Saya ada ADHD dan ADHD ni ada banyak. Saya dalam ketegori Inattentive ADHD. Selalunya Inattentive ADHD ni dia tak hiperaktif.
Saya tak boleh bawak kereta di jalan raya yang sesak. Traffik light yang selalu sibuk. Saya tak boleh tumpukan perhatian. Saya jadi blur. Tapi kalau ada orang disebelah, boleh saya bawa kereta. Orang tu akan tolong saya bagitau kalau ada kereta dari mana-mana arah yang saya tak sedar.
Maklumlah saya boleh focus kat satu benda sahaja. Padahal atas jalan raya ni, kita kena alert semua benda. Hampir saja saya terlanggar kereta dulu. Sebenarnya banyak kali jadi. Mujurlah tak ada apa jadi. Allah masih lindungi saya.
Masalah ADHD ni jugak menganggu social life saya. Bila orang berbual, kawan-kawan sembang satu topic tu, saya susah nak bagi tumpuan yang lama. Adakala saya pretend untuk dengar tapi tak masuk pun dalam kepala. Blank. Betapa saya ni membosankan orang.
Minat saya pun tak sama dengan budak peremuan lain. Malah saya sangat sensitive, empath, kadang tu mood swing. Tapi berganjak dewasa ni saya dah tahu cara nak kawal mood swing saya. Supaya saya tak lukakan hati orang.
Masalah social life lain seperti saya susah faham arahan lisan. Susah sangat nak faham. Itu membuatkan saya kurang aktivit social walaupun saya teringin nak join kelab. Malah sejak graduate ni saya hilang keyakinan untuk bekerja bawah orang. Saya takut, saya tak yakin.
Selain itu masa belajar saya susah nak focus. Selalunya minit pertama belajar saya boleh focus betul-betul dalam lima belas minit. Lepas tu fikiran saya mula la berjalan merata cerok. Bila sedar, saya dah tertanya cikgu dah cerita sampai bab apa dah ni. Jadi bila nak buat kerja sekolah saya kena tanya balik kawan, apa yang cikgu nak sebenarnya.
Cikgu selalu panggil saya budak pasif dan pendiam. Selalu la kena tegur. Saya jadi macam tu sebab saya hilang keyakinan diri sejak kecil lagi. Mak ayah marah saya sebab result tak okey, cikgu pun marah saya sebab tak faham-faham. Tapi masa kecil ni mana la saya tahu saya kenapa.
Saya struggle untuk belajar dan saya tak faham kenapa saya lambat faham. Tak macam kawan lain yang terang hati. Pernah ada sorang cikgu itu tengking saya dia kata saya ni tak faham bahasa. Saya tak kata cikgu jahat. Cuma masa ni orang dewasa termasuk mak ayah saya pun tak faham apa yang saya alami.
Betapa down nya saya masa ni. Dengan kerja sekolah yang banyak yang saya tak mampu buat termasuklah kerja tusyen yang saya tak faham-faham.
Walaupun saya lambat faham. Saya rajin. Saya rajin usaha. Sebab saya tahu saya tak pandai mcam kawan lain. Saya tak terang hati macam orang lain. Sekali ajar dah faham. So saya usaha keras. Saya belajar betul-betul.
Alhamdulillah pelan-pelan daripada diploma di politeknik akhirnya saya berjaya masuk ke university. Masuk alam university saya didedahkan banyak hal di facebook berkenaan ADHD. Sejak tu saya buat check up sendiri di klinik.
Saya disahkan ada ADHD. Satu kelainan yang bukannya penyakit mental. Tetapi ada sejak kecil dan anak saya nanti mungkin ada juga ADHD. Awak semua adakalanya saya soal Tuhan, kenapa bagi saya macam ni? Kenapa saya tak macam orang lain? Gadis lain yang cergas cerdas pintar dna berkeyakinan diri.
Saya tak minta untuk diberi ADHD. Apa kelebihan benda ni? Benda ni menghalang saya untuk maju. Buat saya hilang keyakinan diri. Buat saya diserang social anxiety. Malah saya takut untuk berkahwin. Ada ke pemuda yang boleh terima saya? Layak ke saya jadi madrasah untuk anak-anak saya?
Banyak benda saya fikir. Saya tenggelam punca. Saya tak tahu nak buat apa sekarang. Malunya saya masalah saya ni kecil je berbanding orang lain. Tapi still tak jumpa jalan selesai.
– Broken Heart (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit