Luahan Homoseksual Yang Ingin Berubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pertamanya terima kasih admin kalau confession aku ini disiarkan. Mungkin sedikit latar belakang aku sebelum meneroka cerita aku ini dengan lebih mendalam.

Aku berasal dari sebuah negeri di pantai timur, sedang menuntut di sebuah universti awam di ibu kota dan berbaki beberapa bulan untuk tamatkan pengajian master aku.

Alhamdulliah walaupun parents aku tidak mendapat pendidikan formal dengan sempurna tapi aku adik beradik diberikan segala cukup ilmu pengetahuan termasuklah ilmu agama. Ok cukup secara ringkas pengenalan diri aku.

Aku tertarik dengan satu confession berkenaan perkahwinan dengan seorang lelaki homosexual.

Pertamanya aku nak zahirkan ucapan terima kasih kepada saudari ini kerana terus kekal mempertahankan masjid yang dibina. Dan aku harap agar sinar kebahagian mengiringi hidup mereka dan si suami diberikan kekuatan untuk terus berubah dengan kehadiran ‘tulang belakang’ yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Ya aku mulakan dengan kisah aku. Aku salah seorang yang diuji dengan perasaan songsang ini. Sumpah aku akui sakit untuk hadap ‘penyakit’ ini bilamana mereka yang diuji ini tahu tercelanya memiliki perasaan sebegini.

Tapi apakan daya aku, aku hanya mampu berusaha untuk terus melawan dan menentang nafsu serakah ini supaya terus lenyap dalam hidup aku. Dan aku tidak pernah berharapkan ianya datang dalam hidup aku walaupun hanya sekadar mimpi.

Jujur aku katanya, sakit untuk hadap perasaan ini seorang diri. Ya aku langsung nak pernah confess kat sesiapa sebab aku takut bilamana aku mencari penyelesaian mereka² ini makin menjauh dari aku. Jadi aku decide untuk berjuang seorang diri

Sebenarnya aku sendiri tidak sedar akan kehadiran perasaan ni. Sebab sebelum diuji dengan ujian inu aku masih terpikat akan kecantikan perempuan. Satu peristiwa yang membawa aku jatuh ke lembah jahanam ini disebab oleh sepupu aku sendiri. Bagaimana dia menjadi asbab kepada perkara ini.

Alhamdulliah sepanjang hidup ini walaupun ditekan dengan perasaan songsang aku masih dilindungi olehNya daripada terjebak dengan gejala songsang yang ekstrem.

Sampai detik aku menulis ini aku tak pernah melaku zina songsang sebab ya aku tahu benda ini terkutuk dan terlaknat. Moga aku terus dilindungi. Untuk sekarang aku berusaha untuk tinggalkan daripada menonton video² lucah. Moga aku diberikan kejayaan.

Jadi untuk wanita-wanita diluarkan Sana. Jika anda diberi ujian sebegini melalui pasangan ataupun kawan anda tolong luhur tangan anda untuk membantu. Bilamana mereka yang ‘berpenyakit songsang’ ini betul2 meluahkan perasaan ini kepada anda yakinlah mereka sememangnya ingin berubah

Untuk aku sendiri. Aku masih mencari jurang yang mampu menjauhkan nafsu ini dengan diri aku. Aku masih lagi bertatih untuk tinggalkan segalanya walaupun mungkin memakan masa ribuan tahun. Sebab aku tahu ianya salah.

Harapan aku agar Yang Maha Esa akan hadirkan seseorang untuk membantu aku singkirkan perasaan ini dan terus lenyap daripada menjadi bayangan yang selamanya tidak pernah pulang kepada aku.

Untuk ibu bapa senantiasalah pantuan anak-anak anda kerana dunia sekarang sememangnya mencabar. Dengan teknologi sekrang semuanya mudah untuk diakses. Walaupun aku tahu parents bukannya 24jam mampu menjadi mata-mata untuk anak-anak.

Walaupun ada yang kata bagilah didikan agama dengan sempurna segala masalah dapat diselesaikan. Percaya cakap aku untuk mereka diuji dengan nafsu songsang ini, ajaran agama mampu menjadi benteng tapi percayalah untuk buang semua memerlukan masa yang kami sendiri tak malu garisan masa yang tepat

Jadi mungkin korang boleh titipkan nasihat dan semangat untuk aku. Doakan supaya aku diberi jalan keluar dari dunia gelap aku in sebab aku Tak mahu berterusan dibayangi gempitanya dunia. Mohon doa korang semua

Sekian daripada tetamu pencari cahaya…

– Tetamu Pencari Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *