Assalamualaikum warga iiumc, terima kasih admin kalau confession aku ni disiarkan. Aku terpanggil nak ceritakan pasal keluarga aku selepas baca confession “13 orang anak tak guna” tu. (https://iiumc.com/13-orang-anak-tak-guna/)
Aku pun ada 13 orang adik beradik. Ni pertama kali aku tulis kat sini. Aku tak pandai sangat nak tulis cerita sebenarnya. Cuma nak berkongsi rasa.
Aku dilahirkan dalam keluarga yg sederhana saja, aku anak bongsu dari 13 orang adik beradik. Satu mak satu ayah (hebat kan orang dulu-dulu) hehe. Mak dan ayah aku jaga kami 13 orang dengan sangat baik, cukup didikan agama, makan pakai cukup sampai kami dewasa.
Dulu pernah masa kecik2 ada org nak amik abang dan kakak aku untuk dijadikan anak angkat sebab masa tu keluarga kami susah, mak bagi la orang tu bawak balik abang ak mase tu tapi ayah aku pergi ambik bawak balik umah semula, dia cakap anak dia biar dia jaga.
Kat sini aku nak cerita pasal mak aku dan betapa banyak hikmah yang Allah bagi selepas banyak liku2, hinaan, dengki orang pada dia yang dia lalui.
Mak aku ni kiranya cantik la, dari muda sampai sekarang dah 60-an pun still cantik. Orang tak caya kalau umur mak dah 60-an. Aku je tak ikut mak, muka ikut ayah, haha. Apa yang aku tengok mak ni tak pernah tinggal solat dhuha dan solat tahajud. Macam mana sibuk pun dia akan buat jugak.
Beberapa tahun lepas mak ak kena strok tak boleh berjalan, duduk atas wheelchair je kemane mane. Tapi semangat dia kuat, doctor pun cakap macam tu. Macam mana orang lumpuh sebelah badan mampu urus diri sendiri tanpa pertolongan orang. Mak aku boleh.
Amalan yang dia buat masa dia sihat dulu, dia mampu buat sepenuhnya walaupun dia sakit. Memang dari dulu dia jenis kuat semangat. Tapi tahu jela kan jaga orang sakit ni sangat perlukan mental dan fizikal yang kuat ye.
Sejak mak aku sakit, aku la yang take over jaga dia sampai sekarang. Masakkan untuk dia, mak ak sangat sangat cerewet bab makan, setahun nak cuba faham selera dia, hehehe. Sebabkan aku tak kahwin lagi so rezeki aku dapat jaga mak.
Masa tu aku baru habis diploma. Syukur alhamdulillah semua berjalan dengan sangat baik. Dan sekarang aku pun ada bisnes sendiri. Doakan aku dimurahkan rezeki dan berjaya ye.
Sepanjang mak aku sakit, abang2 dan kakak2 aku sangat membantu. Sampaikan dorang buatkan satu bilik macam kat hospital tu di rumah. Siap dengan aircorn dan tv hujung katil. Apa yang ada kat hospital tu la yang ada kat umah aku.
Kalau orang datang melawat mesti cakap ni wad vvip, hahaha. Apa yang mak nak mesti anak2 tunaikan. Maybe sebab ni jugak kenapa rezeki adik beradik aku melimpah ruah. Sebenarnya mak aku memang layak dapat semua tu.
Sebab dulu mak banyak usaha untuk besarkan kami adik beradik, tak pernah mengeluh. Cuma ayah jela, garang sikit. Hahaha. Aku ingat lagi dulu mak jual nasi lemak, bangun awal pagi tidur lewat malam. Bertahun tahun macam tu. Ayah kerja makan gaji saja. Sekarang bila anak2 dah besar dia pulak yang rehat.
Kami bertuah sebab dilahirkan dari rahim mak macam dia. Dia sakit pun still utamakan anak2. Mak tak pernah bezakan anak2 dia. Semua sama rata. Rezeki mak jugak dapat anak menantu yang baik2.
Menantu perempuan semua jenis hormat mak. Takde nak dengki2 kalau abang2 aku belikan pape untuk mak. Kalau ade salah faham sikit2 tu biasa laa, sedangkan lidah lagi tergigit kan. Manusia takde yang sempurna.
Kalau jumpa kawan2 lama mak,dorang mesti cakap mak aku ni bertuah sangat anak ramai pun semua pakat jaga, takde nak dengki2. Kadang bawak mak jalan2 makan angin. Kalau pi kenduri mana2 semua anak2 follow je. Rezeki mak ayah dikurniakan anak2 yang baik.
Tapi aku rasa kami yang bertuah sebenarnya sebab cara didikan dan doa mak ayah pada kami la yang buatkan kami jadi manusia berguna sekarang. Dapat kerja bagus2 semua.
Dari kecil di didik bab pengetahuan agama walaupun mak bukan laa dari keluarga hafiz or hafizah tapi cukuplah untuk bekalan meneruskan hidup.
Ok sampai sini jela, mak aku suruh buatkan lempeng tu, kan lambat kena bebel, huhu. Setiap anak tu bawak rezeki masing2. Tapi rezeki paling besar tu ada pada ibu bapa kita. Jaga mereka, Allah jaga kita. Doakan aku dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk jaga mak aku ye.
– Tauhu begedil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit