13 Orang Anak Tak Guna

Assalamualaikum untuk warga IIUMC, alhamdulillah kalau artikel ni tersiar. At least dapat buka mata sekalian umat.

Aku Qies, cerita 13 orang anak tak berguna ini is real iaitu cerita tentang Mak Lang aku sendiri.  Mak Lang aku andartu yang lambat bertemu jodoh berbanding adik-beradik yang lain, dia kahwin diusianya yang lanjut.

Aku tak ingat bila tapi dia berkahwin dengan seorang duda lebih berusia yang mempunyai anak 13 orang kesemuanya. Mak Lang dengan suaminya yang aku panggil Pak Lang takde anak. So mengharap kasih anak-anak tiri sajalah.

Dulu Pak Lang aku berjawatan tinggi, dan berduit. Makan sedap sana sini, tapi nikmat itu cuma seketika. Bila Pak Lang tak berduit ibarat kais pagi makan pagi. Anak-anak pun mula menjauh.

Kebetulan masa tu ayah dan mak aku duduk dekat Kulai, Pak Lang dan Mak Lang pun ikut sekali. Memang hidup susah. Anak-anak tiri semua dah berkahwin, nak jenguk mak ayah setahun sekali belum tentu. Nak kirim duit pun berkira tau!

Satu hari Mak Lang decide balik kampung halaman, duduk rumah pusaka arwah tok dekat JB. Pak Lang tak kerja sebab dah tak sihat, nyanyuk dimamah usia. Mak Lang ada skil menjahit, so dari situ la tampung pendapatan seharian suami isteri. Anak-anak tiri langsung tak jenguk bapaknya. Orang tua dah nyanyuk macam-macam karenah, nak itu ini tapi duit bukan ada.

Mak Lang aku tebalkan muka dengan adik beradik berhutang kalau takde duit, demi suaminya tau. Pernah sekali dia minta duit kat anak tiri, anaknya siap pesan hujung bulan bayar balik tak kurang sesen pun. Kau rasa? Bapak kau nak makan sedap langsung tak fikir. Sorang RM50 sebulan hulur apa salahnya, itu bapak kau sendiri..

Masa raya tahun lepas Pak Lang aku beria ajak Mak Lang beraya rumah anak dia, datang-datang tak disambut. Penatlah si bapak yang uzur tu berdiri kat pagar, anaknya kerja. Yang ada menantu, tapi dia buat pekak dalam rumah. Macam mana tahu? Kipas berpasang kot, nampak dari luar. Kereta menantu dia pun ada, bukannya kerja.

Pak Lang ni sakit jantung, so dia kena jaga makan sikit. Ada satu hari tu dia maki Mak Lang sebab tak nak hidang Pepsi, siap sebut perkataan cerai kau tahu. Nyanyuk pun sempat la nak ceraikan bini. Mak Lang aku apa lagi, hantarlah rumah anak tiri dia.

Kalau ikut dah jatuh hukum, lega dia rasa. Sebab apa? Jaga laki sendiri cari nafkah sendiri, anak 13 orang langsung tak hulur duit. Sebab diorang ingat Mak Lang aku kot perabis semua, entahlah.. memang Mak Lang aku hidup happy gila lepas tu tapi tak lama..

Satu hari tu ada satu biji kereta mai, Mak Lang aku tak kenal pun.. keluar sorang mamat ni pimpim Pak Lang aku yang uzur terjingkit-jingkit datang rumah Mak Lang.. rupanya anak-anak tiri dia tak sanggup bela bapak diorang sendiri, diorang pesan Grab then suruh hantar rumah Mak Lang aku.. bukan dekat tau, dari Muar ke JB..

Mak Lang aku dah pening balik dah, dengan mak ayah aku sekali pening.. apalah nasib Pak Lang aku ada anak ramai tapi satu pun tak berguna.. Semoga cucu-cucunya buat perangai yang sama dekat anak-anak Pak Lang aku, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

– Qie’s (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *