Assalamualaikum. Disebabkan kebelakangan nie banyak artikel dan confessions berkaitan dengan pasangan narsistik, hari nie aku nak share pasal tanda2 dan pasangan kau tu narsistik.
Elemen psikologi narsism:
1. Entitlement (rasa diri tu begitu berhak ke atas semua benda).
Dia rasa dia deserve untuk semua benda yg dia nak. So dia expect kau akan buat semua yang dia nak kau buat. Tanpa kompromi. Dia takkan nak faham situasi or keadaan kau masa tu.
CONTOH: Kau tengah drive, lepas tu dia nak kau belok kanan. Walaupon kau tau yang kiri tu jalan yang betul, tapi dia akan paksa kau jugak belok kanan. Or else dia akan marah2 kau tanpa sebab.
2. One-mindedness (Dia fikir satu point of view (POV) sahaja).
Orang narsistik nie, dia akan fikir satu POV sahaja, which is POV dia. Kalau kau bagi pendapat lain, dia takkan boleh terima pendapat kau. Walaupon pendapat kau tu disokong oleh artikel2 kukuh ke apa.
Dia still akan cakap yang pendapat kau tu salah selagi mana pendapat kau bercanggah dengan pendapat dia. Dia takkan terima apa pon pendapat kau. Dia akan rasa macam kau seolah2 tengah serang dia, walhal kau tengah buat discussion biasa je.
3. Lack Of Empathy (Kurang empati terhadap keadaan orang lain).
Orang narsistik nie, dia kurang emotional quality. So, dia takkan faham situasi kau, keadaan kau masa tu. Dia takkan faham yang kau tengah takut ke. Kau tengah marah ke. Kau tengah sedih ke. Yang dia faham cumalah keadaan dia masa tu.
4. No Sense of Proportions (Tak boleh nak kawal degree kemarahan).
Daripada sekecil-kecil salah kau (lupa cakap good night), sampailah sebesar-besar salah kau (langgar kereta orang), degree kemarahan dia akan sama. Dia still akan tengking kau sebab kau lupa ambil barang tu sama macam dia tengking kau bila kau terlanggar kereta orang.
Orang narsistik ni tak boleh nak bezakan part mana kena marah sikit dan part mana yang kena marah banyak. Dia nampak level kesalahan kau tu mempunyai result yang sama – akan buat dia marah.
5. Dia akan suka ugut kau.
CONTOH:
– Kalau awak tak datang sini dalam masa satu jam, saya tak kan jumpa awak dah.
– Next time kalau awak nak something, saya takkan layan awak langsung.
– Baik kau berhenti daripada buat macam nie atau aku sumpah aku akan buat…..
6. Dia akan buat kau rasa bersalah eventhough itu bukan salah kau. Diorang nie adalah master dalam manipulate orang.
CONTOH:
– Wow. Benda simple macam tu pon saya mintak awak buat awak tak boleh buat.
– Sebab sayalah awak boleh achieve benda2 nie semua.
– Awak tak pernah faham saya. Selalu saya je yang kena faham awak.
8. Dia akan cuba untuk isolate kau dari kawan2 dan family kau.
Kenapa? Sebab bila kau dah asing daripada diorang, kau akan rasa lonely. Kau rasa macam kau ada dia je. So, lagilah dia suka sebab boleh totally control life kau.
Kau kena ingat, narsistik ni bukan gender based. Ada lelaki narsistik dan ada perempuan narsistik jugak. So, kalau kau jumpa ciri2 macam nie kat pasangan kau, adalah besar kemungkinan dia seorang yang narsistik.
NASIHAT AKU: Cabut je la wei..
Berada dalam satu perhubungan dengan pasangan narsistik nie adalah begitu toksik. Kau takkan rasa bahagia. Kau akan gaduh hampir setiap minggu. Dan kau akan rasa everything is your fault. Percayalah cakap aku.
TAK WEH. Bukan salah kau langsung. Kau duduk sekejap, kau fikir balik. Worth it ke kau tahan semua makian tanpa sebab tu. Bila kau tak ikut kehendak dia, dia akan mengamuk? Tak weh. Tak berbaloi langsung. Sangat toksik.
Been there. Done that.
So now, aku nak spread awareness kat orang lain pasal narsism. Semoga Allah selamatkan kita semua daripada orang2 yang berniat jahat terhadap diri kita. Assalamualaikum.
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit