Kali ni aku tekad. Untuk hidup bersendirian. Untuk hidup berdikari. Kerana aku penat untuk menyusahkan orang lain lagi. Terutamanya ibu bapaku. Aku penat bila orang lain mengatakan yang aku banyak menyusahkan ibu bapaku.
Seakan aku tidak menyedari dan tahu akan hal itu. Tetapi mereka tidak peduli. Mereka menghemburkan kata2 yang menyakitkan hati aku, sehingga aku patah hati, tidak lagi meletakkan harapan pada manusia. Walaupun adik beradik aku. Walaupun terhadap ibu bapaku.
Aku menyedari, aku telah banyak menyusahkan ibu bapaku. Jika aku tidak mengetahuinya, nescaya aku tidak akan dapat bertahan sehingga selama ini.
Benarlah, tiada manusia yang dapat memahami keadaan diri kita sehingga mereka berada dalam situasi tersebut. Dan aku tak salahkan mereka.
Cuma hati aku cukup remuk dengan kata2 mereka, seorang abang yang dimana tempat seorang perempuan untuk berlindung, mengatakan kata2 seperti itu. Cukuplah.
Cukuplah Allah buat diriku. Dialah sebaik-baik penolong dan pelindung bagi diriku.
Aku memang nak berhenti. Jika aku anak orang kaya atau ada duit, da lama aku berhenti. Tetapi, aku MIA dan buat begini sebab aku takut nak berhenti. Takut akan ujian2 lain yang bakal menimpa. Takut aku bakal menyusahkan lagi ibu bapaku. Tetapi aku juga tidak mampu untuk meneruskan HO.
Memang aku ada niat nak bunuh diri. Agar semua penderitaan ini dapat berakhir. Tetapi aku menahan diriku kerana aku tahu, Allah tak suka aku buat begitu.
Membunuh diriku akan membunuh anak di dalam kandunganku juga. Maka aku telah berbuat dua kesalahan besar sebelum aku meninggal. Masakan aku dapat selamat dari azab Allah pada saat selepas aku meninggal?
Semua orang memaksa aku untuk meneruskan HO. Sebanyak mana aku terangkan bahawa aku tak boleh untuk meneruskan, mereka tidak akan faham pada akhirnya. Akhirnya, mereka tetap kembali untuk memaksa aku. Aku penat. Sungguh aku penat.
Dalam keadaan suamiku sendiri meninggalkan aku sekarang, aku jadi bertambah penat. Apakah tujuan semua ujian ini turun kepadaku? Apakah hikmah di sebalik semua ini? Soalan yang kerap bermain di benak fikiranku. Tetapi tiada jawapan. Yang membuatkan aku bertambah buntu.
Aku bersyukur kepada Allah atas ujian ini. Kerana dengan ujian ini, aku kembali dekat kepadaNya. Tetapi aku sangat memohon petunjuk dan rahmat dari Allah atas ujian ini.
Tiada lain yang aku minta melainkan Allah memberi hidayah dan kekuatan buat diriku untuk menunjukkan kepadaku jalan yang mana yang patut aku tempuhi dan agar Allah menguatkan hati dan langkahku di atasnya.
Penatnya, Ya Allah. Dengarlah rintihan hatiku ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan keadaan diriku ini. Aku hampir untuk berputus asa dengan rahmatMu. Aku hampir berputus asa untuk berdoa kepadaMu. Aku hampir mahu mengakhiri hidupku, Ya Allah.
Kerana sehingga kini, aku tak tahu jalan mana yang perlu aku tempuh. Sehingga kini, aku rasa benar2 tak berguna. Sehingga kini aku rasakan bahawa aku sepatutnya hidup bersendirian agar aku tidak lagi menyusahkan orang di sekelilingku.
Aku berputus asa dengan ibu bapaku. Aku hampir juga berputus asa terhadap diriku sendiri.
Aku mahu mencipta kehidupan yang baru. Jauh dari ibu bapaku. Jauh dari keluargaku. Aku mahu berdiri di atas kakiku sendiri. Agar tiada siapa yang akan bertanggungjawab terhadap diriku. Agar aku dapat bangun dalam keadaan susah dan payah di atas kaki ku sendiri.
Dan pada saat itu, hanya kepada Allah aku bermohon setulus hati. Hanya kepada Allah aku berharap. Hanya kepada Allah aku kembali. Hanya kepada Allah aku berserah diri. Cukuplah Allah buat diriku. Cukuplah Allah buat diriku. Cukuplah Allah buat diriku.
Kurniakan aku kekuatan, Ya Allah. Untuk memulakan langkah baru di atas kakiku sendiri. Agar aku lebih mengenali diriku sendiri. Kuatkanlah aku Ya Allah dengan cintaMu. Aminn aminn ya rabbal a’lamin.
– Ex-HO (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit