Assalamualaikum semua, apa pandang kalian tentang fobia? Dalam rakan-rakan dan masyarakat yang aku kenal. Hampir semua ambil mudah tentang fobia. Bagi mereka fobia tu benda pelik dan agak “kelakar” . Tapi sekarang ni ramai juga rakyat Malaysia yang makin sedar akan Fobia ni. Khususnya, kalangan orang muda.
Aku pun seorang yang ada masalah fobia. Androphobia atau takut akan lelaki. Sejujurnya, aku bukan lahir dan takut dekat lelaki serta merta. Cuma aku ada kisah silam. Hampir kena perkosa oleh jiran aku sendiri waktu umur 13 tahun. Sejak haritu, aku takut dengan lelaki. Aku kalau ada lelaki yang datang dekat atau masuk “zone aku” aku terus panic dan takut sangat.
Selalunya aku akan elakkan berjalan atau pergi tempat yang ramai orang. Dengan arwah ayah aku pun dulu aku takut. Dalam keluarga aku, cuma sorang lelaki. Adik aku. Kami 5 adik beradik, 4 yang lain perempuan dan bongsu sekali ada lah lelaki. Aku sayang adik aku, sayang sangat. Dia comel baik dan kalau kami cakap dia dengar je. Tapi sebab masalah aku ni, aku jadi takut. Makin adik aku membesar aku makin payah nak bercakap dengan dia.
Adik aku waktu tu masih sekolah, tingkatan 1 jadi kami satu keluarga ambil keputusan tak bagi tahu adik pasal keadaan aku. Selama itu, aku memang akan terpaksa mengelak. Nak bercakap pun payah, kadang-kadang kalau dia tanya. Aku suruh dia tanya akak aku yang lain.
Itu belum termasuk aku dekat sekolah, aku dekat luar. Selalunya, kalau aku nak berjalan tempat ramai orang. Aku akan diri satu tempat ni tengok dari jauh. Nak pastikan laluan mana yang tak ramai lelaki. Ramai kawan aku yang cakap aku ni pelik. Selalunya kawan kelas aku akan datang dekat buat kacau sambil cakap “eh aku lelaki” “takut tak, takut tak” iya memang diorang gelak. Tapi aku ni letak muka dekat atas meja sambil badan mengigil takut. Biasa balik rumah aku akan nangis sebab teringat benda tu.
Pengalaman aku sambung belajar, memang agak teruk. Aku terangkan dekat kawan kelas aku. Masalah aku, dan harap diorang faham. Satu kelas tu ketawakan aku. Aku selalu kalau dalam kelas aku akan cari seat paling hujung tepi dinding dan baris belakang. Selalunya, ada kawan kelas aku yang kacau datang duduk sebelah aku rapat-rapat. Aku selalu cakap jangan aku rasa tak selesa dan takut. Tapi diorang ketawa. Bagi diorang reaksi aku yang takut dan nak menangis kelakar.
Aku balik cuti semester. Dekat rumah ada adik aku sorang, memang aku agak takut sangat. Padahal adik aku dengan elok balik buka pintu nak salam tangan aku sambil cakap “eh Angah dah start cuti” reaksi aku waktu itu memang terlalu kurang ajar. Sebab aku panik dan terkejut aku pergi hayun beg aku dekat muka adik.
Adik aku punya lah dia terkejut sampai terduduk dekat lantai. Aku panik tak tahu nak buat apa. Aku cakap “sorry angah tak sengaja” dan terus lari masuk bilik. Dalam bilik tu aku menangis, menjerit. Aku dah cuba banyak cara nak baiki diri aku, tapi tak berjaya. Sejak haritu, adik aku dah taknak langsung bercakap dengan aku. Beberapa tahun kemudian. Aku pun panggil adik aku, antara adik beradik aku semua. Adik aku lah yang paling aku sayang. Tapi lepas kejadian hayun beg tu. Memang kami agak jarang bercakap.
Jadi seminggu sebelum adik aku pergi sambung belajar. Aku panggil adik aku nak ajak berbual, aku waktu ni dah habis belajar dan bekerja. Walaupun duduk jauh-jauh. Aku pun ceritakan dekat adik aku, bagi aku benda ni elok aku sendiri ceritakan daripada keluarga aku yang lain. walaupun nak ingat balik kejadian berbelas tahun dahulu. Aku tetap tabah dan terangkan dekat adik aku satu persatu. Jadi lepas habis aku terangkan. Aku pun cakap, aku sayang dia. Adik sendiri kot siapa yang tak sayang. Jadi selepas sesi bermaafan serta menangis. Aku pun rasa tenang.
Fobia aku tu masih ada, tapi dengan adik aku. Aku rasa kurang. Makin hari aku makin selesa berbual denga adik aku. Tapi bila dekat luar, aku masih takut sangat. Aku cuba nak baiki tapi sampai sekarang tak berjaya. Macam-macam langkah dan kelas aku pergi untuk pulih. Aku pun sebenarnya ada join komuniti. Yang ada masalah macam aku. Macam-macam jenis fobia diorang ada. Salah satunya, yang ni ramai tahu. Selalu dekat facebook ke atau twitter ada orang post gambar benda berlubang. Atau nama dia trypophobia.
Mungkin kalau yang tak ada rasa fobia benda ni. Dia akan setakat rasa meremang dan geli. Kalau yang ada masalah dia. Dia akan menangis sambil garu satu tubuh badan. Ada sorang ni memang teruk. Badan dia habis calar sebab benda tu. Punca dia apa? Yup orang sekeliling dia anggap benda tu kelakar. Dan share serta post dekat dia gambar tu. Setiap kali dia nampak benda tu. Dia akan menjerit sambil garu-garu satu badan dia.
Jadi aku harap kita ni semua makin sedar hal sekeliling kita. Memang kita tahu fobia tu macam-macam dan pelik. Tapi bila terkena sendiri. Seksa sangat. Kawan sekerja aku pun ada fobia. Dia takut sangat dengan kucing. Tapi kawan-kawan dia selalu ambik kucing bawa dekat dia. Reaksi dia teruk sangat. Tapi dia cakap kawan dia, keluarga dia sendiri pun setakat gelak.
– Aida (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit