Assalamualaikum. Baru semalam, kakak aku beritahu yang mak saudara aku sekian masuk hospital. Dia minta kak aku sampaikan datanglah melawatnya. Dah lama tak datang. Terus aku zupp teringat cerita hujung tahun lepas.
Sebelum tu biar aku ceritakan sedikit sebanyak tentang diri aku. Aku dah nak masuk umur 40 an. Aku lahir gap jauh daripada kakak aku 20 tahun. Jadinya aku tak rasa apa yang kakak kakak aku rasa dahulu sebelum aku. Tentang layanan mak saudara dari sebelah arwah mak mahupun arwah bapak. Dua dua sama sahaja. Perangai macam tut.
Ketika kakak aku kecil. Kalau datang bersama mak. Arwah nenek akan bagi tikar suruh duduk di luar tepi longkang makan kat situ anak beranak. Kakak kakak ramai kecik pula kotor. Kami miskin masa tu. Arwah nenek pun layan cam gitu kan. Takkan anak anak dia nak layan kami helok pula.
Kepimpinan melalui teladan. Begitulah kakak kakak aku selalu jadi kuli batak mak saudara disuruh itu ini. Mereka ikut sahaja. Sebab arwah ayah tak pernah ajar anak anaknya kurang sopan dengan orang tua. Bila membesar dan kakak kakak berkahwin masing masing ada kehidupan sendiri. Tinggal lah aku menghadap mak saudara.
Tapi kalau kakak aku pengalaman terdera jiwa dengan mak saudara sebelah arwah ayah dan mak. Aku kena keluarga sebelah arwah mak sahaja. Adik mak yang seorang ini dia memang tunjuk benci dengan aku. Pernah aku seronok tengok set patung barbie dengan rumahnya. Mak saudara aku menjerit. Hang jangan mimpi aku nak bagi kat hang barbie tu. Aku simpan habuan cucu aku.
Rasa nak terkeluar jantung hati aku. Terkejut satu bab. Jadi aku akan cuba sedaya upaya unutk bagi dia tak nampak aku. Sebab kalau nampak aku dia mesti jerit macam orang histeria. Tapi macam mana. Aku anak mak. Kalau mak pi rumah adik dia. Mestilah mak akan bawak aku sekali. Aku anak bongsu. Dan banyak lagilah cara dia layan kat aku tunjuk benci.
Aku budak tapi aku bukan bodoh. Aku ada perasaan. Mak saudara aku pindah dan sekali sekali adalah datang ziarah mak. Waktu ni cara layan dia dah berbeza. Dia bermanis pula. Seolah lupa apa yang dia pernah buat dekat aku sebelum ini. Aku tak lupa. Aku ingat selalu. Tapi aku tak pernah kurang ajar. Tiap kali dia minta pertolongan apa atau cuba untuk bersembang aku layan sopan. Itu masa remaja.
Aku simpan sahaja semua dalam hati. Aku sendiri pun dah jadi makcik kepada anak anak saudara yang ramai. Apa yang pernah mak saudara aku perbuat kepada aku bagaimana mereka melayan aku. Aku azam takkan buat yang sama kepada anak anak saudara aku. Aku sayang anak anak saudara aku.
Mak saudara yang tanya aku kepada kakak aku di awal cerita ini adalah mak saudara yang bongsu.
Kisahnya kakak kakak aku dah pesan jangan buat baik sangat ingat apa yang pernah terjadi kepada mereka dahulu. Kakak kakak aku dah letak limit. Yang sudah itu sudah mereka pun sudah tua. Tak larat nak tengok drama mak saudara lagi.
Aku pula yang lupa. Ingat adik mak yang seorang ini lain. Sekali dah namanya satu bapak apa yang nak lainnya. Sombong bongkak semua ada. Hanya kerana ego dia boleh kata dekat aku pakai macam hantu bungkus alim konon baiklah pompuan yang tak pakai tudung lebih mulia hatinya daripada aku.
Allah memang biasa orang kata sinis kat aku tentang pakaian aku. Tapi itu orang luar. Bukan siapa siapa. Aku tak pernah heran pun kalau ada yang mengata. Tapi bila keluarga mak saudara sendiri yang mengata. Allah. Tak apalah. Aku sedar diri. Jadi aku senyap senyap sahaja. Biasa biasa aku rajin juga bertanya khabar.
Selepas kejadian penghinaan tu aku senyap terus. Dah nak buat apa lagi. Aku kan perempuan pakaian serupa hantu bungkus berhati busuk. Lebih baik orang rambut karat yang hatinya murni. Aku pun dah tua. Tak larat lah juga dengan drama.
Kepada mak saudara aku maafkan tapi benda berlaku dalam ingatan. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata kau pikir lah sendiri. Mak saudara sebelah arwah bapak pun mendapat dah sekarang. Menghabiskan saki baki usia tua sendirian tanpa anak anak mahupun cucu.
Kami dahulu walaupun dilayan hina dicerca dan sebagainya tiap kali raya tak pernah miss datang ziarah. Ingat semangat arwah bapak walaupun dilayan dihina dahulu dia tetap hormat orang tua dan keluarga.
Apa ada dengan sombong. Apa ada dengan duit ringgit dan patung barbie. Nah bawalah ke dalam kubur sebagai teman nanti. Masalah dia kita bolehka harta bawak mati. Kau pikir lah sendiri.
– 4H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit