Arranged marriage. Masih relevan ke lagi arrange marriage pada zaman sekarang ni? Aku tak pasti. Cerita ni adalah mengenai abangku, Taha.
Imbas kembali tiga tahun yang lepas. Abangku merupakan graduan perubatan dari Ireland. Sebelum tamat belajar abangku pernah bercinta dengan rakan sekuliahnya tapi malangnya putus di tengah jalan.
Waktu itu abangku bagai orang hilang arah, sehingga hampir gagal satu subjek. Asbab dari itu abangku mula mendekatkan diri dengan agama, belajar agama lebih mendalam. Tapi aku tahu dia betul betul patah hati. Semuanya diluahkan pada mama.
Diluaran dia nampak ok tapi banyak yang dipendam walaupun begitu akhirnya dia berjaya grad cukup masa tanpa perlu extend.
Selesai sahaja grad, mama tanpa berlengah mencarikan jodoh buat abang untuk mengubat luka hati abang yang putus cinta namun abang menolak. Alasannya mahu spent time dulu dengan mama setelah lama belajar di tempat orang (mama adalah single mother). Tapi mama seakan mendesak.
Abang yang memang taat pada mama hanya menurut sahaja setelah didesak. Di sinilah bermulanya segala galanya yang aku pasti buat mama bakal menyesal.
Tak lama selepas abang convo abang mendapat panggilan untuk HO. Kemudian beberapa bulan selepas itu abang dinikahkan dengan gadis pilihan mama.
Selepas abang habis HO mama sangat berharap abang akan menyambung MO di negeri kami di Pahang. Namun abang telah memilih untuk menyambung di ibu kota kerana berdekatan dengan keluarga isterinya.
Isteri abang masih tinggal di rumah keluarganya tak tinggal dengan abang aku tak pasti kenapa. Mama agak sedih namun terpaksa redha.
Setelah abang mula bekerja kehidupan abang semakin sibuk sedangkan waktu HO abang berjanji dengan mama setelah tamat HO dia tak akan sesibuk seperti waktu HO dan mempunyai masa untuk ziarah mama.
Namun janji hanya tinggal janji. Bila cuti, abang akan terus ke rumah keluarga isterinya. Bila abang balik? Waktu raya. Bila raya pun balik cuma sehari. Hari selebihnya di rumah keluarga isterinya. Puasa sebulan tak pernah sehari pun abang balik berbuka dengan mama.
Bercuti dengan keluarga jauh sekali. Setiap kali kami adik beradik rancang untuk bercuti ada saja alasan abang. Bila abang balik ke rumah mama, kami adik beradik merancang makan luar pun akan ditolaknya. Alasannya anaknya hendak tidur. Kami dapat rasakan abang semakin jauh dengan kami.
Aku tahu mama sedih dan terkilan. Namun mama kata mama redha sebab tanak abang jadi derhaka. Silap mama sebab desak abang untuk kahwin cepat cepat dengan pilihan mama. Jika mama hendak tegur abang mungkin mama takut abang kecik hati sebab isterinya adalah pilihan mama.
Suka atau tak mama perlu terima. Nasi sudah menjadi bubur. Aku doa agar abang lembut hati dan dekat semula dengan kami. Aku mahukan abangku yang dulu.
– Tina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit