Sakit Ketika Kerja

Assalamualaikum semua. Nama aku Aina. Aku berusia lewat 20-an. Aku sudah bekerja selama 4 tahun dalam industri perkilangan. Tugasku adalah sebagai eksekutif di bahagian pengeluaran.

Selama 2 tahun aku terperap dalam department aku, semuanya ok. Masuk pertengahan 2018, aku diberikan tanggugjawab baru, tak perlu jaga manpower atau output, tapi fokus aku ialah produktiviti dan aktiviti syarikat.

Alhamdulillah aku berjaya naikkan nama department aku melalui aktiviti syarikat dan pertandingan dalam kilang. Department aku terpilih untuk membentangkan projek kami ke peringkat Asia (kilang yang sama, tapi cawangan lain, produk pun berbeza).

Disebabkan aku masih baru, aku disuruh bergabung dengan senior untuk membantu pembentangan aku nanti. Sekarang dah masuk 3 minggu kami semua melakukan persiapan, dan progress aku agak lewat.

Boss dah follow up berkali2. Aku stress dan tak boleh fokus. Setiap hari bila masuk kerja kepala aku sakit, badan aku jadi berat, sengal2. Kadang2 sampai aku muntah dan tak datang kerja. Bila balik rumah okey. Sakit hilang macam tu je.

Aku dah makan ubat tahan sakit terlalu banyak (panadol). Tapi tak jugak baik. Doktor pun tak tahu aku sakit apa. Aku penat dengan semua ni.

Aku cuba perubatan Islam, diaorang cakap ada orang dekat tempat kerja tak puas hati dengan aku sebab nama aku mula menyerlah di mata boss2. Jadi orang tu nak buat supaya aku tak perform dan boss akan tak suka aku.

Start daripada situ, aku jadi insecure, aku rasa semua orang berpura2 kat tempat kerja aku. Setiap hari aku balik kerja dengan tangisan, sakit dia Tuhan je tau. Badan macam berat seolah2 ada bawak beban, tulang sakit2, kepala sakit. Nak menaip pun susah.

Aku tak minta pun dikenali, aku kerja untuk bantu capai matlamat syarikat. Aku harap sesiapapun yang bekerja, janganlah dengki dengan kejayaan orang lain. Usaha lah sendiri, jangan guna sihir sebagai batu loncatan untuk berjaya dan pikat hati boss, tak berkat hidup.

Aku ada terfikir nak berhenti tapi kerja susah cari. Company aku kerja sekarang besar dan stabil. Sayang kalau berhenti. Doakan aku dapat menghadapi hari2 mendatang selagi aku masih bekerja.

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *