Assalamualaikum, terima kasih admin kerana sudi share confession aku untuk kalini. Aku seorang ibu, dan isteri yang bekerja. Asalnya aku ni anak tunggal dan yatim piatu. Aku ada baca kisah yang viral baru-baru ni tentang pasangan yang berkahwin dalam penuh kesederhanaan. Kalau tak silap aku kos pernikahan cuma lebih kurang RM 1000. Pengantin perempuan dalam kisah tu senasib dengan aku, bernikah dalam ketiadaan ibu dan ayah.
Aku dah berkahwin selama beberapa tahun, apa yang aku boleh katakan perkahwinan ni amat mudah kalau kita ikut cara Islam, dan penuh berliku kalau kita ikut cara dan adat Melayu. Ugly truth, tak ramai yang berjaya ikut konsep yang pernikahan itu mudah atas sebab nak jaga hati masing-masing terutama keluarga. At the end of the day, disebabkan diri kita sendiri yang tak nak hampakan harapan keluarga, diri kita juga yang akan tanggung sebab dan akibat dari perbelanjaan yang banyak.
Aku respect pasangan pengantin tersebut sebab diorang mampu cekalkan hati dan stick pada keputusan yang diorang buat. Kalau tanya aku pun, aku akan cakap better pentingkan perbelanjaan selepas berkahwin daripada pentingkan perbelanjaan untuk satu majlis pernikahan yang cuma beberapa jam sahaja. Marriage is a lifetime!
Masa aku dulu tak ada pun majlis tunang, terus proceed dengan kahwin. Aku kahwin tanpa wang hantaran, cuma ada mas kahwin berupa rantai emas yang harganya tak sampai RM4000. Kami dah plan apa yang kami nak, apa yang kami tak nak demi untuk jimat kos. Tapi bukan semuanya indah-indah belaka.
Untuk pengetahuan korang, majlis pihak lelaki dan perempuan disatukan dalam satu majlis yang sama. Aku ni kahwin tanpa mak ayah, jadi untuk mudahkan urusan kami sepakat untuk satukan majlis. Kami dah allocate satu amount untuk catering. Tapi malangnya keluarga pihak lelaki nak jemput ramai tetamu melebihi budget yang kami tetapkan.
Dan untuk pengetahuan semua, segala kos untuk majlis perkahwinan kami adalah hasil dari duit kami sendiri. Kau bayangkan apa perasaan kitorang masa ni. Bagi aku tak salah untuk jemput ramai tetamu, tapi yang jadi masalah bila kami tak mampu nak sediakan wang bagi jemputan yang ramai. Demi untuk menjaga hati, suami aku turutkan kehendak keluarga.
Bermulalah episod suami aku terpaksa buat personal loan untuk support bayaran catering yang dah melebihi budget asal. Banyak pendapat yang cakap tak elok buat loan untuk berkahwin tapi this is the only option left. Keluarga suami aku tak ada ura-ura untuk bantu tambahkan bayaran untuk catering. Personal loan lulus dengan monthly commitment RM250. Pening weh kepala masa ni sebab lain yang kau plan tapi lain yang jadi. Nasib aku sedikit baik sebab aku ada saving dari kecil.
Arwah ibu dan ayah memang tekankan sikap untuk menabung dari kecil. Dari saving tu lah aku buat modal untuk kahwin dan tolong top up mana yang perlu untuk majlis. Aku tak ambil wang hantaran, aku faham betapa penatnya hidup untuk kumpul duit hasil dari penat lelah kita bekerja. Aku cuma minta rantai emas yang bernilai kurang dari RM 4000 sebagai mas kahwin, dan sebentuk cincin emas berharga RM 600 sebagai tanda hadiah.
Perbelanjaan perkahwinan yang lain semua kami kongsi. Suami bayar separuh dan aku akan bayar lagi separuh. Campur duit kumpul, bonus, dan loan sikit maka berjayalah kami berdua untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk kepuasan hati pihak keluarga.
Next, kita gerak ke fasa seterusnya selepas berkahwin. Masa ni baki saving aku pun dah suam suam kuku. Tolak bayar deposit rumah sewa yang kami sama-sama kongsi, boleh la buat tabung kecemasan kalau kereta rosak ke apa. Itu pun jumlahnya tak sampai tiga bulan gaji kerja. Saving suami aku masa ni totally gone, cuma ada duit gaji sahaja. Apa yang kurang aku top up.
Beberapa bulan selepas kahwin, aku mengandung. Masa ni lah hakikat hidup sebenar baru nak bermula. Dugaan apa entah masa ni, suami aku kerja sebagai Project Engineer dan dia dapat arahan untuk handle satu project baru yang jauh dari tempat kami menetap.
Aku baru first trimester, pergi kerja memang lembik. Alahan aku masa ni teruk, aku cuma makan buah je untuk dapat tenaga, itupun sikit sangat aku makan. Lepas berbincang, aku decide untuk resign dari position sebagai Production Engineer dan mengikut suami aku berpindah. Another struggle begin, deposit masuk rumah baru perlu bayar, dan saving yang sedia ada suam kuku bertambah lah suamnya.
Keluarga suami aku memang tak pernah langsung bertanya duit kami cukup ke tidak, bayaran catering untuk majlis yang dulu memang tak nampak bayang apa-apa langsung. Untuk persediaan bayi, semuanya hasil dari usaha kami sendiri. Usah mimpi la kalau keluarga suami aku ni nak bertanya. Nak menghulur bantuan jauh sekali, tetapi meminta lebih lagi untuk keluarga mereka tu ada. Aku tak nak hurai lebih-lebih hal keluarga mertua, nanti tak pasal-pasal jadi macam KRT. Haha
Kalau tanya aku berulang kali pun aku akan cakap benda yang sama, lebih baik pentingkan kehidupan selepas kahwin berbanding persediaan sebelum berkahwin. Ada masa kita dah plan untuk sedaya upaya kurangkan perbelanjaan, tapi tak semua yang kita plan tu berjaya. Jalan hidup setiap orang tak sama, bukan semua di antara kita dilahirkan dalam keadaan keluarga yang memahami. Tak kurang juga ada keluarga yang lack of common sense.
Macam suami aku, dari zaman belajar lagi dia jenis struggle sendiri. Pernah tak makan untuk catu kegunaan duit biasiswa yang dia dapat. Duit biasiswa tu lah yang dia gunakan untuk satu sem, bahkan lebih dari itu. Kalau dengar memang pelik, aku sendiri tak pernah berada dalam surrounding yang mak ayah langsung tak hiraukan duit makan anak ni cukup ke tidak.
Aku bukan dari keluarga yang banyak harta, tapi arwah ibu dan ayah pentingkan saving dari kecil. Aku dapat elaun belajar dari MARA, tapi setiap kali pulang ke kampung arwah ibu mesti akan bagi wang tambahan yang nilainya bukan ratusan ringgit, tapi cukup untuk buat aku kenang arwah ibu cuba berikan yang terbaik buat anaknya.
Aku tak akan sekali-kali lupa setiap satu perkara yang mana-mana pihak pernah ambil kesempatan terhadap aku. Pihak keluarga tertentu tak akan nampak macam mana struggle kita suami isteri kumpul duit untuk satu majlis seterusnya kumpul semula untuk kelangsungan hidup kita suami isteri. Kami pernah berada dalam fasa penatnya hidup terhimpit masalah wang bercampur dengan tekanan keluarga yang tidak memahami.
Aku pernah mempersoalkan kenapa aku perlu mengandung dalam keadaan aku terpaksa resign dari jawatan yang mampu memberikan aku keselesaan hidup? Ada satu masa kita terpaksa tutup sebelah mata demi menjaga hati banyak pihak dari sebelum kahwin sehingga lah ke selepas kahwin. Aku pernah menjadi surirumah selama setahun, tinggalkan kelulusan yang aku ada demi suami dan anak yang di dalam kandungan.. tetapi dalam tempoh tersebut banyak suara sumbang yang berbunyi umpama suami aku yang menyara segalanya sedangkan apa yang kami miliki ada hasil susah senang kami bersama-sama.
Marriage is a lifetime commitment. Bear in mind, setiap apa yang you decide,all the consequences after decision made is all yours. Aku tak kata semua keluarga dalam dunia ni kurang common sense, tapi believe me pasti ada di antara kita yang mengalami masalah yang macam ni. If you are in the same situation as ours, as long as you have time, decide for your own good. Ada satu masa kita perlu menghormati keluarga, tapi for every decision made ada batasnya.
Ada keluarga yang tak akan biarkan anaknya susah.. whatever happened they will give you a help walaupun sikit, ada keluarga yang nak you give the best to them first especially in terms of money, nampak you ada carrier yang bagus terus expect hidup you senang umpama tidur atas duit sedangkan you struggle for your own life. Before you step into marriage, make sure you have some knowledge pasal nafkah.
Doa banyak-banyak supaya you dapat suami yang faham apa itu tanggungjawab. Tak dapat suami kaya duit berkepuk tak apa, as long as he knows his own responsibility dan you both boleh jadi “team” yang bagus untuk support each other for a better life. Turutan nafkah ni penting, ada masa suami kita berlaku adil, ada masa keluarga pula yang kurang faham turutan nafkah bagi seorang anak lelaki.
Find someone yang you boleh hidup susah senang dengan dia sampai ke akhir hayat. Cari suami yang sekufu dengan kita. Aku tak focus pada sekufu harta sebaliknya sekufu dari segi pemikiran. You are not choosing a husband, but you are choosing a father to your kids. Untuk bahagian hidup aku, Allah dah tarik sebahagian kebahagiaan aku iaitu arwah ibu dan ayah.
In retun aku tak dapat pengganti seperti arwah ibu dan ayah tapi aku cuba sedaya upaya untuk hormat keluarga suami aku as long as aku masih ada kesabaran yang tinggi. Allah itu maha adil, dia bagi aku seorang anak yang menjadi penyejuk hati kami suami isteri. Alhamdulillah life is getting better now, aku dah mula bekerja semula, sekarang priority dalam hidup kami untuk besarkan anak dan give the best education as we can give to him.
Aku pernah rasa peritnya jadi yatim piatu, tanpa ilmu mungkin aku tak akan capai apa yang aku ada sekarang. At least kalau umur aku tak panjang nanti, aku harap anak aku berjaya dapat segulung ijazah untuk dia teruskan hidup dan be the best as he can be.
Untuk yang tengah struggle dalam hidup, kuatkan semangat, tabahkan hati. All is well. Do good and good things will come to you. Share with me your struggle on the comment below sebab aku yakin setiap orang ada fasa struggle yang tersendiri. Hopefully sedikit sebanyak dapat bagi inspirasi dan semangat untuk yang tengah tercari-cari sinar cahaya disebalik setiap kesusahan dan cabaran.
Thank you for reading confession aku yang bercampur baur ni. Semoga setiap urusan kita dipermudahkanNya, insyaaAllah.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit