Hai korang, dengar tajuk mesti korang tertanya- tanya kan? Aku nak share pengalaman kawan aku ditipu dan diperbodohkan oleh seorang lelaki yang saiko. Aku kena kongsi supaya tak terkena kat korang.
By the way, aku tak cakap semua jantan ya, tapi sejenis dorang ni wujud. So hati-hati semasa memilih pasangan. Dan aku tahu ramai yang cliche dengan tajuk ni but please baca untuk elak daripada perkara tak baik.
Antaranya ciri-ciri lelaki tersebut adalah:
1. Sweet Talker.
Dia cakap memang lemah lembut, bijak berkata-kata, pandai amik hati orang tua, acah-acah family guy. Tapi hati-hati, mereka akan jadi mcmtu bila nak sesuatu je. Contohnya ilmu pelajaran, ilmu kerja, nak barang dan apa-apa yang penting bagi dorang.
2. Beri Harapan Palsu.
Dorang ni jugak akan cari mangsa perempun polos dan akan buat perempuan tu jatuh cinta. Cinta buta tahap tahi kambing pun rasa coklat. Time ni perempuan yang lemah akan tersungkur, bagi duit, belanja makan, belanja tiket wayang, belanja flight incase nak dating dan ada yang lebih extreme belanja diri. Haaa yang tu paling syaiton ye anak-anak. Jangan lah mudah terleka dengan dorang ni.
3. Kuat Skandal Dalam Diam.
Macam kawan aku tu dia kena tipu hidup-hidup yang dialah paling dicintai lelaki saiko ni, rupanya kantoi dah berbelas orang perempuan dalam diam lelaki tu berskandal. Kesian. Dia berani buat macam tu sebab dorang ni LDR. Tapi kawan aku tu bodoh sikit time tu sebab selalu maafkan laki tu. Maybe tengah angau kan, orang campak tahi pun still nampak bunga. Hmm
4. Mengongkong, Panas Baran dan Kuat Cemburu.
Dan lelaki saiko ni pulak akan sentiasa kongkong hidup kau. Suka marah-marah dan maki-maki tanpa sebab munasabah. Tak bagi tengok, tegur, bercakap or ada apa-apa contact dengan orang lain. Handphone kau akan sentiasa diselidik, sebab dia takut dengan bayang-bayang dia sendiri. Takut perempuan tu buat sebijik macam yang dia buat. Anjir kan perangai dorang ni?
5. Play Victim.
Dorang suka saiko untuk menampakkan dia tak salah. Dan setiap kesalahan, dia akan salahkan perempuan tu balik. Contoh kawan aku taknak tolong dia beli makanan, dia akan drive kereta laju-laju sampai langgar divider and akan bahayakan nyawa kawan aku tu. Shit part ni aku baru tahu.
Ada jugak dia akan salahkan kawan aku sebab dia kena marah dengan bos dia, katanya sebab kawan aku tu la dia tak perform dalam kerja dan kena marah dengan bos. Bodoh. Alasan yang bodoh. Dan part paling aku anti, dia pernah nak pukul kawan aku ni. Shit.
6. Sanggup Pijak Orang Lain Untuk Kejar Kejayaan.
Ye, dorang ni ramai yang kerjaya bagus. And jangan expect dorang ni cepat naik sesaje tau. Dorang ni ada tektik kotor iaitu sanggup buat apa saja untuk naik pangkat. Bodek bos tu makanan dia, buat perkara no 2 atas tadi dengan staff perempuan yang lain, skandal dengan bos perempuan pun ada.
Tapi dorang ni pandai, dorang pandai sorok the facts that they want to be known by the top management tapi acah-acah baik. Buat baik dengan top manager untuk cepat naik pangkat and so on.
7. Tinggalkan.
And last but not least, lepas dah buat segala diatas, dia akan tinggalkan mangsa-mangsa begitu sahaja. Dah dapat apa yang dia nak kan? Ape lagi chaw la kan. Ye guys, sangat bullshit ye perangainya.
So kata- kata akhir dari aku adalah kalau rasa dah jumpa pasangan macam ni or sedang detect perkara diatas akan berlaku, cepat- cepat tinggalkan si dia ni. Sebab lama-lama korang akan jadi gila melayan perangai saiko dorang ni.
Hati- hati yang girls, semoga kita dijauhkan dengan perkara-perkara yang tak baik dan lelaki macam ni. Akhir kata, percaya lah.. lelaki ni wujud.
– Noni (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit