. Percaya ni pada perbuatan, bukanlah dalam hati saja.

Contoh lah, tetibe jiran kau jerit “Weh, Siti Nurhaliza depan rumah hang!!” Kalau kau percaya, ofkos lah kau bangun berlari jenguk keluar tengok betul ke ada Siti depan rumah kan. Kalau kau tak percaya kau akan senyap-senyap jelah dalam rumah tak bergerak.

Ini lah bezanya percaya atau tidak. Dia menghasilkan pergerakan/perbuatan. Percaya inilah yang dinamakan ‘iman’. Which dengan iman inilah jadi tiket kita masuk syurga kelak. (Amin ya Rabb).

“What if, kau hidup ikut sebagai hamba (abid), kau ikut segala syariat dan taat pada perintah Allah swt sebab kau percaya yang akhirat tu ada, tapi bila kau mati tetibe sebenarnya akhirat tu tak wujud pun?”

Ok lah fine, so “What if, kau hidup suka hati kau, hidup dalam maksiat, kau ingat akhirat tu takde, tapi bila kau mati, tetibe sebenarnya akhirat tu ada?” Huu, nangislah kau, masa tu dah tak boleh berpatah balik. Kau pilih lah nak jadi golongan mana.

Sejak aku tahu tentang abid ni, banyak sangat benda dah berubah. Aku redha terhadap susunan dan peraturan Allah swt terhadap aku. Dan aku berharap Allah swt juga redha pada aku yang sangat banyak sangka buruk terhadap Dia ni.

Cara aku pandang sesuatu pun berubah. Aku lebih gembira dan bersemangat bila nak study. Sebab aku rasa nak buat terbaik untuk Allah swt sahaja. Aku rasa Allah swt yang Maha Adil tu tengah menilai aku. Takkan mungkin Dia terlepas pandang kesungguhan dan effort aku ni walau sedikit.

Aku mula fikir setiap kali aku pakai, apakah pakaian yang Allah swt redha? Bila aku bercakap, apakah perkataan yang Allah swt redha?

Aku mula focus pada attention Allah swt semata dan bukanlah attention manusia. Aku tak lagi compare diri aku dengan orang lain, malah aku lebih bersyukur sebab Allah swt telah memilih aku menjadi salah seorang abidNya.

Memandangkan aku ni takdelah baik sangat orangnya. Pakaian pun tidak menutup aurat dengan sempurna. Aku masih ingat, lepas program makan free tu, pertama kali aku nak pakai tudung yang betul-betul menutup aurat ni, aku singgah satu gerai tudung dan baju muslimah.

Tiba-tiba ada pulak gerai macamni tengah-tengah IPTS yang kiranya untuk buka gerai pakaian muslimah macamni macam tak dapat sambutan je. Harga tudung paling murah waktu tu RM25. Baju labuh yang paling murah pun RM30. Kiranya duit makan aku sebulan lah.

Mula-mula berkira juga nak beli, tapi aku cakap dengan diri, ini untuk Allah swt, bukan untuk aku. Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik kalau aku korbankan sesuatu lillahitaala (untuk Dia). Masa tu, perkataan abid tu memenuhi ruang fikirku.

Aku tak boleh bertangguh nak jadi abid yang sebenar ni. Boleh jadi hari tu hari terakhir aku. Macamana kalau Allah swt tanya aku nanti, sudahkah aku berbuat dengan benda yang aku faham tu? Aku pun taknak fikir panjang, aku beli je tudung dan baju yang labuh tu buat pertama kali dalam hidup.

Beberapa hari lepas tu, ada sorang kawan aku ni , dia sebenarnya dah lama perati aku makan nasi takde lauk. Satu hari dia letak duit RM120 dalam drawer baju aku dengan nota ‘nah duit ni. Makan benda yang berkhasiat sikit’.

Nanges terharu juga aku waktu tu. Bukan sebab aku dapat duit untuk makan sedap, tapi ternyata kalau kita yakin Allah swt yang menjaga rezeki kita, takde benda yang kita perlu risaukan. Allahuakbar, benarlah dengan ayat yang pernah sorang kakak ni cerita pada aku masa halaqah dalam surah Jinn ayat 14;

“Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu(agama Islam), niscaya Kami akan beri mereka minum air (hujan) yang banyak”

Dia macamni, konsepnya, hidup kita, kerja kita adalah untuk jadi hamba Allah swt melalui hidup dengan syariatnya. Tapi yang best gilanya dalam ayat ni bila Allah swt seolah-olah cakap macamni, “kau ikut je syariat Aku, apa yang Aku suruh, makan minum kau jangan risau, aku settlekan”. Weh, apa lagi yang perlu dirisaukan?

Allah swt bagi aku kesedaran pada aku tentang tujuan hidup yang sebenar setelah Dia menyediakan aku dengan sedikit kesusahan dan kepayahan hidup untuk buat aku berfikir. Hingga saat in, aku masih lagi rasa itulah perasaan dan pengalaman yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Dia macam perasaan dilahirkan semula. Susah aku nak gambarkan.

Above of all, aku sangat-sangat bersyukur sebab hidup aku lebih bermakna. Tak bererti bila aku dah sedar, hidup makin senang. Kesusahan masih lagi wujud..tapi, kesusahan aku ada erti. Macamnilah rasa bernafas dengan jiwa hamba. Segala yang terjadi aku pasti bahawa yang Maha Memiliki alam semesta ni yang menyusun segalanya.

Lepas 4 bulan aku tinggalkan IPTS tu, sewaktu aku di kolej persediaan untuk ke luar negara, satu hari, aku dikejutkan dengan panggilan telefon yang sampai sekarang aku ingat. Adik aku call sambil menangis teresak-esak..

“Ayah takleh bernafas.. ambulan datang ambik.. sekarang 50-50.. kau balik sekarang weh”

Waktu tu aku taktahu nak react macamana. Aku cakap kat diri aku.. “everything gonna be OK, right?”
Apa pun yang akan berlaku, aku yakin pada Allah swt, semua ni Dia yang susun. Aku berkejar balik kampung yang makan masa 7 jam untuk sampai.

Dalam kereta aku tak nangis. Aku recall balik moment-moment aku dengan ayah aku before moment cemas tu berlaku. Aku masih ingat macamana aku balik rumah for the first time dengan aku yang ‘baru’. Dengan pakaian yang ikut syariat, tutup aurat. Ayah aku tetibe cakap..

“Terima kasih.. sebab dah berubah… Ayah dah boleh pergi dengan tenang..”

Aku senyap saja. Rasa bersalah pun ada. Dah lama ayah tegur pasal pakaian aku yang tak berapa manis tu. Dia penah cakap, apa nak jawab kat malaikat dalam kubur nanti kalau tak ajar anak tutup aurat dengan sempurna.

Tapi masa tu aku tak pernah faham kenapa nak tutup aurat. Aku tak faham nak buat sebab apa. Hinggalah Allah swt sedarkan aku tentang siapa aku yang sebenarnya.. Aku ialah abid. Aku adalah hamba Allah swt, wajib untuk aku patuh pada suruhan Nya.

Dan aku yakin, kesedaran yang Allah bagi aku ni pun sebab doa ayah aku yang tak putus-putus nak tengok aku bukan setakat berjaya dalam pejaran tapi jugak taat pada perintah Allah swt.

Sampai je kat hospital, ayah terbaring atas katil ward ICU tak sedarkan diri. Badan dipenuhi wayar yang aku pun tak tahu apa fungsinya. Aku sempat 12 jam berada di samping ayah, sampai lah mesin ecg kat sebelah betul-betul keluarkan satu straight line dengan bunyi beep yang panjang yang aku faham waktu tu, ayah aku dah takde.

Ayah yang aku hormati dan sayang meninggalkan aku dan keluarga disebabkan heart attack. Ayah yang sanggup berkorban apa saja semata-mata untuk aku. Sungguhpun aku tak jadi engineer oil and gas seperti yang ayah aku nak, tapi aku yakin, kalaulah ayah aku faham, apa yang aku faham, arwah pasti akan menyokong sepenuhnya jalan yang aku pilih ni.

Setiap kerja kerohanian yang aku ceburi, libatkan diri, aku selalu doakan pahalanya sampai pada ayah aku. Aku doa kat Allah swt, supaya jumpakan kami kat syurgaNya yang kekal abadi. Dimana kat situ dah takde perpisahan, dah takde kamatian..

Semoga tulisan yang penuh kekurangan ni beri manfaat pada semua orang. Aku menulis ni di tengah-tengah kesibukan menyiapkan kerja-kerja phd aku. Ikutkan hati terlampau banyak aku nak kongsi lagi. Semoga bermanfaat!

Muslim yang lebih memahami erti muslim yang sebenar, Muja.

#leaveanimpact #proactivemuslim

– NKM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *