Assalamualaikum. Kisah hutang yang nak aku ceritakan ni adalah kisah hutang adik beradik dengan bapak. Tak berniat nak aibkan sesiapa apatah lagi keluarga tiada yang kenal dan ahli keluanga pon tak ada yang like page ni. Aku sekadar nak kongsi or maybe ada komen2 baik buruk korang yang boleh dijadikan panduan.
Aku ada 5 beradik. Ayah aku bukak kedai runcit sejak aku kecik lagi sampai sekarang kedainya dah besar dan maju. Kisah hutang ni pasal kami empat beradik berhutang dengan bapak. Bapak dulu struggle jugak besarkan kami walaupun berniaga sendiri. Tambah2 di kampung.
Boleh dikata semua orang ada buku 555 masing2. Ada yang bayar ada yang sampai sekarang tak bayar2. Aku tau sebab bapak jenis sangat teliti oranya dan dia simpan semua rekod dengan baik. Walaupun bapak susah dulu bapak sentiasa pastikan kami adik beradik hidup selesa.
Sampai kami semua dah besar lepas universiti, masing2 kerja. Ni lah start kami berhutang dengan bapak. Time belajar semua pinjam ptptn kecuali aku dapat scolar. Semua kami pernah meminjam kecuali adik no 5, adik bongsu kami. Adik bongsu aku lelaki, special case sebab anak kesayangan bapak, bapak tak pernah kira hutang dengan dia, semua bapak sponsor termasuklah majlis kawin, hantaran, kereta. Semualah, takde hutang….
Oh ya bapak memang jenis pilih kasih. Anak bongsu dengan adik aku no 2 ni memang kesayangan bapak. Yang lain2 makan hati jelah… Bila kami argue bapak kata sebab adik kerja dengan dia. Tapi kerja pon bergaji jugak. Adik no2 pulak sebab dia jenis ikut je apa bapak and mak kata. Kami yang lain ni memangla kenkadang ada ingkar tapi tak adalah sampai teruk tinggi suara ke apa.
Aku hutang bapak time nak beli kereta. Jujur aku kata, aku rasa macam aku ni serba ada, Jadi aku memang jenis tak menyimpan. Aku kawin lambat sikit lepas adik no 3. Aku memang takde aim nak kawin tapi ada jodoh kawin jelah tapi bayangkan jenis aku berjoli travel sana sini memang tak menyimpan. Bila kawin nganga la. Harap duit sebelah lelaki. Time ni mak abah nak buat cepat sebab depa nak pegi haji. Dalam 3 bulan lepas bertunang kami kena nikah & buat majlis.
Mak ai, mana aku nak cekau duit. Yang lelaki pon cukup2 je untuk hantaran and majlis rumah dia. Bapak aku mintak hantaran tinggi kot. Sebab dia kata dia tak akan keluarkan duit dia satu sen pon. Walhal jeput ramai.. (teringat baca confession tadi. Kes bapak mertua jemput ramai tapi tak keluarkan duit pon.)
Waktu ni aku nangis gila2 sebab dari aku start kerja sampailah aku kawin, aku tak pernah culas bagi duit kat mak and bapak. Perabot, barang letrik rumah mak and bapak pon mostly aku beli. Sebab bapak sedikit kedekut pasal tu. Aku bukan nak ungkit tapi sedih kot bapak cakap macam tu. Last2 mak la tolong topup sikit2 sebab waktu tu pon suami aku waktu tu pon struggle jugak sedaya upaya tolong aku. Dia Pon Tak sangka banyak minta belanja.
Sikap tak menyimpan ni samalah dengan adik2 lain. Tambah adik nombor 3, macam orang kaya je. Sebab dia anak lelaki sulung. Bukan dia mintak, tiap bulan bapak yang offer duit. Bila yang nombor 3 ni asyik bergantung dengan bapak sampai sekarang aku selalu cakap kat bapak,bapak yg salah sebab manjakan dia sangat.
Bapak bagus dalam menjaga kewangan dia tapi dia tak ajar kami menabung, dia tak ajar kami berjimat, dia bagi segala apa yang kami nak walaupun dia terpaksa bersusah (dulu kami tak tau) sebab dia nak kami hidup selesa. Adik kedua aku pempuan pon sama hutang nak beli kereta, adik nombor tiga lelaki pulak hutang kawin. Nombor empat pon sama hutang kawin. Waktu bapak bagi duit tu memang relek je bapak bagi takde la kata apa sangat, waktu tu pon dah makin senang sikit.
Sekarang kami semua dah kawin. Perniagaan bapak makin maju. Duit lagilah berkepuk2. Maka time nilah bermulalah cerita…. Bapak start ungkit semua hutang dia. Bak kata orang makin kaya makin kedekut kan. Camtulah bapak. Sampai dengan mak pon kedekut.
Mak aku kerja guru kafa. Tu pun kerja bila kedai bapak hampir bangkrup dulu sebab orang banyak berhutang. Time tu banyak mak yang sara. Bila dah stabil sikit perniagaan bapak, bapak memang tak pernah la bagi duit kat mak sampailah mak berhenti tahun lepas. Lepas perniagaan bapak ni dah okay balik, memang bapak tak bagi dah hutang2. Ataupun nak hutang mesti setel cepat2.
Aku dah setel hutang sebab aku dapat bonus banyak terus aku bagi bapak. Tapi lepas aku bayar tu bapak mula berkira2 dengan adik aku. Tapi sebenarnya adik2 aku agak susah hidup depa berbanding aku. Lepas adik aku nombor dua kawin, dia terus berhenti kerja, jadi suri rumah. Dalam banyak2 yang berhutang, adik no2 ni bapak aku mention je dia hutang tapi tak pernah dia ungkit nak suruh bayar. Sebab dia dengan suami dia memang kesayangan bapak. Kami pon tak tau kenapa.
Anak2 depa lagilah cucu kesayangan bapak sampai membandingkan anak2 depa dengan anak2 kami. Bapak siap mention lagi nak bagi harta kat cucu lelaki sulung dia (anak adik no2) depan2 kami. Semua diam je, tak terkata. Terpulanglah kat bapak, harta dia tapi tak payahlah mention, bagi jelah sebagai hibah senyap2 kalau bapak sayang sangat. Adik aku no dua ni jarang sangat2 dia sebut. Walhal dia pon tak pernah bayar.
Adik aku nombor tiga pulak Jenis nak berbisnes tapi asyik lingkup je. Lepas kawin lagi susah hidup dia. Dia nilah paling banyak berhutang dengan bapak. Dengan aku Pon dia berhutang. Hampir puluhan ribu. Aku sampai dah redha dah kalau dia tak bayar pon. Aku puas nasihat suruh bayar jugak walaupun sikit bulan2. Tapi menambah lagi adalah… Bukan apa. Bapak tak bebel depan dia. Akulah Jadi mangsa sebab tiap2 bulan balik rumah bapak. Tak larat dengar. Kadang stress. Tambah kalau berpantang rumah bapak, lagilah stress. Nasib baik tak meroyan.
Nombor empat pulak bukan dia pinjam sebenarnya tapi suami dia yang pinjam. Yang nilah paling kesian. Adik aku Ada degree tapi suami dia kerja biasa je, keluarga pon bukan keluarga senang. So bila depa dah sama2 suka, bapak suruh la kawin. Depa pon samalah gedik jugak nak kawin walaupun takdak duit. Jadi bapak bagilah duit bapak sebagai hutang untuk diberi kepada bapak sebagai duit hantaran. Adik aku Ni degree tapi kerja tak ada, susah nak dapat kerja bidang dia. Bukan rezeki dia jugak kot. Jadi agak susahlah.
Depa ni kesian sebab bukan bapak, mak pon sama dok ungkit sampai kata kat adik aku yang depa susah sebab tak bayar hutang. Aku Pon cakap la balik, Daripada mak cakap macam tu baik mak doa depa senang sikit. Tapi mak aku cakap dok doa selalu ja. Pernah jugak aku cakap Kat mak. Cuba redha je, tak payah sebut2 sangat InsyaAllah depa senang nanti depa bayar.
Mak kata Mana boleh, hutang tetap hutang. Mak dengan bapak saja mention supaya depa ingat & depa usaha lebih sikit nak bayaq hutang. Baguslah tapi side adik aku pulak depa jadi stress and jarang2 nak balik sebab malu tak mampu bayar hutang. Lagipun depa malu dengan adik beradik lain sebab depa susah & mak dengan bapak asyik sebut hutang depa kat depan2 kami. Aku kesian kadang aku tolong jugak depa sebab depa tak berani mengadu kat mak dengan bapak, takut kena marah.
Pernah adik ipar aku pinjam lagi, memang terpaksa sangat sebab kereta rosak time nak balik dari rumah bapak. Depa pinjam seribu nak baiki kereta sebab pakai kereta second je, macam2 problem. Yang itu pon mak bapak aku asyik je sebut, asyik kata adik aku susah sebab kawin pinjam duit bapak tak bayar2 lagi. Adik aku pon berhutang juga dengan aku tapi memang aku halalkan aje hutang depa. Mampu bayar, tak mampu tak apalah. Aku tahu peritnya kalau asyik sebut.
Memang betul, hutang tetap hutang. Kena bayar, wajib bayar sebab yang tu akan dihitug diakhirat nanti. Aku memang selalu nasihat adik2 macam tu. Bayar and bayar wp sikit2 bulan. Biarlah bapak nak pilih kasih ke apa. Hutang tetap hutang. Tapi aku sangat tak setuju dengan cara bapak. Puas sebenarnya dah bertekak dengan bapak. Tak larat dah. Bayangkan siapa saja yang balik bapak akan dengan bangganya sebut pasal orang2 yang berhutang dengan dia. Katanya memberi hutang lagi banyak pahala. Tapi entahlah.
Bayangkan bapak dok canang kat orang kampung pasal orang, anak2 dia hutang dengan dia dekat ratus ribu. Kadang2 malu jugak kami kat orang bila datang kedai. Yang ni la ni yang hutang beli kereta tu. Malu oooi… Senyum jelah… Walhal macam aku,bapak yang offer. Adik2 pulak bila tengok kakak dapat, depa pon nak jugaklah. Tak Tahu sampai jadi macam ni.
Sampai sekarang tak ada siapa berani hutang dengan bapak. Bapak hilang satu benda, anak2 jadi kurang mesra dengan bapak. Masing2 takut. Bapak bukan tu je. Bapak jenis kalau dia tersepak barang, dia takkan alihkan. Dia akan marah siapa yang letak. (Yang tu sekecil benda, yang lain2 malas nak cakaplah…) Bapak dengan mak Pon buat macam tu. Kesian jugak dekat mak. Mak bersabar sangat tapi nampak mak pon dah banyak terpengaruh dengan sikap bapak.
Seorang lagi anak sedara bapak pon Ada pinjam. Itu lagi banyak, puluh puluh ribu. Janji bulan bintang, last2 sampai sekarang tak bayar. Tengok fb bukan main Makan mewah2. Bila mak atau bapak mintak bayar, macam2 alasan bagi. Sejak berhutang, family depa Tak pernah jejak rumah kami. Malu ke apa ke tak taulah…
Itulah kisah hutang yang aku harap akan berakhir. Aku doakan adik2 aku yang dua orang tu diberikan rezeki yang bertambah2 untuk membayar hutang bapak. Dan aku harap bapak dan mak lebih redha terhadap hutang kepada anak2nya. Harap dengan redha mereka, anak2 Pon bertambah rezeki. Amin…
– Cik Pah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit