Assalamualaikum dan terima kasih kepada iiumc kerana sudi kongsikan confession saya. Semoga Allah merahmati anda dan orang2 yang membaca confession ini. Aminn.
Tujuan confession ini adalah kerana saya berasa amat tersinggung dan kecil hati dengan ibu saya. Kerap kali saya menangis dan terasa hati dengan perlakuan ibu terhadap kami adik beradik.
Pada mata ibu saya, anak-anak adalah satu bebanan terhadap beliau. Anak2 kerap mendatangkan masalah di mata beliau. Malah bibirnya sendiri selalu ungkapkan ayat ‘anak2 punca hidupnya serabut, punca masalah dan kerap menyusahkan’.
Soalnya, salah ke anak2 ini ibu? Salah besar ke kami dilahirkan dibawah kandungan ibu? Kerap kali kah kami memberi bebanan kepada ibu? Apa salah kami? Kenapa kami tak dilayan seperti anak2 orang lain? Tak dilayan seperti suatu pinjaman Allah yang lain.
Kami anak2 seusai usia sekolah rendah sudah belajar uruskan diri tanpa ibu bapa di sisi. Tidak seperti kawan2 kami yang mana ibu bapa hantar sendiri anak2 mereka ke sekolah setiap hari. Hadir pada hari tertentu untuk ambil report card anak2. Hadir setiap jemputan sekolah untuk majlis tertentu. Hadir tatkala hari graduasi anak2.
Kami tidak pernah minta pun untuk semua itu. Kami faham ibu ayah kami sibuk dengan kerja masing2 walaupun jauh disudut hati sangat2 teringin sesekali rasa seperti ibu bapa ambil berat terhadap pembesaran kami.
Terkadang saya terkilan, mengapa ibu bapa kami tidak usaha untuk cari masa untuk bersama anak2. Kami dididik menjadi dewasa di usia kami masih kanak2 remaja supaya semua benda boleh kami lakukan sendiri. Kami korbankan perasaan kami untuk dilayan seperti anak2 lain.
Sedarlah yang kami berperang dengan perasaan cemburu melihat cara ibu bapa rakan2 lain melayan anak2 mereka. Cara mereka manjakan anak2 mereka. Walaupun begitu, kami diam. Kami bersyukur ada ibu bapa yang tanggung makan minum kami, persekolahan kami, tempat tinggal kami.
Bila meningkat dewasa, kami malah lagi kerap bergaduh dan bermasam muka. Ibu semakin kuat mengungkit pengorbanan beliau terhadap kami. Duit ringgit yang telah beliau habis untuk kami. Harta yang beliau berikan kepada kami. Ya Allah.
Ibu, kami tak pernah minta untuk diberi tanah sebidang, rumah sebuah, kereta sebiji. Tidak pernah tergelincir mulut ini meminta harta2 ibu bapa. Mengapa perlu ungkit semua itu? Mengapa ibu? Mengapa?
Sedih sangat hati ini bila semua perkara dinilai dengan wang ringgit. Tiada makna kasih sayangkah dalam hatimu ibu? Tidak pernah bersyukurkah anak2 mu ini tidak pernah memberi masalah kepada mu? Tidak pernah ambil dadah, tidak pernah bunuh orang, tidak pernah melacur?
Sedang diri ini tidak pernah meminta penghargaan, bersyukurlah ibu dengan kehadiran kami. Sedih sekali apabila diri dianggap bebanan besar kepada orang lain. Sedih sekali…
Saya kerap kali berperang dengan fikiran mahu lari dari rumah setiap kali bergaduh dengan ibu saya. Kerap kali. Kerana saya tau, saya boleh survive di luar sana. Walaupun tanpa redha dan berkat, saya yakin saya boleh survive. Kerana apa?
Kerana saya sendiri dibesarkan untuk hidup berdikari sejak kecil. Tapi kerana mengenangkan perasaan, redha dan dosa, saya batalkan niat. Walaupun selepas itu saya pasti saya akan bergaduh lagi dengan beliau dan saya akan menangis, saya tetap enggan lari. Saya tetap hormati beliau.
Wahai ibu, sekiranya kehadiran kami kedalam hidupmu hanyalah bebanan semata, maafkan kami. Maafkan salah silap kami. Kami hanya hadir diantara kehidupan ayah dan ibu kami dengan izin Allah. Kami tidak minta dilahirkan di dunia. Kami lahir dengan kehendak Allah dan kehendak kalian sendiri.
Akhir kata, kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa diluar sana, belajarlah hargai anak2 kalian.
Jangan pernah jadikan wang ringgit sebagai hutang anak2 kepada kalian. Layanlah anak2 kalian sebaik mungkin. Hargailah mereka seperti kalian hargai nikmat2 Allah yang lain. Jangan pernah menganggap anak2 sebagai beban terbesar kalian di dalam hidup.
Saya mendoakan bagi ibu bapa diluar sana agar cekal sentiasa dan dipermudahkan urusan sentiasa. InsyaAllah semoga kita diredhai Allah dan diberkati hidupnya selalu. Aminn.
– Anakmu, ibu. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit