“Pass Over”

“Sayang, i dah dekat sini” dengan ringkas bila telepon diangkat.

“Oo.. I tengah pass over dengan Doktor Z, u pusing dululah”, Cik Suri Hari balas..

Ini adalah dialog command, bila dia shift 24 jam oncall, dan aku ambil tugas untuk hantar dan ambil dia.

Doktor kerajaan ada beberapa jadual waktu kerja yang berbeza, lain jabatan dan ranking lain jadual kerjanya. Ada yang waktu pejabat dan ada yamg kerja langgar waktu dan hari termasuk cuti umum.

Masuk sahaja ke dalam kereta, aku hulurkan tangan dan si dia salam dan tundukkan kepala. Bagi satu kucupan ringkas di kepala dia. Sebagai tanda motivasi sebenarnya dan biar rasa di hargai.

“How Was Your Night, manage to get sleep?”, dialog yang aku hafal dan akan di gunakan setiap kali dia pulang oncall atau kerja. Dialog ini aku dapat dari persembahan Harith Iskander, dalam satu Show beliau. Sangat berguna dan sangat sangat membantu.

Si dia akan cerita apa yang berlaku sepanjang malam. Team work yang best, patient yang berkerjasama, ot team yang sempoi. Ada kalanya cerita seram pon ada, cerita sedih pon ada.

Setelah separuh perjalanan pulang, biasanya sudah habis separuh cerita. Aku tanya lagi nak sarapan atau balik tidur?

Sebenarnya hampir tahu skema jawapannya jika malam tadi ot tutup awal, jadi dapat rehat maka bersarapanlah. Jika memang ot over shoot, tambahan extra ot. Maka tidurlah.

Si dia pon ada pertanyaan standard untuk aku, did you have excellence day?

Aku jawab, excellence jika ada case close atau settle problem. Good day jika dapat penuhi hari dengan rutin tugas dan normal day jika biasa biasa atau kene reject.

Inilah “Pass Over” berlaku antara kami, dan banyak perkara tentang medical yang aku tahu dan fasih hasil perkongsian si dia. Dengan itu aku dapat berikan penerangan baik kepada bakal pelanggan.

Sampai kadang kadang orang keliru yang aku ini doktor atau suami doktor sebenarnya. Ini memang lawak dan aku cerita lain hari. Jika ada suami suami doktor dalam friend list aku harap harap boleh share pengalaman kalian.

Kepada yang ada niat mencari pasangan doktor, fikir 2,3 kali kerana anda perlu menjadi sebahagian daripada pekerjaan mereka dan tugas mereka kepada masyarakat dan negara.

Nak tip survive boleh pm tepi, aku boleh kongsikan tip tip untuk jaga “doktor”.

Suami yang Syukur dikurniakan Isteri sebagai WIRA kepada Negara,

– Aliff shanusi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *