Adab Terhadap Roommate

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak listkan sikit mengenai adab-adab terhadap roommate yang kita (termasuklah aku) perlu beringat dan amalkan.

1. Kalau boleh, tolonglah pakai ear phone time buka lagu or video. Kesian la dekat roommate yang lain tengah study, tiba-tiba terganggu, tambah-tambah mereka tengah buat calculation. Permudahkanlah urusan orang lain.

2. Dah masuk, tutuplah pintu dengan elok. Tak elok tutup pintu dengan hempas macam tu je. Kesian roommate tengah nyenyak tidur, tiba-tiba terkejut sebab terdengar pintu dihempas macam tu je. Lagi kesian dekat pihak kolej, kena baiki pintu semula sebab cara tutup pintu yang agak kasar (if rosak), sudahla kos penyelenggaraan mahal.

3. Nak otp? Dipersilakan. Sebaik-baiknya silalah otp diluar untuk mengelakkan roommate berasa tak selesa dengan kita.

4. Pagi, tengah hari dan petang, silalah buka langsir dalam bilik. Bagi cahaya dan udara segar masuk. Baru rasa selesa untuk study

5. Make sure sampah-sampah, habuk-habuk tu sapu setiap minggu supaya takde la bangun-bangun pagi asyik bersin je.

6. Kalau guna cermin besar, jangan kedekut. Bagila ruang juga dekat yang lain juga. Setakat nak sapu lipstick yang terlebih, better pergilah guna cermin sendiri untuk lap.

7. Kalau roommate tengah buat kerja yang lain (gosok baju or something else), janganlah kita pergi tanya dan sua soalan or laptop kepada dia terus macamtu. Kesian dekat dia kena holdkan kerja dia tu. Tunggu dia selesaikan kerja dia,baru kita pergi tanya. Orang berbudi, kita berbahasa

8. Tak perlulah bergelak sakan ketika orang tengah siapkan kerja. Kesian dekat roommate.

9. Dah nampak roommate tidur,kurangkan aktiviti kita yang boleh mengganggu mereka.

10. Jangan menyusahkan roommate anda. Contohnya, suruh halau cicak walaupun cicak itu berada jauh dari tempat tidur kita

11. Walaupun roommate, tak semua hak roommate adalah hak kita. Minta izin sebelum guna barang mereka.

Aku rasa takat tu je yang aku nak tulis. Moga bermanfaat untuk semua.

– Meimei (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *