Assalamualaikum.. Aku nak kongsi sikit dengan korang berkenaan cinta. Kisah ni kisah benar yang jadi kat adik ipar aku. Aku tak la berapa rapat sangat dengan dia tapi boleh la.
Aku harap admin siarkan post aku ni untuk pengajaran bagi diorang yang terlampau kemaruk dalam dunia percintaan. Okey aku terus kat point aku.
Hal ni baru lagi jadi 24/8/2019. Adik ipar aku dia kerja kat penang dan yang aku tahu dari adik ipar aku yang lagi sorang dia tu dah ada pakwe duduk kat Kelantan. Diaorang dah bercinta empat tahun dan adik ipar aku tak perasan apa-apa langsung perubahan mendadak kat pakwe dia ni.
Masa hari kejadian tu aku balik rumah abang aku. Malam tu aku dapat tau yang pakwe adik ipar aku dah kahwin dengan orang lain. Adik ipar aku pe lagi menagis bagai nak rak kat mak dia.
Ye la hati siapa tak sakit dah empat tahun berkawan siap dah janji nak jumpa keluarga bulan 11 tahun ni tiba-tiba dapat tau yang laki tu dah nikah dengan orang lain. Berkecai remuk hati beb.
Sebab dah terlampau stress adik ipar aku tak dapat tidur dah seminggu dan seminggu tak makan. Berat badan dia susut dengan mendadak. Patut la masa aku nampak dia cengkuk ja mata sembab. Aku ingat kot dia letih kerja tak cukup tidur. Ye la jururawat kan kerja ikut shift.
So, berbalik pada dia, malam tu pulak dia pergi buat tindakan paling bodoh dalam hidup dia. Dia telan ubat batuk yang dh habis tarikh luput 4 bulan yang lepas sebotol beb dan telan 3 biji ubat tidur yang dh tarikh luput 3 hari yang lepas.
Korang bayangkan kerana cinta manusia jadi bodoh sakitkan diri sendiri. Padahal laki tu dok bersenang lenang seronok kat sana dia pulak jadi bodoh buat benda mengarut macam tu.
Bila cinta menguasai diri kita sanggup buat apa saja walaupun benda tu dilaknat Allah. Bila aku tau dia buat tindakan bodoh tu mengucap panjang aku.
Cuba bayangkan kalau masa dia buat tu esoknya dia dah tak bernafas lagi. Ya Allah sia-sia hisup dia kat dunia ni. Alhamdulillah la Allah tu masih bagi peluang kat dia untuk bernafas lagi. Masa nak buat apa-apa tindakan langsung tak fikir baik buruk. Ikutkan sangat hati yang tengah kecewa.
Orang cakap bila kita tengah kecewa syaitan la berduyun-duyun berdamping. Mesti cakap aku tak rasa boleh la cakap kan. Tapi aku dah merasa sakit tu awal dari dia. Aku pon dulu pernah jugak nak bunuh diri. Tapi masa aku nak buat tu terbayang muka mak ayah aku dan aku kuatkan hati hadap semua tu.
Kerana Insan yang kita sayang kita lupa segala-galanya. Aku teringat kata-kata kawan aku masa aku belajar. Dia tanya aku “kalau orang bercinta ni memang nak pergi mana-mana atau tengah buat apa kena bagitahu pasangan ke?”
Aku yang terkedu pon jawab “ikut la nak bagitau ke tak tapi selalunya akan selalu update de kat mana buat pe semua”. Lepastu dia tanya lagi “kat mak ayah hang kenapa hang tak selalu update macam hang update kat pakwe hang?” Sekali lagi aku terkedu dan tak dapat nak jawab apa.
Lepas dari tu aku muhasabah diri. Aku perlahan-lahan jauhkan diri aku dari pakwe aku. Alhamdulillah rupanya kawan aku tu adalah kiriman Allah untuk aku tahu perangai sebenar pakwe aku tu.
Aku pernah dengar satu hadis ni :-
“Perbaiki diri kamu sendiri nescaya Allah akan menghantar seseorang untuk bersama memimpin kamu”
So, nasihat aku kalau nak sayang seseorang tu boleh tapi janganlah sampai buta hati percaya 200% apa yang keluar dari mulut dia. Jangan terlampau memikirkan soal jodoh kerana jodoh itu rahsia Allah.
Kalau kita menanti dia walau beribu puluh tahun pun kalau Allah dah tetapkan bukan jodoh kita dia tetap bukan jodoh kita sekalipun kita sudah berumah tangga dengan dia.
Pegang kata-kata ni “Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu jugak sebaliknya”. Allah takkan biar kamu bersedih jika kamu tidak mampu untuk menghadapinya.
Allah berikan ujian kerana dia rindu. Rindu dengan rintihan kita. Rindu dengan pujuk rayu kita. Rindu dengan airmata penyesalan kita. Bersyukurlah Allah masih memberi peluang untuk kita memperbaiki diri walaupun tindakan kita adalah tindakan yang dilaknat Allah. Nauzubillahiminzalik.
“Cintailah seseorang itu kerana Allah dan cintailah seseorang itu kerana dia mencintai Allah”. Tiada cinta yang kekal abadi melainkan mencintai Allah dan Rasullullah. Wallahualam.
– Eykin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit