Nama aku Akira seorang pelajar tahun 4 di sebuah university awam. Sebelum tu, maaf jika cerita ni terbelit terulang atau tiada flow. Aku tak berapa reti nak karang ayat.
Cerita aku ni khas untuk student u. Atau pendek kata tips masuk u?
Ambil la sebagai pengajaran supaya anda tidak lakukan perkara yang sama dan jika cerita ini ada membuatkan anda terasa maka berubah lah.
Tapi sebelum tu alhamdulillah aku dapat housemate yang pandai menjaga kebersihan. Semua pembersih.
Straight to the point cerita aku tentang housemate yang boleh dikatakan seorang yang penyegan or liat nak masuk dapur. Aku nama kan dia Afi. Afi ni seorang yang baik. Tidak dapat dinafikan. Bila kita dah duduk rumah sewa ramai ramai, tolong menolong is a must.
Dalam rumah tu ada sorang yang memang terer masak nama dia Ika. Kami bersyukur sebab dia tak pernah rasa terpaksa untuk masak kan kat kami sebab dia memang suka masak (siapa nak berminat jadikan ika sebagai isteri boleh bagitau ya).
Kami yang tak berapa reti masak ni mesti tolong potong bawang, basuh kuali susun pinggan. Masing masing tau benda apa yang nak dibuat tanpa disuruh. Tapi si Afi ni boleh bersenang lenang main fon or tengok movie kat dalam bilik. Sape tak panas hati beb.
Yang boleh masak sikit sikit ni ada la ganti tempat Ika kalau dia busy or malas masak. Kami faham. Takkan la nak harapkan Ika je yang bersilat kat dapur. Tapi Ika, aku suka kau punya masak lemak, aummmmm.
Orang kata perangai kita di rumah kita akan bawa ke mana mana. Betul ke? Kalau kau memang rajin kat rumah sendiri kau automatik kau akan rajin kalau di rumah sewa. Kalau kita tak reti masak, kerja laim macam sapu sampah buang sampah kan ada?
Tegur? Yes dah puas kami tegur dalam pelbagai cara. yang paling best sekali time bulan puasa haritu. Memang menguji kesabaran hahahaha. Bagi aku benda ni salah satu common sense. Tapi tak tau la orang lain macam mana kan.
Next is, yan tadi pertama ni yang kedua iaitu please la kalau nak apa apa beli saja (benda yang mampu). Jangan meminta minta dengan orang lain.
Kalau kawan kau tengah makan kfc, mungkin masa tu dia teringin sangat nak makan, kau jangan la datang buat muka tak malu, ‘eh eh sedap nya ayam kfc eh… Nak sikit’. Kalau teringin beli sis. Bukan minta.
Jangan kau simpan duit lepas tu kau tau kawan kawan kau baik, then kau pau. Duit dia habis tapi duit kau banyak. Alasan kau sebab nak guna duit pt tu untuk bayar pt balik. Aigooo. Yes bagus kau berjimat cermat tapi beragak. Jangan ambil kesempatan atas kebaikkan orang lain.
Banyak lagi tips masuk u tapi aku bagi ruang untuk orang lain bagi pandangan dan idea ya.
Okay itu sahaja cerita dan buat pelajar yang baru nak masuk lagi seminggu ni good luck ya belajar baik baik. Jangan terlalu sibuk mencari jodoh, haha.
Lastly, aku nak minta suggestion cara teguran yang best tapi tak sakitkan hati Afi. Please I need that.
Sekian… Adios.
– Akira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit