Perbandingan

Assalamualaikum. Hai semua. Thanks admin post kan entry ni. Pendek je entry ni. Sesaja meluangkan masa nak menaip sambil2 memikirkan post2 sis2, hakak2, mak2 orang kat fb/whatsapp.

Topiknya, PERBANDINGAN. Bukan antara menantu, anak2 atau isteri2 ye. Ini perbandingannya:

1) Antara orang yang bersalin normal dengan yang bersalin ceaser.

2) Antara yang bekerja dengan yang suri rumah.

Alahai… 2 topik ni rasanya hangat dipasaran fb sekarang.

Yang bersalin ceaser sibuk share video orang bersalin ceaser caption, ‘pengorbanan dibelah bahagian perut hidup2 sebanyak 7 lapisan, orang yang pernah alami je tahu macam mana sakitnya’.

Yang normal pulak up, ‘sakit meneran + dijahit hidup2 macam tulang dipatahkan serentak’… Lepas tu ada pulak cakap, ‘ko senang la normal, kejap je luka elok. Aku ceaser kena jaga perut, sakit kena cucuk epidural lagi nak tanggung.’

Pening mak cik ni anak oi!! Hahaha. Perlu ke?? Nak buktikan apa sebenarnya?? Bukan ke itu semua ketentuan Allah. Rezeki yang Allah dah bagi. Pengorbanan yang sama dalam kita melahirkan zuriat. Cuma pengalaman berbeza…

Yang kedua, suri rumah vs yang bekerja. Suri rumah post, ‘siapa kata suri rumah rilek, boleh tidur, keje 24 jam tak berhenti melayan keluarga, tiada me time, tiada kawan, stress keje dengan duduk rumah lain’. Hahaha… memang tak dinafikan banyak perngorbanan suri rumah ni.

Lepas tu serangan balas dari ibu2 yang bekerja, ‘kami bekerja untuk membantu suami, menambah pendapatan keluarga, menjadi insan yang lebih berjaya’… Yezaaa. Mereka berkorban tinggalkan anak dekat pengasuh untuk semua tu.

KISAHNYA sekarang, perlu ke semua ni?? Bukan ke dua2 berusaha nak menjadi ibu dan isteri yang baik, yang suri rumah penat 24 jam jaga anak. Nak keluar tak boleh. Stress.

Yang bekerja pun penat balik2 keje kena masak urus anak. Settle hal rumah tangga. Cuti pun masa untuk kena hadap keje2 rumah. Bukan ke sama je semua tu.

Tak perlu la nak banding2 kan… FOKUS je untuk hidup sendiri. Dan yang paling penting bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Hargai dan hormati perasaan orangg lain.

Senangnya hidup orang lain sekarang, kita tak nampak kesusahan yang dia tanggung. Sesusah hidup kita sekarang, ada orang lain lagi yang susah…

So kita jadikan motivasi diri kita untuk jadi lebih baik. InshaaAllah. Semoga kita semua dirahmati Allah dipermudahkan segala urusan. Aamiin. Assalamualaikum. Thanks kerana membaca.

– Sis emosi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *