Assalamualaikum all readers… Nothing to confess, just a reminder of common senses yang makin hilang dimamah usia.
1. Pemberian orang.
Kalau pun pemberian tidak disukai, jangan la komen barang tu depan pemberi. Contoh ‘Tak cantik la, butik i selalu beli lagi cantik’. Cukup sekadar cakap terima kasih. Cuba memuji walau fake, and cakap tak payah susah-susah lain kali. Apalah sangat harga pemberian tuh as compared to ingatan dia pada kita.
2. Tumpang kereta kawan.
Kalau dah sama-sama bekerja, bergilir-gilir la bawa kereta time nak lunch. Kalau tak boleh bawa kete (kete rosak etc), belanja la kawan makan lunch sekali sekala. Berape sen sangat je.
3. Kirim barang semasa kawan/ahli keluarga pergi bercuti.
Elakkan lah kirim2 barang. Korang tak tau plan kawan korang ape. Dia dah saving for years nak pegi melancong, tetiba ko suruh dia tolong beli itu ini, which not part of dia punya plan pun. Buang masa dia je.
Sekarang kan banyak personal shopper, pandai-pandailah order. In case harus juga order, tanya dulu, dia akan lalu tak kawasan sekian2. Bagi duit in advance and jangan lupa time dia bagi baki, tak payah la amik (kalau baki tak banyak sangat). Anggaplah upah penat dia bawakan barang ke korang. Kalau tak ada duit, buat cara tak ada duit.
4. Pinjam duit.
First of all, kalau tak ada duit, buat cara tak ada duit. Jangan meminjam semata2 nak shopping @ makan kat tempat mahal2. Pinjam duit sepatutnya semasa kecemasan sahaja. Dan dah pinjam tuh, jangan la lambat2 bayar balik.
Kalau tau diri pelupa, write down somewhere yang kita dah pinjam duit orang and how much. Kalau tak mampu pulangkan semua, buat deal dengan kawan, bayar amount tertentu/month sehingga cukup duit pinjaman.
5. Tumpang rumah kawan/saudara.
Make sure jangan sampai ke rumah tuh lambat. Mengganggu aktiviti tuan rumah khasnya kalau ada anak2 kecil yang nak tido awal. Bagitahulah beberapa hari awal agar tuan rumah boleh prepare.
Bawalah sedikit buah tangan. Paling tidak, bagilah ‘duit raya’ kat anak tuan rumah mengikut kemampuan as if duit tumpang bilik. Dan sekiranya bawa anak kecil, make sure anak behave. Jangan biar anak-anak masuk bilik tuan rumah sesuka hati. Pantau la keberadaan anak tuh.
6. Jemputan ke majlis.
Make sure hadir dalam time frame yang tuan rumah dah tulis/bagitau. Janganlah tuan rumah cakap majlis 12pm-3pm, tapi korang nak minta datang 8pm sebab gerak dari kampung. If u cant make it, then jangan susahkan orang, tuan rumah pun nak rehat.
Maafkan saya kalau korang pening nak baca tulisan saya. Dah lama tak menulis karangan. Sekadar peringatan agar hubungan anda dan orang sekeliling anda harmoni.
– Hakak kome (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit