Hi, Assalamualaikum semua. Aku Jaja. Masa aku taip confession ni dah seminggu aku resign dari kerja aku. Sekarang aku masih menganggur dan masih lagi mencari kerja. Cuma sekarang aku masih dalam dilema.
Dah setahun aku graduated sejak tahun lepas. Dalam setahun yang lepas, dah 2-3 kali aku tukar kerja. First dalam bidang retail, tu pun sebulan aku kerja then aku dapat job dalam bidang f & b yang gaji is quite ok dan dekat dengan kawasan rumah aku. Dan kemudian aku resign sebab company aku berpindah ke negeri lain.
Selepas itu, aku dapat offer bekerja di Shah Alam dalam bidang sales & manufacturing di syarikat swasta. Tapi sayang tak bertahan lama sebab aku kena terminate disebabkan work performance aku yang kurang memuaskan. Dan pada yang sama juga aku diserang mild depression dan anxiety menyebabkan aku selalu ambil mc dan memang selalu ada appointment dengan dr.psikiatri.
Selepas itu, aku buat part time housekeeping under M*******. Cuma kadang2 aku ada buat freelance housekeeping di rumah dan office area tempat tinggal aku. Dan yang terbaru ni , aku ada dapat offer kerja di Petaling Jaya tapi lepas sebulan aku resign dengan notis 24 jam. Sebabnya aku tak happy dengan kerja aku buat dan juga persekitaran kerja yang negatif.
Selalu juga aku cuba positifkan diri untuk belajar perkara baru, tapi end up semua kerja jadi messy. Dan dari situ juga anxiety datang menyerang aku kembali dan menyukarkan aku untuk fokus dengan kerja. Dan sekarang aku back to do part time housekeeping walaupun job sekarang dah tak banyak.
Sekarang, family aku dah bising sebab aku selalu tukar kerja dan tak ada pekerjaan yang tetap memandangkan umur aku lagi beberapa tahun masuk 30 series. Ayah aku bising umur aku sekarang dah patut ada kerja tetap dan bergaji besar. Dia ada juga bandingkan aku dengan adik aku yang kerja bergaji besar walaupun bertaraf diploma je.
Ayah aku ada cadangkan untuk aku kerja sebagai assistant manager di pasaraya sebab gaji yang lumayan dan sesuai dengan kelayakan aku. Tapi aku je yang tak ada keyakinan diri. Aku pernah beritahu aku minat kerja housekeeping sebab kerja tu buatkan aku happy walaupun penat satu badan dan dapat gaji bayar minggu/hari.
Tapi family aku tak setuju sebab malu kalau orang lain tahu aku kerja cleaner/housekeping padahal aku ada degree dan memang layak dapat kerja bagus. Dan juga sebab kerja part time tak ada epf/socso. Dan perkara macam ni buatkan aku jadi down sangat sampaikan aku hampir give up nak cari kerja.
Sekarang aku betul2 dilema, sama ada nak bekerja ikut minat ataupun ikut gaji. Sebab aku ada tengok range gaji untuk housekeeping hotel pun agak sedikit. Aku cuba juga cari kerja yang ikut kelayakan degree aku tapi aku jadi tak yakin sama ada mampu buat kerja yang melibatkan paperwork walaupun gaji lumayan.
Kalau boleh aku nak sangat ada pekerjaan tetap dan stick to one company. Aku tahu resume aku pun jadi tak cantik dari segi work experience sebab selalu sangat lompat kerja. Dah banyak kali aku cuba kerja macam2 bidang dan bidang housekeeping yang aku minat.
Maaf ya karangan aku berterabur. Aku betul2 kusut. Aku nak sangat kerja. Kalau boleh aku nak fokus pada kerja yang aku boleh buat. Cuma aku tak tahu patut ke aku kerja ikut minat ataupun sebab gaji? Minta sangat pembaca bagi pendapat.
Terima kasih.
– Jaja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hi anon, dapat dah ke jawapan tu? saya pun rasa macam tu sekarang ni, nak ikut degree i atau buat benda lain, i macam ada anxiety kalau nak tulis surat ni semua, ergh im stress