Kerana Mu Ibu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kerana-mu-ibu/).

Asalamualaikum para pembaca. Berbanyak2 terima kasih saya ucapkan kepada admin kerana menyiarkan artikel saya yang lalu (Kerana Mu Ibu). Terima kasih juga sekiranya artikel ini juga disiarkan.

Alhamdulillah saya membaca semua komen2 anda yang memberikan saya semangat dan memandang perkara ini terus positif.

Perkara ini amat baru berlaku. Jadi, masih ada lagi saki baki gangguan dari ibu bekas tunang saya. Dia tidak lagi wasap saya selepas saya matikan segala kata2 tohmahannya di wasap sehari sebelum saya pulangkan cincin.

Dia bertanya apa sebenar yang berlaku dan terus menerus menuduh saya tidak boleh menerima anaknya kerana anaknya tidak berharta. (Kalaulah boleh disertakan screenshot semua wasap dari ibunya.)

Saya jawab, maaf sebab tak mampu nak meneruskan pertunangan itu atas masalah dalaman yang mana biarlah saya dan anaknya sahaja yang tahu (niat saya, tidak mahu buka aib sesiapa bila perkara ini berlaku). Tapi saya silap. Ibunya menyerang bertubi2 wasap mak saya.

Dia menuduh saya berubah selepas bertunang-cepat marah2 bila anaknya call. (Allahu. Siapa la yang tak naik angin bila sedang bekerja pelbagai wasap masuk, call tanpa henti.) Ibunya point yang ini. Emosi saya yang terganggu sehingga meninggikan suara kepada anaknya.

Mak saya yang sudah pun tahu segala cerita (saya tunjukkan semua wasap ibu dan anak itu) tidak mahu memanjangkan cerita cuma mohon maaf atas keterlajuran perbuatan saya.

Namun, ibunya masih tidak berpuas hati tetap wasap macam2 isu berbangkit termasuklah status kewangan anaknya, adat memutus tunang, dan macam2 lagi. Ya, memang semua salah ditujukan kepada saya. SEMUA. Mak saya tetap tenang dan mohon maaf atas kesilapan saya, emak dan ayah.

Sebagai ‘ahli agama’ ibunya menggunakan pelbagai kalimah2 suci “kami menerima takdir Allah”, “kami yakin takdir Allah”, “Semoga Allah merahmati kami” dan banyak lagi. Yang saya rasa agak lucu, ibunya siap memaklumkan anaknya telah pun delete no telefon saya yang memberi makna anaknya telah bersedia untuk meluapkan saya. (habis, lepas kejadian macamlah saya masih simpan nombor anaknya?)

Mak saya hanya membalas.. “insyaaAllah mudah mudahan dipermudahkan”. Dan ibunya tetap membalas dengan pelbagai lagi wasap yang agak psycho.

Kemudian, di hari pemulangan cincin (saya ke pejabat ex tunang bersama abang memandangkan keluarganya jauh nun di utara tanah air dan kami di selatan). Dia tidak keluar kononnya tidak mahu bertemu saya dan ada kerja (sedangkan saya datang lunch hour). Jadi wakil keluarganya yang menerima semula cincin dan barangan hantaran tunang adalah guard (penuh adat dan adab kata ibunya).

Sebenarnya saya yakin dia takut kerana saya datang dengan abang. Selama perkenalan kami saya selalu bercerita bagaimana abang saya selalu menjaga dan melindungi saya dari kami kecil lagi. Dia tahu bagaimana seriusnya abang saya mengenai itu. Pada mulanya okay katanya untuk berjumpa
Kemudian dia tanya saya dengan siapa? Saya jawab abang. Terus dia bagitahu ada kerja dan tak dapat berjumpa.

Selesai perkara ini saya terus maklumkan pada ibunya cincin sudah dipulang. Saya masih menjaga aib bekas tunang yang tak mahu keluar berjumpa kami. Tetapi, ibunya terus forwardkan mesej saya itu kepada mak saya dan sekali lagi menuduh saya yang bukan2. Allahhu jiwa mak saya dipijak2. Kesabaran mak saya diuji berkali2. Namun, mak saya tetap mohon maaf atas keterlanjuran cara itu.

Jujurnya putusnya pertunangan ini tidak lah sangat menyedihkan saya. Apa yang lebih menyedihkan, melihat jiwa mak saya dihenyak dan dipijak sedemikan rupa. Ikutkan hati, mahu sahaja saya wasap kembali ibu bekas tunang. Tapi kata mak, biarkan orang buat kita, jangan kita buat orang. Dia yakin dia kenal anak dia, mak pula yakin dan percaya anak mak. Biarkan mulut orang.

Ketenangan mak itu mungkin menyebabkan ibu bekas tunang tidak berpuas hati. Saya doakan mak saya akan dikurniakan besan yang baik dan tenang seperti mak, mendapat menantu yang baik dan menghormati mak seprti mak yang sentiasa menghormati orang. Aamin.

Kini saya dah pun block no ibu bekas tunang di telefon mak. Saya mahu mak saya mengajar dengan tenang (ibu bekas tunang selalu wasap mak di waktu mak kerja).

Berakhirnya kisah ini diharapkan dapat memberi pengajaran kepada para pembaca. Setiap apa yang kita rasa betul tidak semestinya betul.

Para gadis, selidiklah sedalam dalamnya mengenai bakal pasangan dan mertua anda. Sekiranya dia pernah bercerai, ambil tahu sebabnya. Jangan jadi macam saya. Alert sekiranya pasangan sentiasa memburukkan ex mereka.

(Bagi kisah saya ini, ex tunang dan ibunya selalu burukkan bekas isteri. Katanya bekas isteri tak bagi dia berjumpa anak takut mereka rampas anak itu). Selidik semua sekali. Jangan percaya bulat2 apa yang mereka katakan. Belajarlah dari kesilapan saya ini.

Sekiranya pasangan terlalu attached dengan ibu, pastikan cerita peribadi, perancangan masa depan disimpan kemas2 dan fokus untuk masa depan anda berdua. Tidak salah minta pendapat orang tua tapi sekiranya pendapat yang diberi melampau2 mencampuri urusan anda sebaiknya berbincanglah berdua dan ingatkan pasangan bahawa anda yang bakal hidup dengannya.

Dalam kisah saya ni, dari tempoh awal perkenalan hingga alam pertunangan terlalu banyak perkara yang ibunya campur tangan. Kesanlah perkara ini dari awal. Jangan terlambat macam saya.

Seterusnya, carilah sahabat yang anda boleh bercerita dan anda boleh percaya. Saya bersyukur dikurniakan sahabat2 yang sentiasa berada dengan saya. Yang sentiasa menegur bila berlakunya kesilapan. Kekuatan saya memberitahu mak ayah adalah dari mereka. Thanks A dan Z. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah. Doakan saya terus kuat dan positif dalam kehidupan serta dikurniakan rezeki jodoh & mertua yang baik.

Akhir sekali, sekiranya anda terlibat dalam hubungan tokisik seperti ini, pilihlah untuk sayangi diri sendiri dahulu sebelum sayang oranh lain. Pasangan boleh dicari, mak ayah cuma satu. Biarlah mak ayah kecewa harini dari kecewa melihat masa depan anaknya hancur.

Dalam kes saya, mak ayah menyokong penuh tindakan saya dan meyakinkan saya mereka tahu keputusan yang saya ambil adalah tepat. (walaupun saya tahu jauh di sudut hati mereka mesti malu sebab tarikh walimah telah di war2kan kepada keluarga terdekat). Gadis2, jangan takut tidak laku, tak salah pun sekiranya tidak berkahwin/lambat kahwin dari berkahwin dengan orang yang salah.

Akhir kata, terima kasih setinggi2nya kepada semua yang komen dalam artikel sebelum ni. Anda semua telah meletakkan diri saya dalam keadaan yang sangat positif. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

– Miss B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *