Bismillah… Saya adalah pelajar uia yang mengambil ijazah sarjana muda bioteknologi. Bekas pelajar stpm di NS. Banyak sebab saya ambil stpm dulu, salah satunya sebab curious. Orang cakap susah la apa la.
Jadi, dengan rela hati saya ambil stpm padahal waktu tu saya dapat offer dari upsi dan matriks tapi saya tolak memandangkan hati saya tak sedia lagi nak tinggalkan ibu dan ayah di rumah. Maklumlah, saya ada seorang saja kakak yang sudah berkerja.
Jadi, semasa dalam tingkatan 6 tu barulah saya faham kenapa orang cakap form 6 tu susah.. belajar memang seronok tetapi masa exam itulah yang pecah kepala, hahaha.
Stpm is the 1st hardest exam in Malaysia, number 3rd hardest exam in Asia and number 7th hardest in the world (that’s what I found in google) and masa tu saya ambil Pengajian Am, Mathematics (T), Chemistry dan Biology.
Jujur saya cakap, memang setiap hari saya tidur 2-3 jam dan selebihnya saya belajar, belajar dan belajar. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat naik ke pentas dan menerima anugerah :)
Dulu, memang tak pernah terlintas di fikiran saya dapat masuk uia. Masa isi borang upu dulu saya letak uia di tempat ke-9 dan kursus bioteknologi pun pilihan terakhir saya. Memang betul-betul tak expect!
Hahaha, tapi tak apalah, saya bersyukur sangat-sangat dapat masuk uia ni. Banyak benda saya belajar sebab saya ni terlalu fokus kepada sains. Alhamdulillah, masuk uia ni banyak membuka minda saya bahawa sains dan Islam amat selari.
Oklah, saya mulakan pengalaman saya sepanjang bergelar iium student.
Lepas dah tahu dapat masuk uia, ibu dengan ayah saya punyalah excited sebab mulanya dieorang ingat saya dapat dekat iium gombak. Dalam offer letter pun cakap kena datang ke Mahallah Sumayyah untuk daftar.
Oklah, time tu dah contact kawan-kawan yang kenal kawan lain yang dah masuk uia. Dieorang cakap kalau course sains memang kat kuantan. Tu dieorang pelik tu kenapa daftar kat gombak. Hmm.. saya buat research, check bioteknologi punya kulliyyah kat mana… Kuantan…
Sedihlah sekejap ibu dengan ayah sebab berjauhan dengan anak :( rupa-rupanya direct intake semua kena Tawe kat gombak dulu. Ambil EPT, APT dgn TPT kat gombak dulu, kalau pass EPT baru boleh pergi kuantan.
Serious cakap, Tawe uia paling rileks! hihihi tapi kiteorang kena belajar untuk ambil test tu semua :’) as for me, before saya masuk uia tu, saya practise la jugak english writing kat rumah tapi time ambil exam tu ketaq jugak rasanya.
Tak silap, masa habis EPT tu saya menangis sebab tak sempat jawab penuh yang essay last tu. Maka, bermula dari situ saya redha~ CELPAD pun CELPAD laa hahaha tapi kawan-kawan, Allah itu Pemurah!
Alhamdulillah saya lepas EPT dengan cukup-cukup makan hahaha maka, saya pergilah ke kuantan dan mulalah kehidupan saya di kuantan. Oh ya! APT saya tak lepas sebab saya tak belajar Bahasa Arab dan saya berhuhu jelah pergi ke Kuantan dan belajar di sana. Test lain Alhamdulillah lepas.
Sampai saja Kuantan, kiteorang terus daftar kat Mahallah Fatimah Az-Zahra (MFAZ). Tulis nama, ajak sesiapa yang belum ada bilik, tulis nama, dapat kunci, and terus masuk bilik. Kat uia ni satu bilik tu ada 4 compartment and bilik kat kuantan ni better la daripada gombak and bilik air pun bersih and luas sangat.
Dalam bilik, kalau dapat compartment B dengan C tu memang better la daripada A dengan D sebab B and C tu menghadap keluar and boleh dapat angin segarrr while A and D dapat hadap baju kat ampaian dengan bilik seberang sana je, senang cerita boleh rimas la. each level ada usrah room, pantry and tempat gosok baju.
Kat level bawah sekali ada surau, tempat jualan and vending machine! MFAZ ni dekat dengan Kulliyyah of Science which is tempat saya belajar. Turun je bukit, dah sampai. Kalau nak ke OCD dan OSC dari MFAZ memang jauhh. OCD dengan OSC ni tempat berurusan dengan pejabat. Kalau nak bayar yuran kena pergi finance kat OSC and kat OSC pun ada poslaju. Kalau nak pre reg subjek-subjek kena jumpa kulliyyah officer, minta study plan baru boleh pre reg online.
Kat uia ni kena rajin turun naik office :’) kalau kat kuantan ni tak payah berebut pre reg sebab mostly satu batch tu kelas sama and pensyarah pun sama je. Tapi untuk subjek universiti kena pandai pilih section sebab each lecturer lain-lain cara ajar dia, nanti exam pun based on lecturer. Kalau lecturer baik, dapatlah markah best. Kalau dapat lecturer strict, kenalah buat the best. Untuk subject science ni, lab report memang jadi rutin mingguan, lab coat kena beli.
Tempat kat kuantan ni besar and bangunan jarak-jarak. Tapi kulliyyah yang best dekat sini Kulliyyah of Medicine (KOM) and Kulliyyah of Dentistry (KOD). Saya pernah jugak round kat KOM and pernah sesat hahaha exam hall KOM besar! kalau final exam mesti terselit jugaklah kat KOM tu. Kalau KOD, ni bangunan baru. Cantik! surau pun ada aircond! And saya suka cafe kat KOD ni. Sedap and murah. Berbaloi la jugak hehe selalunya lepas saya pergi library, saya akan singgah cafe KOD untuk makan dulu haa pastu baru balik mahallah.
Oh ya! cafe Mahallah Khalid Al-Walid (mkaw) pun seronok! ramai jugak student perempuan pergi mkaw untuk beli makanan sebab sedap berbanding mfaz. Kulliyyah of Nursing pulak in progress nak siap kat dalam uia. Rasanya, kalau KON siap nanti, itulah kulliyyah yang paling jauh dari mahallah. Andddd kulliyyah yang paling best in uia kuantan is Kulliyyah of Science (KOS)!! hehehe.
KOS ni bangunan yang dah tua. dulu biomedic pun bawah KOS tapi dah ditukarkan under Kulliyyah of Allied Health Science (KAHS). main auditorium KOS paling saya suka. Tah lah besar, cantik and sejuk! course under KOS ni ada biotech, chemistry, Computational & Theoretical Sciences (CTS), Marine Science, Plant Science and Physics! Kat KOS ni ada tempat lepak which is Wackos.
Sini boleh makan-makan, borak-borak, bincang assignment. Ahh saya rindu kawan-kawan! Exam hall kat KOS ni banyak, kadang-kadang pening kepala jugak nak mencari exam hall 1 mana exam hall 3 mana. last-last tunggu kawan-kawan turun kat tangga and cari sama-sama >.< KOS dengan mahallah ni dekat sangat. Jalan kaki 10 minit dah sampai dah. Itulah bila saya dah boring, saya pergi library. Asyik makan tidur je dekat mahallah tu hahaha.
Oh yaa! nak cakap pasal library uia kuantan ni, bagi saya itulah library yang paling cantik dalam hati saya! library uia kuantan ni ada 3 tingkat, ada lif sekali. Tingkat paling bawah untuk student yang nak berbincang buat assignment (tapi kena respect orang lain, jangan cakap kuat-kuat).
Second floor untuk student yang buat study group (with moderate silence) and kat sini pun ada bilik personal yang boleh disewa, which is bilik tu untuk awak sorang je and boleh kunci pintu untuk fokus. Tingkat atas sekali untuk student yang nak self-learning (totally silence!).
Kebanyakan student medic suka duduk tingkat 3 ni. And saya pun suka duduk sini! sejukkk! untuk pinjam buku, kat sini kena daftar dulu, after seminggu macam tu baru boleh pinjam. Saya tak ingat limit buku berapa tapi saya selalu pinjam 2 buah buku je and due date about 1 month.
During my first class, direct intake students dengan ex CFS duduk puak masing-masing. Untuk batch ni direct intake students lebih daripada 10 orang and kiteorang memang rapat sejak masuk situ. Memang boleh nampaklah pada awalnya kiteorang ni berpuak huhu. Yelah kan, kita tak kenal lagi. Dah akhir-akhir sem 1 tu barulah kiteorang start ok dengan ex cfs student.
Awal-awal tu memang perasaan kena di’anaktiri’kan sangatttt tinggi sebab iyalah, kita ni direct intake student yang tak berapa nak pandai… masuk universiti pun lambat… kalaulah nak dibandingkan dengan ex cfs yang ambil asasi setahun je dengan berbekalkan result spm yang cemerlang itu. Hahaha eh tak adalah, jangan fikir macam tu! setiap perjalanan orang lain-lain, semua Allah dah tentukan! saya redha~ hehehe
Masa awal-awal ni jumpa la satu member yang sama lepasan stpm. Kiteorang sama-sama nak tukar course and nak score untuk first year ni. saya nak tukar course biomedicine dan dia nak tukar course medic.
And first semester saya dapat dean’s list and awal semester kedua, saya apply change of programme (COP) through imaalum. Biomedicine ni under KAHS, so ni tukar antara kuliyyah to kulliyyah. Bayar RM100 and hantar borang dekat OCD. And tup-tup, kawan saya tu tak jadi tukar. Dia dah terjatuh cinta dengan biotech katanya hahaha okeylah, saya apply sorang-sorang.
Masa saya go through semester 2 in biotech, I also fall in love dengan course tu. And also ada ura-ura cakap nak tukar course ni susah. And biomedicine tak ada scope pekerjaan yang besar berbanding biotech. Mula tu memang saya terpengaruh. Tapi saya fikir balik, masa saya isi upu dulu saya pilih biomedicine as my first choice tapi kat universiti lain. And saya dah buat banyak research about biomedic and saya dah ada plan sikit-sikit kalau saya masuk biomedic.
So, saya neutral balik. Tapi dah nak habis sem tu, saya dah malas nak fikir tukar-tukar course ni and masa tu saya dah mula sayang nak lepaskan kawan-kawan yang saya dah selesa, dan saya suka dengan cara seorang pensyarah ni mengajar.
Jadi saya mula suka dengan biotech. saya dengan sengaja tak nak score sem 2 ni sebab orang cakap kalau nak tukar course dia tengok sem 2 jugak. sungguh-sungguh saya main. Asyik keluar berjalan dengan kawan-kawan, belajar last minute, tak buat nota. And yeah, the result was also kiokk laa. And masa tu dah redha dah. Kalau tak dapat tukar, next sem nak belajar habis-habisan. Dah tak nak main-main kalau still in biotech.
On July 2019, I got an email from uia pasal COP ni. Buka imaalum, terkebil-kebil baca letter. DAPAT??! Ya Allah, time tu tak tau nak cakap apa.. sem 2 saya teruk sangat (for me)… saya bagitahu ibu dengan ayah, dieorang pun happy jugak sebab dieorang pun support saya tukar course biomedic ni.
Sekarang ni saya kena mula semula sem 1 untuk course biomedic. But, it’s okay, that’s my choice, and Alhamdulillah everything Allah mudahkan. He knows everything and I trust Him.
For now, saya tengah uruskan ptptn saya. Urusan tukar course ni susah juga ya. Pinjaman untuk 2 sem lepas saya kena bayar full untuk dapat pinjaman baru. Kena sediakan surat dari pihak uia sekali. Yang silapnya saya, saya tak save result sem 2 yang teruk tu.. jadi saya kena refer uia untuk dapatkan semula result sem 2 biotech saya.
And lepas tu, boleh transfer credit subjek yang kita dah ambik and overall, boleh la rileks sikit untuk course biomedic ni hehehe. Tapi satu benda saya risau… kebanyakan student biomedic ni semuanya ex cfs.. kalau saya baru masuk ni.. dieorang muda 2 tahun daripada saya.. risau juga ni tak ada kawan :( tolong doakan saya ya. Semoga semua urusan saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki! Aamiin!
Selesai coretan saya, maaf kalau tak membantu sangat tapi saya harap kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Terima kasih dan Assalamualaikum~ :)
– MK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit