Ini adalah reply untuk confession: (https://iiumc.com/spm-2019/).
Bismillahirrahmanirrahim. Hi calon SPM 2019. Saya bekas Calon SPM 2016. Saya ambil sembilan subjek, aliran sains. Apa yang saya buat insyaaAllah boleh membantu awak.
Ini senarainya :
1. Hormat Allah, guru,ibu bapa dan rakan² awak.
– Solat awal waktu.
– Senyum/bagi salam pada cikgu(ingatkan cikgu untuk halalkan segala ilmu yang diberi).
– Doakan ibu bapa, minta maaf setiap kali sebelum tidur, bila exam minta doa daripada ibu bapa,jangan melawan kata mereka.
– Seeloknya layan kawan² seperti mana awak nak dilayan.
2. Cari study partner/ group. Bincangkan soalan, jawapan.
3. Tuisyen/ kelas tambahan.
4. Siapkan segala homework yang guru bagi.
5. Kalau dah rasa bosan, cari benda yang awak suka buat Lepas tu,sambung belajar balik.. (melukis/ membaca/ main game/ keluar beriadah/ jalan²).
6. Jangan stress, INGAT, awak dah berusaha,doa, tinggal letakkan pengharapan pada Allah Sahaja.
7. Cari masa yang efektif untuk awak belajar, kalau saya, saya study lepas isyak dan pukul 4 sehingga subuh.
8. Latih tubi menggunakan past years question.
9. Kalau tak faham sesuatu subjek, boleh layari youtube untuk visual, lebih menarik, senang faham.
10. Buat nota sendiri, sebaiknya warna warni.
11. Pastikan awak dapat tidur yang cukup, 6-8 jam.
Time SPM:
Print slip peperiksaan. Bawa ic Bawa alat tulis. Jawab soalan yang awak boleh buat dulu, yang susah tinggalkan, bila dah habis jawab soalan yang awak boleh buat baru jawab soalan yang susah.
Jangan gelabah. Tenang. Doa sebelum jawab kertas periksa. Doakan semoga pemeriksa lembut hati, awak terang hati, lapang dada, dipermudahkan untuk jawab soalan exam.
Semoga berjaya, calon SPM 2019, Fighting!
– Calon SPM 2016 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit