Premenstrual Disphoric Disorder (PMDD)

Hi. Nama aku Cik Yah (bukan nama sebenar). Dah berkahwin. Alhamdulillah sedang mengandung. Aku nak cerita pasal depression yang aku alami sejak sekian lama tanpa sedar aku sedar.

Tahun lepas, aku didiagnosed dengan depression oleh doktor dan sejak itu aku telah mula makan ubat. Setraline. Sehari sebiji. Sebenarnya doktor masih lagi diognosed aku dengan MDD, PDD, PMDD tapi aku dapat rasakan aku lebih kepada PMDD.

Aku ada PMDD ni sejak sebelum kahwin lagi. Benda ni lebih ketara bila aku mula ada boyfriend masa zaman belajar dulu. Setiap bulan wajib gaduh dengan boyfriend. Lepas habis gaduh, mesti boyfriend tanya “Awak period ke?” dan ya, aku period dan ya, setiap bulan jadi macam tu. Sehinggalah masa aku dengan suami sebelum berkahwin. Sampai dah nak putus tunang. Memang psiko la aku masa tu.

Masa aku jadi psiko tu memang aku tak sedar apa. Aku tak mampu nak fikir dengan waras. Tapi aku rasa benda tu bukan penyakit. Sampai rasa macam ada saka la konon. Alhamdulillah, memang tak ada la saka atau pengaruh makhluk halus sebab aku dah pernah pergi darussyifa dan ustaz ustazah kata tak ada apa.

Alhamdulillah jodoh dengan suami Allah izinkan. Dua tahun pertama, amat amat amat memeritkan bagi suami aku. Mana tidaknya kalau dah setiap bulan hadap aku menggila. Setiap bulan hadap aku nak bunuh diri, kelar tangan dan ya, mesti jadi masa aku period. Tak kena masa period, akan kena sebelum atau selepas period. Pantang suami aku buat salah sikit. Habis aku mengamuk macam suami aku buat salah besar. Aku sendiri tak tahan dengan diri aku. Sebab aku memang tak mampu nak kawal diri.

Aku betul-betul tak mampu nak berfikir secara waras bila keadaan aku macam tu. Bila aku mengamuk, suami aku pun mengamuk la sekali. Habis barang pecah sana sini. Benda ni berhenti bila suami aku dah habis mengamuk, beliau akan azan kat aku, baca 3 qul, ayat kursi semua baru aku lembik, tak larat nak mengamuk (yang ni mungkin ada pengaruh syaitan la kot sebab jiwa pun kosong).

Lepas tu aku akan nangis gila-gila sebab rasa bersalah dengan suami aku. Itu la rutin setiap bulan. Aku pun tak tahu macamana suami boleh sabar sampai macam tu sekali.Disebabkan aku ni pembaca setia IIUMC, sedikit sebanyak confessions berkenaan depression mula buka mata aku. Ada ciri-ciri yang lebih kurang macam aku ada. Terima kasih IIUMC.

Mula dari tu aku rasa yang aku ada penyakit depression. Aku baca juga di mana boleh dapatkan rawatan etc. Tapi aku belum ambil apa-apa tindakan lagi. Sampailah aku mengamuk, aku jerut leher aku dengan tali. Masa ni aku takut mati lagi. Kali kedua aku jerut leher aku dan aku rasa it is okay, you can die. Masa ni aku dah tak takut mati. Aku rasa tak apa, aku boleh mati.

Bila aku dah normal balik, aku dah mula risau. Aku betul-betul risau yang aku akan bunuh diri sebab aku dah yakin aku boleh mati. Esoknya terus aku dan suami terus pergi pusat rawatan di Putrajaya. Kali kedua appointment kalau tak silap, baru aku mula makan ubat.

Alhamdulillah, lepas makan ubat aku rasa normal sangat. Sampai dah lama betul tak mengamuk atau bergaduh bagai nak gila. Sampai sekarang pun kalau bergaduh dengan suami atau tak puas hati dengan suami, aku mampu hadap dengan normal. Tak perlu nak mengamuk. Tak perlu nak jerit.

Di samping makan ubat, aku ada consultation dengan psychologist juga. Di sesi tersebut, aku belajar cara berfikir ketika marah. Ubah cara berfikir dan macam-macam lagi yang sangat membantu untuk aku.

Alhamdulillah, tahun ni aku mengandung. Aku berhenti makan ubat sementara dan aku minta dengan doktor untuk hold sekejap makan ubat. Apa yang aku dapati, masa mengandung kan tak period, walaupun tak makan ubat aku masih boleh handle emosi aku dengan baik dan terkawal. Jadi ternyata memang depression aku jadi masa aku period. Alhamdulillah, aku bersyukur, sangat bersyukur aku jumpa solusi yang berkesan untuk aku dan suami.

Oleh itu, aku harap kalau korang ada ciri-ciri depression tak kisahlah besar atau kecil, segeralah dapatkan rawatan demi kesihatan mental dan kehidupan yang lebih baik. Aku harap confession ini membantu sebagaimana confessions yang lepas membantu aku. Jangan malu untuk dapatkan rawatan. Tak semestinya ada masalah mental teruk je kena dapatkan rawatan. Rawatan awal adalah lebih baik daripada dah teruk baru cari.

Di sini aku nak kongsikan secara ringkas apa yang doktor psikologi bagitahu aku, ada 4 perkara yang menyebabkan depression secara am:

1. Pendam perasaan – terlalu pendam rasa, tidak berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai.

2. Malu/segan – takut orang lain judgemental terhadap diri.

3. Menyalahkan diri atau orang lain – kerap menyalahkan diri atau orang lain terhadap sesuatu perkara.

4. Tak tidur malam – tidur selepas pukul 11 malam tidak diconsider sebagai tidur malam. Tidur malam adalah tidur sebelum pukul 11 malam. Ini kerana sejenis hormon yang namanya Cortisol sangat mempengaruhi diri kita. Yang ni, boleh Google sendiri untuk penerangan lebih lanjut.

Sekian sahaja dari aku.

– Cik Yah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *