Sambung Belajar Tanpa PTPTN

Hai adik-adik. Dah nak masuk universiti kan?

Sini Kak Amie share tips macam mana korang nak belajar tanpa ambil PTPTN.

Ini tips yang Kak Amie guna dulu waktu sambung degree ya. Korang boleh pilih Option 2 atau 3.

Jangan lupa share pada kawan2 sepupu sepapat, jiran, girlfriend (ups) yang nak sambung belajar tu ye.

1) Pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing.

Bila korang dapat je surat tawaran universiti, korang dah boleh start mohon Yayasan Negeri yang korang bermastautin atau korang lahir.

Syarat untuk Pinjaman Yayasan ini berbeza mengikut negeri dan jumlah yang mereka bagi pun berbeza.

Alahai pinjaman juga tu kak. Sekurang-kurangnya tak seberat PTPTN yang ada bunga-bunga cinta yang kau kena bayar kan?

2) Duit Yayasan tu tak cukup.

Yes! Betullah, kadang-kadang ada sesetengah negeri dia bagi cukup-cukup untuk bayar yuran je, habis tu takkan korang nak makan pasir kat universiti tu kan?

Alahai, korang kan pandai. Pergilah cari kerja part time ke, Berniaga ke, haha mana tahu nak jadi dropship Kak Amie.

Kelas di universiti bukan macam kat sekolah, Hari-hari balik jam 2 Kadang-kadang kelas tu 3 hari je seminggu. Daripada korang dok goyang kaki bagus cari kerja kan?

3) PALAPES SUKSIS.

Ok ini Kak Amie tak buat lah ya. But kawan-kawan Kak Amie buat. Normally siapa yang masuk PALAPES atau SUKSIS mereka akan dapat elaun dan asrama.

So, tak payah lah korang risau naik sem 2 kena buang kolej ke apa. Stamina kena kuat je.

Amende PALAPES SUKSIS tu? Eh cik adik, google la. Tak pun masa ceramah minggu orientasi jangan tidur atau skip. Rugi!

4) JPA.

Sekarang JPA dah jadi pinjaman. So in case korang cakap Yayasan Negeri sikit. Tak cukup. Lagi-lagi course yang berlambak fieldwork. Korang boleh cuba.

Korang boleh start apply tak silap lepas keluar result sem 1 atau masa sem 2 (check tarikh di laman web rasmi JPA)

Sem 1 kena struggle gila-gila. Dapatkan 3.5 kalau nak selamat. 3.0 tu, rezeki kalau dapat.

Degree tu takde lah susah mana. Kalau tak dapat result gempak SEM 1, Tak tahu lah kan. Apa yang korang buat tu. Sebab Exam sem 1 senang.

Then, dah apply kat website dia bla.. bla.. bla..

Ok keputusan diumumkan waktu sem 2. Start sem 3 korang dah boleh guna biasiswa JPA tu. Ok sebelum korang Syok-syok dapat duit RM5K. Segedebuk gitu.

Jangan lupa, batalkan pinjaman dari Yayasan Negeri, Then bayar balik duit Yayasan Negeri. Secara ansuran atau sekaligus, Guna duit biasiswa JPA korang tu, Jangan nak berjoli sangat ya.

Alahai kak, saya kan budak pandai, Tunggu je JPA terus.

Korang yakin, korang boleh dapat pinjaman JPA tu.

Ini untuk backup je.

Tapi pilihan di tangan korang.

Wish u all luck.

P/s : Kalau tak dapat sangat pinjamlah PTPTN. Tak dosa pun.

After result sem 1 banyak biasiswa akan buka. Rajin2 google

#feelfreetoshare

– Amie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *