Hai Admin, Terima Kasih ya kalau confession ini di siarkan (ayat cliche tiap kali buat conffession sini).
My type of confession is more on.. my type of person. Or personality (?).
Saya seorang wanita (bukan belia) masih belum berkahwin (i am considering living as single) dan mempunyai Teman Lelaki, kami sudah berkenalan dan in relationship hampir 5 tahun.
Kenapa saya consider untuk hidup single? sebab saya selesa hidup sendiri dan saya jenis gugup juga bila berdepan dengan orang yang asing.
Maybe I am an Introvert?
Saya tinggal sendiri di sebuah apartment, waktu balik dari kerja dan habiskan masa di rumah adalah perkara yang saya tunggu-tunggu setiap hari. Saya akan fikir hari ni nak masak apa? dan saya akan masak dan makan sendiri..
Saya selesa dengan keadaan sunyi di rumah, selesa duduk sendiri tanpa perlu memikirkan pasal orang lain dan saya juga mempunyai hobi sendiri yang memerlukan saya focus so saya sememangnya memerlukan tempat yang tiada gangguan.
Di tempat kerja, saya mempunya office sendiri dan saya tidak perlu banyak berkomunikasi dengan pekerja yang lain. hanya sebuah syarikat yang kecil namun saya memegang jawatan yang lebih tinggi daripada pekerja yang lain.
So saya rasa amat penting untuk saya menjaga batas pergaulan, perlu untuk saya menjadi seorang yang tegas dan tak terlalu ramah dengan pekerja yang lain. Saya akan bersosial dengan pekerja yang lain bila saya rasa saya mahu bersosial sahaja. Lunch pun biasanya sendiri sahaja tapi itu tak menjadi masalah kepada saya. saya lebih suka begitu.
Saya pernah ikut bercuti dengan family teman lelaki saya, teman saya tu sudah bagitahu yang mak dia jemput sekali ikut bercuti, masa di bagitahu tu saya mencari pelbagai alasan kalau boleh tak mahu ikut tapi bila di fikirkan semula agak rude kalau saya tolak kan? so saya confirm kan juga. Tapi dalam masa selepas di beritahu tu ke tarikh percutian tu, saya duduk tak keruan.
Saya selalu memikirkan tentang “macam mana nak bersosial?” hahaha. Saya akan memikirkan persoalan tu setiap hari dan saya akan menjadi panik atau mengelabah, ianya sangat memenatkan tau.. Tapi bila masa percutian tu everything is ok ja. I still can talk like normal person do, cuma saya terlalu memikirkan macam mana kalau orang tu tak suka kita…. lol
Sebenarnya, saya tak rasa saya ni Introvert pun. dulu masa belajar, saya lah orang yang sangat happy go lucky, kawan-kawan selalu mengelarkan saya seorang yang tak pernah berhenti senyum atau ketawa. Saya pernah bekerja sebagai jurujual yang berjaya.
Tapi itu dulu… (hahaha) lama kelamaan, saya menjadi pasif, saya mula benci buat sales sebab saya mula rasa saya banyak memanipulasikan orang saja, kadang tu menipu pun ada. so saya stop buat sales. Bila saya bertukar bidang kerja, saya menjadi semakin pasif dan saya selesa.
Fast forward. bila saya sudah tinggal sendiri, saya jarang juga berjumpa keluarga, dan keluarga saya pun jenis yang tak kisah sangat asalkan saya tak buat benda jahat dan memalukan mereka maka mereka pun tak kisah.
Kawan-kawan? Hampir semua kawan kawan saya sudah berumah tangga dan sibuk membesarkan anak. Dulu saya rajin keeping up with them, tumpang manja dengan anak2 dorang tapi semenjak saya selalu dapat soalan, “haaa yang kau ni bila nak kahwin?” “haaa jangan kahwin lambat nanti tak dapat beranak” haaa haaaa haaaa! Then I stop contact dorang. Kbye!
Literally, I dont have friends! saya cuma ada my boyfriend la, dia la kawan baik, dia la juga yang selalu whatsap dan tanya khabar (well what else boyfriend do kan) Dia planning juga kahwin bila, lama lagi sebab dia masih sedang kumpul duit.
Sedang dia kumpul duit saya pula sedang kadang2 panic attack bila fikir macam mana nak berbual atau baik dengan bakal mentua dan ipar duai? Even now pun saya selalu mengelak join any activity yang ada my boyfriend family. :p
Entahlah, saya ni introvert ka atau I am just weird?
– Miss duduk rumah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit