Assalamualaikum. Tulisan aku pada kali ni adalah nak membalas confession, (https://iiumc.com/salah-ke-
Maaf kalau panjang sikit. Aku tertarik nak membalas confession dia ni sebab aku pun pernah berada dalam tahap macam dia sekarang.
Confession aku lebih kurang dia, cerita pasal kejahatan ummah, kenapa tak boleh berfikir macam apa yang aku fikir? Dan aku juga utarakan isu, kenapa aku nasihat kawan aku dia tak nak dengar cakap. Buat penat nasihat tapi tak ikut-ikut pun . Sama je perangai, langsung tak berubah akhirnya aku pun berputus asa.
Sampai lah ada satu komen dalam confession aku ni buat aku tersentap. Lebih kurang katanya, mungkin dalam nasihat aku ada kekerasan.
Dan dia suggest untuk aku nasihat yang indah-indah, macam cerita pasal apa yang akan kita dapat kalau kita buat satu-satu kebaikan.. contoh macam apa ganjaran yang Allah akan bagi instead of cerita pasal hukum dan neraka je. Cerita lah pasal indahnya syurga juga sekali sekala…
Aku fikir, mungkin aku terlalu meletak jangkaan tinggi untuk dia dengar cakap. Hati ni beb, dia takkan mudah terjentik (tanpa izin Allah) tau.
Bila tengok orang tak solat, tambah dengan dia freehair rambut colour purple sekerat, colour maroon sekerat, kalau kita suruh dia solat dan cakap pasal hukum tak solat dengan keras, tak adanya dia akan terus menangis terduduk, dan menjerit dengan kuat..
“Ya Allah… banyaknya dosa aku selama ni….” Tiba-tiba berpurdah pulak budak tu lepas tu hahaha. Tak mungkin! Kecuali dengan izin Allah.
Tapi ramai mana manusia yang kita nasihat akan ikut nasihat kita dengan serta merta? Berapa ramai?
Kena ada cara dalam menasihati orang beb… Yang paling penting adalah JANGAN pernah rasa diri kita ni lebih baik dari orang. Takut timbul RIAK dalam hati, sia-sia pahala amal ibadah yang kita kumpul penat-penat selama ni.
Pernah dengan kisah tiga golongan yang terawal masuk neraka? Siapa mereka tu? Yang pertama adalah dermawan, yang kedua adalah orang yang syahid di jalan Allah, dan yang ketiga adalah orang yang membaca Al-Quran! Semua golongan alim, orang anggap mereka ni penuh ilmu tauhid di dada. Tapi mereka dicampakkan dalam neraka. Sebab apa? R.I.A.K.!
Yang dermawan ingin disebut-sebut kebaikannya. Yang syahid ingin disebut-sebut bagusnya dia berjihad di jalan Allah. Yang membaca Al Quran ingin disebut-sebut sedap bacaannya. Akhirnya sia-sia semua perbuatan, ke neraka tempatnya.
Pernah baca kisah tiga golongan orang yang dicintai Allah? Yang pertama ialah taqy iaitu orang yang bertakwa, yang kedua ialah ghany, iaitu orang yang kaya dan suka bersedekah dan yang ketiga ialah khafy, iaitu orang yang menyembunyikan amal solehnya.
Orang yang bertaqwa adalah orang yang taat dengan apa yang diperintahkan Allah, meninggalkan apa yang dilarang Allah. Orang yang ghany adalah yang suka bersedekah tanpa riak, orang yang khafy tak menunjuk-nunjuk kebaikan yang dibuat. Tak ujub riak takbur sum’ah.
Dalam al Quran surah An-Najm ayat ke 32 ada berbunyi,
“Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa”.
Maaf kalau saya katakan kepada confessor yang menggunakan nama Cik Kebaikan, maaf kalau saya anggap penulisan awak sangat-sangat bersifat judgemental. Sebagai pemegang ijazah, saya sangat terasa bila awak komen pasal budak-budak U, macam kami ni jahat sangat, macam tak pernah tedetik hati nak berubah.
Satu pesanan saya kepada semua, dalam pada kita melihat orang lain diuji dengan kemewahaan, perkara-perkara lagha, tak taat pada Allah dan sebagainya…diri kita juga sangat-sangat diuji juga pada ketika itu, bilamana kita rasa kita lebih hebat dan baik daripada orang-orang yang kita pandang jahat.
Pernah baca kisah yang mungkin orang anggap cliche ini? Yang pertama, perempuan solehah yang akhirnya ke neraka dan perempuan berdosa yang akhirnya ke syurga. Kenapa? Kerana yang solehah itu pernah mengurung seekor kucing dan yang berdosa itu pernah memberi minum anjing, bertaubat, dan akhirnya ke syurga.
Pernah baca kisah taubat si pembunuh 99 orang manusia? Pernah baca kisah si ‘abid yang beribadah sehingga 500 tahun dan hampir-hampir dicampakkan ke neraka? Pernah baca kisah bulu mata yang menyelamatkan si pendosa daripada masuk neraka? Cari kisah itu dan muhasabah diri sama-sama.
Yang penting tuan-tuan dan puan-puan… Adalah bagimana ending kita nanti. Jangan pernah jamin diri sendiri soleh dan solehah sekarang, akan soleh dan solehah sampai mati dan yakin masuk syurga.
Tentang dunia ini… ya benar, dunia ini sudah tenat, dipenuhi dengan kemaksiatan yang bermaharajalela di sini dan sana. Namun kita ini bagaimana? Kita lihat kejahatan yang orang lain lakukan, namun diri kita ini bagaimana? Kita lihat kemungkaran dalam dunia, namun kita ini bagaimana?
Tak salah untuk kita fikir tentang dunia. Tapi jangan sampai kita tersalah jalan akhirnya. Jom kita sama-sama perbaiki diri, muhasabah diri, dan jangan gelarkan diri sendiri baik. Maaf kalau confession ni panjang. Terima kasih kalau baca sampai habis.
– Rumahku Hijau (Bukan nama sebenar)