Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi share post aku. Aku anak bongsu yang masih belum kahwin & tinggal bersama parents. Aku dah bekerja tapi parents aku tak bagi aku pindah selagi aku belum kahwin.
Aku ada seorang abang yang belum kahwin dan masih tinggal dengan parents. Masalahnya, abang aku ni tak pernah bekerja. Ada lah kerja sementara utk beberapa hari tapi setakat tu je lah. Dah 40 tahun lebih masih hidup macam tu. Bukan nya parents tak hantar sekolah sampai SPM. Sempurna akal & fizikal.
Pernah parents aku bagi dia bisnes untuk uruskan tapi dia buat parents aku rugi berpuluh-puluh ribu sebab dia tak boleh handle. Bisnes baru berjalan beberapa bulan. Apa salah nya terus terang kat parents yang dia tak boleh buat, tapi dia terus jual bisnes tu kat orang lain tanpa pengetahuan parents aku. Duit tu? Korang fikir la masuk poket siapa.
Kalau ada sifat hormat pada parents tu boleh lah diterima akal. Tapi, dia bermusuh dengan parents. Abusive terhadap adik beradik yang lain. Tengkingan & makian terhadap parents tu perkara biasa bagi dia.
Aku pelik dia tak takut dosa langsung buat parents aku macam tu sedangkan hidup pun parents masih tanggung. Bukan makian biasa tau. Aku jamin kalau korang dengar apa yang zahir dari mulut dia, mesti korang nak tumbuk muka dia.
Ibubapa aku dah tua tapi dia langsung tak jaga hati diorang. Takde bukti dia hisap dadah ke apa. Tak pernah pula nampak dia ‘high’ ataupun aggressive seperti tengah gian. Kecuali kalau parents aku nak mula nasihat dia, dia akan mengamuk.
Kiranya parents aku adalah trigger dia mengamuk, bukan dadah. Takda sesiapa yang boleh nasihat dia sebab dia akan mengamuk. Memang jenis tak makan nasihat. Walau minta tolong sekalipun, dia akan pertikai.
Kami selalu kantoikan dia curi masuk bilik ahli keluarga. Tapi dia boleh lagi berlakon. Tahu-tahu duit hilang walau syiling sekalipun. Kalau ada suami jenis biawak hidup, boleh la mengadu Pejabat Agama ke apa. Tapi ni ahli keluarga sendiri, macam mana kami nak buat? Pernah dihalau sebab ibubapa aku tak tahan & dia lelaki so memang patut dia keluar. Tapi tetap muka tebal duduk sini.
Banyak kali dah dihalau, kunci bertukar. Nak suruh pakcik/makcik sound? Tengok muka pakcik/makcik terus dia pegi tempat lain. Bila pakcik/makcik pegi, reti pulak balik rumah. Tak mahu bertegur dengan ibubapa. Hidup dia dalam bilik je.
Dia juga suka buat hal-hal kecik yang kami sakit hati. Makan tak basuh pinggan, kencing tak jirus, makan hak org lain tak minta izin, kalau ada makanan atas meja mmg tak ingat orang padahal yang masak tu siapa? Yang beli tu siapa? Nak tolong buat kerja rumah tu mmg takde dalam kamus hidup dia.
Pernah ibu aku cakap nak pindah, tapi dia mesti akan ikut. Takde istilah malu dengan keluarga dalam hidup dia. Orang cakap pindah aje, jangan bagi dia masuk. Tapi aku jamin dia akan kecoh kat rumah baru pulak. Nak pindah pun kami bukannya berduit. Sekarang ni pun masih ada masalah kewangan.
Kami tak boleh buat apa. Kalau sekarang ni nak panggil polis, atas dasar apa? Nak hantar pemulihan? Pemulihan apa? Kalau budak-budak boleh la hantar Sekolah Henry Gurney. Pernah parents aku nak bawa dia jumpa Pakar Jiwa. Dia refuse untuk pergi. Bawa perubatan Islam, memang tak jalan.
Aku sedar semakin umur meningkat, semakin aku rasa kesian dekat parents aku. Aku dah faham betapa susahnya nak cari duit. Apatah lagi nak sara keluarga. Aku betul-betul tak faham kenapa dia buat macam ni dekat parents aku. Kalau tak suka tengok muka parents, pindah la. Tapi masih lagi nak jadi parasit.
Ya memang masa kecil kami bukan dari keluarga yang bahagia & sempurna. Ada ke keluarga yang sempurna, perfect 100% dalam dunia ni? Tapi parents aku tak pernah abaikan keperluan fizikal kami. Malah kami dapat lebih dari yang sepatutnya. Tak ada keluarga yang sempurna segalanya. Kenapa dia tak boleh terima? Banyak je keluarga yang lagi teruk tapi anak mereka masih hormat ibubapa.
Parents aku pun bukan jenis dera anak. Parents aku tak pernah melampaui batas dengan dia. Sebab ni lah parents aku masih pegang aku, tak bagi aku pindah. Sebab mereka nak ada teman. Mereka tak sanggup nak hidup bertiga dengan dia.
Maaf aku cakap macam ni mungkin trigger pada keluarga yang ada masalah lagi teruk dari kami. Aku bukan nak compare. Tetapi masalah keluarga kami dulu tak teruk langsung. Banyak lagi keluarga yang masalah tak boleh diterima akal macam bapa makan anak, ibubapa tak beri nafkah pada anak, penceraian yang tak aman, membesar di kaki jalan, ditangkap kerana dadah, jenayah & sebagainya.
Kami buntu tak tahu nak buat apa. Aku betul2 kesian dekat parents aku. Kami bukan nak buang dia selama-lama nya. Kami masih sayang dia sebab dia ahli keluarga & dia tak buat jenayah. Kalau boleh kami nak dia berubah. Tapi hati ibubapa aku dah pecah disebabkan sikap dia. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sanggup baca sampai bawah.
– Ummi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit