Aku adalah ‘cik kebaikan’. Secara jujurnya aku berterus terang siapa diri aku ni, supaya semua tahu aku tak bertalam dua muka untuk meluahkan kemarahan yang dah terlalu lama aku pendam ni.
Dunia hari ni terlalu zalim, terhadap aku. Bapak rogol anak, budak2 sekolah menengah minum arak, lesbian dan gay berani tampil ke tengah masyarakat, terlalu banyak sampai aku sendiri rasa nak muntah dengan semua ni.
Yang paling aku hot skali, dalam ceramah ilmu, tak kisahlah ilmu agama ke, ilmu islam ke, dekat tangan tu bukak instagram, tengok hijab tutorial, mekup tutorial, arghhhh. Punyalah pak lebai, ustaz, ustazah bersungguh nak citer pasal islam, tapi boleh pulak kita tengok fon, scroll sampai bertahi mata.
Menariknya generasi sekarang, nak kejar gila2 perkara hedonis (hiburan) dan itulah tahap akal dan kejiwaan mereka. Bila tanya kenapa masuk universiti, tkde dah jawapan2 nerd yang kita dengar ‘nak berjaya, nak jadi doktor’. Tapi sekarang menjadi popular, trend dan likes paling dikejar.
Ada tajuk berita ni ‘bapak durjana merogol anak sejak umur 7 tahun ‘hinggalah budak tu dah berusia 13 tahun, baru mampu dan ada kekuatan untuk memberitahu polis. Hari ni kehinaan dah masuk even ke dalam rumah sendiri.
Lagi citer paling best, ‘But we only did it once’. Did what? Pergh statement paling laris, untuk kes baby dumping.
Zaman dah berubah, ramai manusia berubah menjadi binatang, ironinya binatang pun boleh bersikap manusiawi dan tidak menzalimi sesama mereka.
Dan macam mana aku nak hadap semua benda ni, kebaikan itu sendiri ibarat cahaya yang makin tiada dalam hati setiap manusia. Aku bingung mengadap manusia hari ini, seolah2 akulah yang dipulaukan dari manusia. Aku sendiri menjadi sepi, kerana kebaikan tidak lagi hidup di tengah-tengah masyarakat, malah dipinggirkan.
Akhirnya nikmat kebaikan anugerah ilahi ini, menjadi asing, perkara haram menjadi halal, zina dan arak menjadi minuman hari, malah mungkin suatu hari ni, al quran dan solat menjadi perkara yang tak pernah didengari pun.
Tahu tak, kan ada hadis yang kita belajar kat menengah tingkatan dua, benda basic siket tentang iman ni untuk jawab exam, bunyi dia macam ni –
“Daripada Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu mengubah dengan lidah hendaklah dia mengubah dengan hati, dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.”
Hadis ni bestlah, sebab dia nak bagitau, kalau kita tak merasa apa pun dengan dosa dan maksiat, memang takdelah iman dalam hati kan?
Sebab selemah2 iman adalah mengubah dengan hati. Kalau tak rasa apa apa dengan maksiat/ dosa/ lagha dalam hati, maksudnya apa? Tak ke skery statement hadis ni. Iman adalah kunci kita masuk syurga. Jika tiada kunci, bagaimana nak masuk syurga nanti?
Pastu nak tambah jugak, entry ni aku lebih tujukan kepada mereka yang kat universiti- university hebat dan kolej- kolej hebat, yang berkumpulnya budak cream of the cream, aku tabitlah otak dorang ni sebab paras kepandaian dorang ni lebih hebat dari average.
Tapi satu benda yang aku tak puas hati, kalau setakat otak je yang dah upgrade, nape tak upgrade jugak hati tu? Diberi kelebihan aqal bukan untuk pandai math atau science je, tapi Allah pun bagi kita kepandaian untuk melihat perangkap2 syaitan.
Meh aku share apa perangkap2 syaitan ke atas korang.
Kejar cita- cita yang akhirnya ke lubang kubur juga. Ada orang tak kejar pun ijazah dapat je hidup yang cukup dengan menangkap ikan di laut, dapat je makan, minum dan rumah. Ada yang buat bisness tanpa ijazah lebih performed life dorang. So nak kejar ijazah sangat tu, sebenarnya untuk apa?
Pandai tu nikmat, Allah tak bagi kat semua orang tau. Tapi nikmat tu Allah akan soalkan untuk apa korang guna pandai tu. Yang paling epik skali, Allah tak jadikan dapat ijazah tu syarat selamat dari api neraka.
Korang yang pandai-pandai ni boleh je buat tak endah dngn soalan2 yang aku tanya ni sebab korang yang pandai2 ni mana nak fikir benda-benda macam ni-kan, ‘tak up to date’ bak kata korang, tapi disebabkan korang ni tak tahu pandai ni untuk apa, maka syaitan jadikan otak tu lebih updrage dari hati.
Hati tu makin tak cerdik nak cakna masalah sosial, dosa, lagha dan lagi hebat, kita boleh master in chemistry tapi nak baca quran pun tergagap-gagap, jadi ilmu mana akan selamatkan korang waktu kiamat nanti?
Aku tak dapat nak merawat penyakit orang-orang yang pandai ni apatah lagi nak menunjukkan hidayah, sbb cita2 yang dikejar di dunia ni adalah fatamorgana sahaja.
Percayalah aku ni datang untuk memberi petunjuk kepada hati manusia seluruhnya, aku nak offer kebaikan yang Allah nak bagi pada seluruh manusia, tapi akhirnya manusia menjadi buta tak pandai dngn kepandaian yang dianugerahkan olehnya.
Aku berharap kita tak disesatkan oleh syaitan, yang sedang memanipulasi nafsu manusia ke arah kebinasaan. Tapi nampaknya, syaitan berjaya dengan rancangan halus untuk meletakkan lebih banyak kelalain yang memberi kebahagian sementara di dunia utk kebinasaan yang kekal di akhirat.
Dan aku berharap Allah membuka hati2 manusia untuk merasai cahaya kebaikan dan memberi petunjuk ke arah kejayaan dunia dan akhirat.
P/s : jika ada yang nak pm cik kebaikan, sangat2 dialukan, yang serius nak kebaikan, sebab cik kebaikan rasa sedih kerana dipinggirkan.
– Cik kebaikan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit