Assalamualaikum semua. Harini aku nak share apa yang aku rasa. Dahlama aku tahan rasa ni. Jujur aku rasakan aku sangat sakit & terasa. Tapi apakan daya beliau seorang yang sangat penting dalam hidup aku, UMI. Redha Allah terletak pada redhanya.
Aku anak sulong tetapi aku selalu menjadi orang yang terakhir untuk dibanggakan. Kadangkala rasa tertekan itu membelenggu diri aku, terlalu banyak aku menyimpan rasa. Aku sedar aku juga banyak khilaf. Mungkin aku sudah jadi anak derhaka. Seringkali Umi menyatakan yang beliau sakit hati dengan aku & tertanya apa salah dia dapat anak seperti aku.
Aku sedar aku selalu membuat Umi terasa tetapi aku selalu meletakkan had dalam diri aku supaya selalu beringat agar jangan buat Umi terasa. Tetapi apakan daya apa yang keluar dari mulut aku sering membuat Umi sakit. Aku terfikir adakah aku sudah tidak dapat redha Allah, kerana martabat seorang ibu itu besar di sisiNya :’)
Aku cuba membuat semua benda yang membuat Umi senang akan aku. Tapi dalam tak sedar semua yang aku buat menyakitkan. Aku sedih bila Umi selalu berkata buruk pada aku, “Kau hidup takkan dapat redha aku.” “Anak2 kau nanti kau kahwin akan perangai macam kau & kau akan rasa apa yang aku rasa.” “Kau selalu buat aku sakit hati, apalah salah aku dapat anak macam kau.” & banyak lagi.
Aku selalu diperlekehkan sejak dahulu lagi, aku anak sulong yang tidak membanggakan Umi & arwah Baba. Aku rasa macam sia-sia je hidup. Rasa macam aku sudah hilang redha Allah & Umi. Aku rasa hilang segalanya. Umi selalu menangis kalau aku tertinggi suara sedangkan aku taksedar semua tu. Umi selalu terasa hati dengan aku, aku rasa macam aku dah tiada guna untuk hidup. Aku dah hilang redha orang yang aku sayang.
Semua, aku selalu down. Apa yang aku buat selalu diperlekehkan. Apa yang aku buat sering dipandang rendah. Tiada nilainya aku dimata orang yang aku sayang. Tiada sokongan. Selepas Umi cakap itu ini lepas dia terasa dengan aku, aku terfikir kehidupan aku akan datang. Adakah akan gelap? Aku sering menangis seperti orang yang tiada arah tuju hidup.
Ustaz kata kita tak boleh nak terasa hati dengan ibu & kita tak boleh buat ibu menangis. Saya cuba tapi apa yang saya dapat. Bahagian kemas rumah, ada je tak kena. Kalau aku sapu rumah, Umi akan cakap “Sapu macam mana rumahni. Berhabuk je.” Apapun aku buat ada je tak kena di mata Umi. Aku sering dipandang rendah. Aku sakit. Aku tak tahu nak luah dekat siapa.
Lagi sakit bila Umi marah, panggilan kau aku sudah terbit dari mulutnya. Aku dah cuba untuk jaga hati Umi ! Perkataan kesat yang terbit menyakitkan seluruh jiwa aku. Bahagia aku tengok ibu2 kawanku sering menjaga tutur kata. Mungkin ni semua salah aku. Salah aku kerana tidak menjaga hati Umi. Salah aku kerana tidak mengikut kehendak hati Umi.
Tadi, aku belajar memasak dengan Umi. Masak sup ayam :). Umi nak ajar marah2, jiwa remaja mana yang tak memberontak. Rasa sakit perit aku tahan sedaya upaya supaya aku tidak mengeluarkan kata2 yang akan mengguris hati Umi . Dalam tak sedar, aku tanya Umi “Mana kentang umi?” Sebab Umi suruh aku koyak kentang & then Umi menangis, Umi cakap, “Tak boleh guna bahasa elok sikit ke? Aku selalu sakit hati dengan perangai kau”.
Aku terdiam. Air mata sudah bertakung. Umi terus naik & masuk bilik. Aku tahan air mata aku & cuba cari kentang. Tapi aku takjumpa. After 5 minutes Umi turun ke dapur & then dia tak senyum langsung. Aku terus berlalu masuk ke bilik, aku suruh adik aku yang nombor 2 menolong umi.
Hanya Tuhan yang tahu sakitnya hati aku, peritnya jiwa ni. Aku rasa hidup aku kosong. Aku selalu buat Umi menangis. Selepas ketiadaan arwah Baba yang nak masuk sebulan ni, aku cuba untuk buat Umi okay dengan aku tapi aku selalu kalah. Mungkin aku akan dapat natijah kerana aku memperlakukan umi seperti itu :). Anak seperti aku tidak akan berjaya kerana Umi sering kata “Kau tidak akan berjaya dunia akhirat.” “Kau tengokla kehidupan kau nanti besar.”
Besarnya martabat seorang Umi disisi Allah kerana setiap kata2 beliau adalah satu doa. Aku cerita bukan nak cerita keburukan Umi, ada je Umi baik dengan aku. Salah aku kerana tidak menjaga kata. Semua salah aku.
Aku anak sulong yang takpernah membanggakan ibubapa, bukan setakat dari segi belajar malah tutur kata juga. Jangan jadi seperti aku :’)
– Kak Long (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit