4 Penyakit

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau sudi siarkan cerita ini. Aku ringkaskan aku adalah survivor dari panic attack, depression, suicidal thoughts and gangguan makhlus halus.

Jalan cerita aku mungkin cliche dengan confessions lain. Tapi aku harap post ni sebagai sharing and dapat bantu macam mana orang yang ada masalah ni untuk cope dengan isu ni dengan jayanya. InsyaaAllah!

First, Aku kena panic attack masa first year degree. Aku baru selesai join kem under universiti aku masa tu. Selepas daritu aku kena panic attacked.

Setiap kali aku dekat kuliah, mesti aku berdebar² and jantung aku berdegup laju macam orang baru habis marathon 20 km. Tu belum cerita lagi kalau aku kena hadap crowd besar. Even dekat pasar malam pun aku boleh panic.

Paling teruk aku selalu fikir and bayang aku nak pengsan. So badan aku selalu lemah seban otak aku dah set yang aku akn pengsan. Aku tak tahu nak refer or mengadu dekat siapa.

Aku tak rapat dengan mak ayah Aku sebab family aku ada masalah sikit. So untuk 3 tahun berturut² Aku guna alasan Aku ada low blood pressure supaya orang sekeliling Aku faham knapa aku tiba² lemah.

Second is depression. Benda ni sangat berkait dengan suicide attempt and gangguan makhlus halus. Aku ringkaskan cerita. Sejak aku dapat panic attack, depression pun menyusul.

Benda ni terjadi sebab aku diganggu dengan makhlus halus. Pada mulanya, aku depression, tanpa sebab. Aku akan menangis hampir setiap hari sebelum tidur. Aku tengok dekat cermin pandang muka aku dan nangis.

Aku bukan rasa marah atau sedih,tapi rasa kosong. Rasa macam tak berguna pun Ada dekat sini. Tahap ni adalah tahap di mana aku tak lagi sayang dengan diri Aku dan Aku rasa orang lain pun sama juga.

Then, Aku broke up dengan bf Aku, which lead to suicidal thoughts. Dalam masa depression and panic attack pun, Aku sempat berputik cinta, kah! Tapi sayang Aku rahsiakan dari dia tentang sakit Aku and kami pun bercinta jarak jauh.

Aku cuma selalu bagi alasan Aku emotional breakdown sampai dia pun dah malas nak layan Aku. Dia pulak ada perempuan lain masa tu, which lead to suicidal thoughts sebab dahlah Aku tak sayang diri aku sendiri, orang yang at least Aku Ada hope untuk sayang Aku dah pergi cari perempuan lain.

Masa tu aku mesej mak Aku. Aku cakap Aku rasa macam nak bunuh diri. Mak aku punyalah risau tapi dia reply suruh ingat Allah.

Disclaimer : Aku jaga solat 5 waktu, Aku join usrah, baca Qur’an tapi aku tetap depression. Sebab depression bukannya seban kau Ada masalah dengan Tuhan tapi kau sakit mentally.

Third, macam mana aku tahu Aku Ada gangguan Jin, bila Aku start mimpi bukan², and Aku sakit kepala dan dada setiap hari. Aku refer doktor siap buat ECG, result sihat seperti biasa.

Last resort, aku jumpa ustaz and confirm gangguan Jin. Masa tu dah final year. Aku redha 3 tahun result Aku teruk sebab tak boleh fokus dalam kelas , depression and suicidal thoughts tu semua end up it was gangguan makhlus halus.

Jadi macam mana Aku boleh lari dari semua benda tu. Aku tak lari, Aku berdepan dengan benda tu. Disclaimer : Aku sembuh untuk semua masalah tersebut kecuali gangguan makhlus halus.

1) Aku tahu benda ni adalah gangguan makhlus halus. Jadi aku tak pernah tinggal ibadah wajib. Malam, aku dengarkan ayat ruqyah. Aku berubat tapi jarang² sebab ni gangguan kecil. Should be nak baik betul², istiqamah.

Sekarang Aku masih lagi sakit sikit tapi Aku berubat. Tapi Aku tak jadikan isu tu masalah, aku redha benda ni adalah asbab untuk Aku dekatkan diri dengan Tuhan.

2) Aku fokus dekat diri Aku. Aku tahu Aku benci diri Aku. Jadi aku tukarkan mindset Aku. Aku forcekan diri Aku untuk syg diri sendiri. Aku tgok cermin selalu Aku akan nangis, skrg Aku force diri Aku untuk gelak dan senyum setiap kali Aku tgok diri aku. Aku force benda ni smpai dia jadi habit.

3) Aku betulkan balik hubungan Aku dengan family Dan kawan². Please tell your family members that you are having depression. Diaorg tak de solution untuk korg tapi at least kau perlu Ada someone untuk dengar masalah kau.

4) Aku stop dengar lagu sedih². Aku buat benda yang boleh larikan diri aku Dari suicidal thoughts and channel back positive energy. Aku join volunteering and Aku simpan duit pergi travel. Dan sekarang benda tu jadi kebahagiaan dalam diri aku.

5) Aku search dekat Google steps to overcome panic attack and aku amalkan. Benda ni happened 4 years ago so Aku dah lupa dah steps dia… Sekarangg Aku kena dua kali setahun je panic attacked.. itupun sebab Aku trauma lepas accident kereta. Kah!

6) Aku simpan duit and belanja untuk cantikkan diri Aku biar diri ni rasa berguna sikit. Aku kadang² belanja makan mewah untuk diri Aku. Aku buat apa sahaja untuk dapatkan self-love.

Benda yang aku amalkan diatas adalah proses 2 1/2 tahun. Nampak ringkas tapi ambil masa untuk sembuh. Sekarang Aku dalam peringkat paling bahagia dalam hidup Aku. Sebab Aku belajar untuk sayangkan diri Aku terlebih dahulu.

Semoga bagi sesiapa yang under depression dan suicidal thoughts dapat kuatkan semangat dan melawan suara² jahat dalam diri. Paling penting sayang diri korang dulu! Sebab kalau korang tak sayang, confirm korang pun takde usaha untuk sembuhkan diri sendiri.

– Cik N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *