Yang Terbaik Hanya Datang Sekali II

Untuk part I, (https://iiumc.com/yang-terbaik-hanya-datang-sekali/).

Assalamualaikum semua. Harapnya admin siarkan la confession aku yang buat kali terakhirnya sebab aku nak belajar untuk move on tanpa ada kaitan dengan Fariz lagi. Aku baca semua komen sister dan brother sama ada yang baik dan buruk.

Aku baca dan aku ambil mana yang baik untuk aku bawa kepada kehidupan aku yang seterusnya. Ada 1 komen brother ni kata 10 tahun lagi mungkin aku akan menyesal sebab kata Fariz yang terbaik hadir dalam hidup aku. Bukan 10 tahun lagi sekarang pun aku dah rasa kesal kenapa tajuk confession aku macam ni.

Setelah seminggu lebih aku putus dengan Fariz, dia telah mengaku yang dia sebenarnya sudah memiliki orang lain dan bekerja 1 bumbung bersamanya. Dia memberitahu aku kerana dia berasa bersalah buat aku macam ni dan dia tak mahu aku berdoa lagi untuk perhubungan ini.

Alasan dia untuk putus dengan aku disebabkan perangai aku hanyalah sebagai alasan untuk dia pergi bersama orang baru itu. Aku tak terkata dengan perbuatannya selama ni. Sebab aku merasakan dia teramatlah jujur dan ikhlas terhadap aku selama ini. Tetapi dalam diam dia membuka ruang untuk orang lain di dalam hatinya.

Dan kecurangan Fariz rupanya telah diketahui oleh rakan aku terlebih dahulu cuma rakan aku tidak mahu memfitnahnya. Ramai sebenarnya insan-insan yang menolong aku didalam kes ini kerana semuanya bekerja di tempat yang sama. Bila semua dah terbongkar, Fariz masih menidakkan bukti yang memang jelas dan nyata terpampang dimata aku.

Ketika aku mendapat bukti tersebut, tiada setitis air mata aku lagi buat Fariz. Bagi aku dah berakhir semuanya dan aku tahu aku tak ada tempat lagi di dalam hatinya. Dan setiap percakapan Fariz sepanjang proses putus ni hanyalah menyentap hati dan perasaan aku kerana tiada penyesalan mahupun kesedihan kerana memutuskan perhubungan ini.

Dia tahu dia dah seksa perasaan aku tapi dia berlagak seperti tiada apa yang terjadi. Dia menganggap aku seperti kawan dia sahaja tapi bukan mudah untuk aku terima semua ini.

Sekarang, aku masih mencari kekuatan dalam diri aku untuk melupakan semuanya. Aku sekat semua media sosial aku dari Fariz kerana tidak perlu untuk menunjukkan muka aku lagi dihadapan dia sedangkan dia dah bahagia.

Aku bersyukur dan berterima kasih kerana hadirnya insan-insan yang menolong aku bagi bukti, sokongan padu di saat aku tersungkur, meluangkan masa dengan aku di saat aku perlukan sesorang untuk bercakap.

Di setiap solat aku juga, aku sentiasa berdoa agar aku redha dan ikhlas untuk memaafkan segala apa jua kesalahan Fariz terhadap aku. Aku tak mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku pada dia cuma aku tahu Allah itu maha adil dan lagi mengetahui segala-segalanya.

Yang membaca confession aku ni doakan la aku jadi seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Dugaan ni mungkin hadir hanyalah untuk aku kembali kepadaNya.

Sekian~

– Bunga Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *