Assalamualaikum gaiss.. Confession ni tulis untuk suka2 sahaja since aku baru je habis cuti part time di dobi dan ada banyak sikit masa, huhuhu.
Setelah berapa bulan kerja dan baru aku faham dan nampak reality dobi disebalik baju yang wangi baju yang digosok licin baju yang putih bersih. Sini aku akan list kan beberapa contoh situasi yang kami hadapi :
1. Aku faham mak ayah bekerja busy sampai tak sempat nak cuci baju. Tapi tolong la, tak kan masa bukak seluar bukak sekali dengan seluar dalam pftt.. Kalau anak yang buat macam tu boleh la dimaafkan lagi~ ahhh stress kot geli pulak tu. Dengan bergulung nye lagi.
2. Tu okay lagi gaiss.. next yang lagi teruk, tahi anak ada kat seluar dalam. Dah la tak bersih kan, dah kering pulak tu. Haihhh tak kan la najis nak campur dengan baju nak pakai hari-hari.
Masa aku masukkan dalam mesin basuh tu tak nampak, tapi bila nak masuk dalam dryer baru ternampak dan of course la aku kena basuh, tak kan la kena buat-buat tak nampak kalau dh ternampak kan. Faham tak maksud aku?
3. Kadang turn aku menggosok pulak then jumpa customer yang cerewet dan kurang ajar. Bila time aku nak bagi baju dia siap check kat kaunter dan cakap jerit-jerit,
“ni tak licin ni, kau kanji tak?”,
“dah kanji bang”,
“gosok balik aku nak keras lagi, tak nak macam ni”.
Tak faham la, boleh je kan cakap elok2 takde la rosak mood aku satu hari. Bukan tak boleh nak gosok balik, tapi cara cakap tu biar berpada la.
4. Lagi satu, hantar baju lewat petang lepas tu nak siap malam ni jugak. Dengan takde adab nya jerit-jerit panggil dari luar kedai suruh ambik baju dia. Tak tahu apa alasan dia tak nak turun dari kereta.
Semua baju kotor dia kitorang kena bawak masuk kedai dan hantar balik baju bersih kat kereta dia. Aku rasa service dobi untuk membasuh, bukan delivery baju. Tak faham aku.
Tapi aku tak cakap la semua tak baik. Nahh.. good side dan common sense yang still ada dan sangat la menyenangkan aku. Antaranya :
1. Baju kotor dah asing dan yang sangat la baik. Siap lipat masuk dalam plastik elok2 (lelaki kot yang buat ni, bukan perempuan yang datang wangi cantik tapi hmm..)
2. Bila ada yang hantar baju nak gosok banyak dan bagi masa nak siap kan. Yela, kena la ikut urutan dan siapa yang lagi penting bukan nye sebab kau regular customer. Ni bagus, sangat memahami. Terbaikkk..
Ok la, kalau nak cerita semua situasi memang tak kan habis. Ni baru yang biasa, belum yang rare macam basuh bendera 5m dan baju lokap. Biasa la, bila kerja bahagian customer service ni, kena la hadap perangai manusia ni.. tapi ada kisah yang kita boleh ambil pengajaran.
Sorry la, ingat nak cerita suka-suka tetiba teremosi pulak, hahaha..
Okey gaiss, gerak dulu. Assalamualaikum.
– A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit