Kerap Mimpi Orang Yang Sama

Assalamualaikum, Nama Aku Maya Zaharah (nama pena). Berumur 26 tahun sudah berkahwin dan mempunya seorang anak. First of all aku nak minta maaf jika penulisan aku ni ada yang tonggang terbalik. Tapi harap korang dapat faham dan memberikan pendapat.

Aku ada ramai kawan baik. Lelaki dan perempuan. ALLAH hadirkan aku kawan2 yang baik since dari aku sekolah menengah. Mungkin sebab mak ayah aku cerai sejak aku dari kecil lagi. Bila masing2 dah berkahwin attention mereka pada aku pun berkurangan. Jadi pada kawan2 aku sahaja lah tempat meluah segala benda. Alhamdulillah ALLAH hadirkan semua sahabat yang terbaik.

Dalam ramai2 kawan baik. Ada seorang kawan yang betul2 rapat dengan aku sebelum aku berkahwin. Yes dan dia seorang lelaki. Kami kawan since form 1 untill now lah umur memasing dah 26 tahun. Kami memang rapat sampai ada orang ingat kami ni bercinta. Padahal tidak.. We support each other dalam apa jugak keadaan.

Aku sangat selesa dengan dia, i know he felt the same thing too. He knows eveything about me. Aku suka minta pendapat dia dalam apa jugak benda yang aku buat. Banyak moment and kenangan yang indah dengan dia. Aku kenalkan nama beliau sebagai Haris. Kawan2 lain pun faham macam mana rapatnya aku dengan Haris ni. We are truly bestfriend forever la kononnya.

Aku pendekkan cerita la ye.. Before aku kahwin dengan husband aku ni.. aku ada kawan dengan sorang lelaki, Haris pun dah ada girlfriend. Tapi kitorang selalu je lepak even memasing dah ada bf gf masing2. Masa tu aku dah kerap bermimpi Haris datang dalam mimpi aku. Tiap kali datang mesti dia payungkan aku dari hujan. Mula2 aku endah tak endah je sebab mimpi je kan? Aku anggap ia mainan tidur.

Sampailah aku dah kahwin.. Dia selalu datang dalam babak yang sama cuma persekitaran yang berbeza. Tiap kali datang dalam mimpi mesti mimpi yang indah2. Aku akan tersenyum sejurus tersedar dari tidur. Yang pelik nya dia akan tanya aku rindu dia tak? Tak sempat aku jawab mesti aku dah tersedar. Oh ye Haris pun dah kahwin sekarang. Aku tengok dia pun bahagia dengan bini dia. Alhamdulillah.

Dan.. yang menjadi tanda tanya aku terlampau kerap mimpi Haris. Boleh di katakan hari2. Padahal aku tak terfikir pun pasal dia. Aku happy je dengan husband aku sekarang. Bila aku cerita dekat kawan aku yang sorang ni dia kata aku tak move on. NO! Takde istilah move on sebab aku dengan dia tak bercinta. But aku akui kami cukup rapat.

Selama 4 tahun berkahwin aku pendam benda ni. Aku tak cerita kat husband aku. Aku terlampau kerap mimpi Haris. Keadaan mimpi tu dia datang macam tepat pada masanya… bila dalam kesusahan mesti dia muncul. Payungkan aku.. lapkan air mata aku… sampailah semalam aku mimpi dia lagi.

Aku dah tak terbendung.. aku jadi rindu pada Haris. Sampai ofis aku menangis2 teresak-esak. Kenapa dia datang dalam mimpi aku? terlampau kerap? Kami masih je contact each other. Cuma jarang lepak. Nak personal whatsapp tu taklah sebab memasing faham kan, dah berumahtangga. Cuma otak aku jadi semak memikirkan dia kerap datang dalam mimpi.

Korang bayangkan..selama 4 tahun.. selama aku berkahwin ni.. boleh dikatakan seminggu 3 , 4 kali dia datang dalam mimpi aku. Yang buat lagi aku curious.. mimpi tu semua mimpi situasi yang baik2. Bukan situasi jahat ke apa. Lama-lama aku jadi rindu. Padahal aku dah berkahwin ni.. rasa lain macam rindu pada someone yang bukan husband. Tapi rindu tu bukan rindu atas nafsu ke apa.. rindu.. rindu dengan sahabat.

Aku nk cerita pada suami tapi takut dia salah faham. Jadi aku simpan benda ni sorang2. Ada dua orang je kawan aku yang tahu pasal ni. Macam2 pendapat dorang bagi. Selain pendapat kawan2 aku.. boleh tak aku nak mintak pendapat korang apa patut aku buat? Adakah itu mainan tidur? Atau aku kena do something untuk nak selesaikan masalah ni?

Thank you,

– Maya Zaharah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *