Kisah Pengajaran Hidup Aku

Asalamuaikum warga iium confession.. sambil teman anak dara aku tengok omar&hana ni aku terdetik nak menaip cerita tentang kehidupan aku.

Kisah aku ni simple je.. tapi makan dalam. Maksud aku sesiapa yang pernah rasa duduk kat tempat aku fahamla macam mana.

Pernah tak orang sekeliling kau tak alert dan tak ambil tahu tentang diri kau? Lagi2 family kau sendiri? Mana yang tak berminat dengan kisah libatkan keluarga ni. Rasa bosan ke apa boleh tekan button back or tekan je link lain.. aku bukanya nak burukan family sendiri tetapi sekadar nak meluah.

Since aku dari sekolah. Aku totally lost. Blur. Macam tak tahu arah tuju. Macam pergi kelas hari2 tu ada jasad je roh takde.. tak ada wawasan hidup. Time belajar pun macam tak achieve pape. Pernah dapat nombor 5 tercorot dari bawah.

Dalam adik beradik kami semua beza 6 tahun.. memang tersangat jauh jarak umur masing2 dan kalau jumpe pun macam orang asing. Bayangkan abang2 aku pun sebaya pak cik2 aku. Sebab perbezaan umur yang terlalu jauh aku takde guide.. kurang tunjuk ajar dari adik beradik dengan family.

Masa ni mak ayah aku pun dah 50 lebih. Dengan berusianya, dengan tak alertnya, dengan anzelmier lagi. Macam2 lah..  kadang2 tak amek pun aku kat sekolah. Balik jalan kaki. Aku balik ikut belakang rumah, ikut ladang orang. Kalau ada di antara korang yang duduk ceruk2 kampung fahamlah suasananya.

Kat sekolah aku tak ramai kawan. Aku still berkawan dengan semua orang. Tapi kawan2 aku sendiri pun ada geng lain masa lepak kantin. Aku lebih kepada introvert jugakla.. ada masa rasa nak melepak join je geng mana. Ada rasa nak duduk sorang. Aku lepak kat kelas je and tidur.

Punca jadi introvert pun sebab dari family jugak. Bila ada kenduri kendara mak aku pergi dengan kawan2 mcm tulah ayah aku.. tinggal aku.  mak ayah aku macam tak ada persefahaman.  Time mak aku shopping pun die beli untuk die sendiri. Balik kampung plak macam tu. Seperate berdua.

Masa zaman habis spm, kuar result aku baru duduk 2 minggu je kat rumah. Mak aku gelupur tengok aku tak keje tak sambung belajar. Dia kata aku takde mase depan. Bukannya nak bagi kata semangat. Fikir negatif aje. Aku pun applyla macam2 masuk kolej 6 bulan lepas tu apply plak politeknik. Masa ni politeknik cepat je dapat tak ada plak rayuan. Tu pun tanya kawan2 yang sudi tunjuk cara apply.

Zaman poli zaman budak2 tak matang tu biasa. Nak kawan dengan membe2 yang ade transport. Yang susah sikit tak pandai bodek macam aku, kena tolak tepi. Sampai aku pernah kena tinggal dengan budak2 ni dalam hujan.

Aku ingat hidup aku end kat situ tapi ada jugak classmate datang bantu payungkan aku dan jalan kaki sampai rumah.  Banyak lagi kes buli dari budak2 bajet ni but aku masih bertahan.

Pernah satu tahap aku stress dengan orang sekeliling. Aku ponteng beberapa hari dan bagi slip klinik palsu. Masa ni sem last dah. Bayangkan aku bertahan kena pulau dengan bebudak ni dari sem 1. Lec panggil aku dan tanya sebab dia kata aku sebelum ni tak pernah buat hal. Pointer pun ok dan kelas mana pernah ponteng.

Masa ni aku pandang lec..  macam nak menangis pun dah kering air mata.. tak terluah nak cakap aku depress kat lec semua. Aku tak tahu nak luahkan macam mana nak luahkan kat sesiapa… Aku buntu nak bercerita. Aku fikir tak ada sesiapa pun sudi dengar.

*Sem 4 praktikal

Ok masa ni aku kene kaw2 dari kakak ipar no 2 aku. Masa ni teruk aku kene memang hampir kene halau. Kakak ipar aku ni dulu tak suka dengan family adik beradik kami. Sama la dengan kakak ipar sulung dan kakak ipar no 3. Dorang fitnah family kami pengotor bela saka la apa semua.

Aku ingat duduk dengan adik beradik boleh bantu aku hilangkan depress tapi lagi teruk. Disebabkan mak ayah aku tak jenis tak alert aku selalu kena tempiasnya sekali. Aku usaha puaskan hati orang yang aku bukan pengotor dan bela hantu tu semua. Cuba jadi macam yang dorang nak tapi macam sia2.

Beberapa tahun kemudian lepas graduate, aku dah move on dari introvert ni cuma aku ade sejenis lagi siptom avoidant personaliti disorder. Aku banyak mengelak bila benda buat aku stress. Sampai bawak ke tempat kerja.

Aku cuba jugak berubah. Masa ni aku sewa bilik je. Kongsi bilik air dan dapur dengan stranger.. overall semua ok bila duduk sendiri. Aku hidup dengan gaji seribu kerja kat kedai printing t-shirt je.

Semakin berusia aku semakin matang. Sekarang aku dah berkahwin. Ada anak seorang perempuan. Banyak perkara berubah selepas kahwin. Aku rasa hidup lebih bermakna sebab fokus dengan anak dan suami. Tapi paling banyak aku belajar tentang kehidupan ni:

1) Kita tak boleh puaskan hati semua orang.

2) Kalau kau nampak orang tu salah tegur jela elok2 kenapa nak pulaukan sampai hasut orang lain?

3) Belajar dari pengalaman yang lalu. Jangan salahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Anggap jela ini ujian sementara.

4) Depress macam mana pun.. kuatkan lah diri korang. Tuhan pilih dugaan macam ni untuk orang2 yang kuat aje.

5) Kalau kau rasa dalam dunia ni semua hukum kau.. kau silap masih ada yang caring cuma kita tak bercerita.

6) Lupekan kisah lalu. Dan cuba untuk berubah. Bukan berubah untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

Sekarang alhamdulilah. Walaupun aku tak ramai kawan. Family aku sentiasa ada datang melawat. Masak sama2 gosip sama2..

Mak aku? Masih anzelmier lagi. Tapi die tak stres la macam dulu2.. anak2 banyak bantu dia.. Aku? Dah berhenti lama sebab nak jaga anak dan bantu suami berniaga. Lepas apa yang berlaku.. Aku lebih hargai hidup bersama anak dan suami walapun tidak lah semewah mana..

– Minahkekaboo88 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *