R&R….. Setiap kali singgah mesti ada cerita di bawa balik.
Pernah sekali singgah di Sebuah R&R di selatan tanah air, semasa pulang dari Kl bersama isteri. Aku pon mematikan enjen sebaik sahaja masuk petak parkir.
Kami berhenti untuk solat, tapi sebelum itu sang isteri agak lapar dan ingin menikmati bekalan yang di tapau dari kl tadi.
Tiba tiba ada sebuah kereta Vios meluru masuk ke petak parkir.
Tidak semena mena seorang lelaki keluar dari kereta dan menghempas pintu belakang dengan kuat dan berlalu pergi. Keluar pula 2 orang wanita, seorang tua dan lagi satu amoi muda.
Kami saling berpandangan sesama kami. Aku dan isteri aku, bingung. Kenapa? Tanya isteri aku, tah. Aku jawab. Kejap i tengok, aku sambung.
2 orang wanita tadi terkial kial mengeluarkan barang daripada boot mereka. Tayar mereka bukan sekadar pancit tapi barai habis. Sebab ayahnya sakit perut. Lalu mereka rempit ke R&R berdekatan dengan tayar pancit tadi.
Isteri pon aku pon keluar, tengok aku. Dengan isyarat.. U nak tolong ker? Aku balas.. Ok jer dengan gerakkan kepala dan bahu.
Boleh saya tolong, makcik cina nampak lega dan si amoi lagilah. Nampak gaya memang tak pandai sangat. Aku pon keluarkan apa yang perlu daripada kereta mereka.
Panas tayar kereta tak hilang lagi, dawai dawai terkeluar habis. Selesai tukar tayar, isteri aku bantu untuk mencurahkkan air untuk aku basuh tangan, kotor akibat karbon hitam dari tayar. Manakala makcik dan anaknya mengemas boot mereka.
Selesai ayahnya pon datang dalam keadaan muka kelegaan dan melihat tayar sudah di tukar di bertambah tambah lega. Orang dah tua mana larat lagi hipo kerana kencing manis.
Gadis tadi menghulur sejumlah wang kepada kami, tapi kami menolakkannya. Kami bantu sebab kami mahu bantu bukan mahukan balasan. Dia tergamam, kami senyum.
Mereka meneruskan perjalanan, kami terus menuju ke ruang solat R&R. Hidup ini mudah. Kita saling hormat menghormati sesama manusia dan bertoleransi dengan bangsa berbeza.
Adakala kita bantu, adakala kita akan dibantu. Jangan membuli nanti kita juga akan dibuli suatu hari nanti. Jika tidak dapat membantu jangan juga melarang orang lain untuk bantu.
Saya pilih dan utamakan keharmonian.
– Aliff shanusi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit