Disebalik Seorang Yang Rupawan

Assalamualaikum semua. Ini balasan kepada confession disebalik seorang yang hensem. (https://iiumc.com/disebalik-seorang-yang-hensem/).

Harap admin akan approve confession ni sebab pernah kena reject dah sebelum ni. Hahaha. Nama aku Orked. Rupa aku boleh la tahan. Harapkan kulit cerah je kot. Kalau gelap mesti tak ada orang pandang.

Hahaha Ye la, stigma masyarakat sekarang asal kulit cerah je cantik, lawa sebab tu banyak produk dekat pasaran sekarang orang berlumba nak kulit cerah. Orang ramai mungkin lupa Abu Jahal yang berkulit putih cerah tu penghuni neraka dan Bilal Bin Rabah yang berkulit gelap tu penghuni syurga.

Deep tak? Hahaha tapi korang doakan lah ye aku yang berkulit cerah suam-suam kuku ni jadi penghuni syurga sama macam korang jugak.Hehe

Berbalik kepada topik asal aku tadi, sejujurnya aku memahami perasaan confessor. Bukan tak bersyukur atas kurniaan Ilahi. Setiap kali solat aku berdoa Allah bersihkan hati aku dari segala sifat riak takabbur dan segala penyakit hati.

Cuma bila selalu sangat kena dengan orang sekeliling sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan dan emosi diri. Sampaikan kadang kala tak dapat beza orang ikhlas puji atau bagi sarcasm dekat kita. Huhu

Dulu waktu kecik aku pernah kena buli dekat sekolah agama hanya kerana rupa dan diri aku yang pemalu. Budak perempuan kelas aku selalu pulaukan aku ejek-ejek aku cakap perasan lawa la.bajet ayu la sebab masa tu ramai budak lelaki minat aku. Padahal aku tak pernah layan pon. Aku biasa duduk sorang-sorang dalam kelas, makan sorang-sorang.

Pernah ada ustaz dan ustazah kesian dengan aku panggil tanya aku okay ke tak. Aku jawab okay je sebab aku takut. Aku pernah kena buli sampai tarik-tarik tudung sebab aku buat tak layan bila kena ejek. Ini paling teruk la kena membuatkan aku trauma kejap, ponteng sekolah agama petang seminggu. Aku tipu ayah aku cakap sekolah cuti. Huhu

Bila dah meningkat dewasa Alhamdulillah dah tak ada kes buli ni tapi lebih kepada susah nak dapatkan kepercayaan orang lain. Orang akan ingat perempuan lawa ni bimbo tak pandai buat kerja. Kredibiliti tu diragui la senang cerita. Dari sudut relationship pon sama. Aku tak pernah ada boyfriend jadi bila aku berkawan dengan lelaki mesti akan tanya pasal ex berapa orang.

Bila aku jujur cakap tak pernah ada boyfriend mesti dapat jawapan tipulah tak ada, takkan orang cantik macam awak ni tak ada. Ehhh geram pulak rasa. End up dia sampai sekarang la aku bujang walaupun umur dah makin ke hujung 20-an. Hahaha

Jadi dekat sini, aku nak kukuhkan setiap orang ada ujiannya. Orang ada rupa ada ujiannya sendiri orang yang rupa biasa juga ada ujiannya yang tersendiri. Setiap manusia adalah sebaik-baik ciptaan-Nya. Seperti surah At-Tiin ayat 4:- “Sesungguhnya kami ciptakan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya” Cuma mungkin ada terlebih dari satu sisi tapi kurang di sisi yang lainnya.

Rupa ini hanyalah pinjaman pencipta sementara, akhlaklah yang membezakan kita. Seperti yang tertulis dalam surah Ar-Rahman ayat 70:- “Di dalam syurga itu juga terdapat bidadari yang tinggi akhlaknya lagi cantik parasnya.” Di sini Allah mendahulukan akhlak yang mulia daripada wajah yang rupawan.

Pokok pangkalnya adalah hati yang bersih yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Tak kisahlah bagaimana rupa kita bagaimana kehidupan kita, tetapkan hati supaya sentiasa berlapang dada dengan ujian dan nikmat Allah. Kadang kala tanpa kita sedar ujian itu datang dalam bentuk nikmat juga.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud:

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu kerana yang demikian itu lebih patut bagi kamu supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kamu.” (Riwayat Bukhari)

Kepada confessor I feel you bro! Hahaha Jangan rasa down dengan penilaian masyarakat kerana yang paling utama adalah penilaian sang pencipta. Sentiasalah menjaga hubungan dengan-Nya, Insya Allah hubungan dengan manusia nanti Allah akan mudahkan dan pelihara.

Akhir kata dari aku. Love yourself! Hahaha. Semoga kita semua sentiasa berada lindungan dan rahmat Allah. Amin

– Orked (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *