Assalamualaikum semua. Suami saya dibesarkan dalam keadaan unstable family.. Ayah kawin ramai.. Ekonomi family ada ups and down.. Buatkan suami saya jadi pendiam dan pemendam..
Saya sukar nak memahami apa yang dia fikir, apa dia rasa, apa dia nak.. Dan kalaupun saya faham, saya tak mampu penuhi semuanya..
Bagi suami, saya tak memahaminya langsung… Apa yang saya cakapkan, itu semacam satu serangan baginya.. Suami terlampau defensive.. Menjadikan kami sukar untuk bercakap..
Saya pula jenis outspoken, aktif, berbeza dengan suami.. Kalau kat luar, saya yang bercakap.. Dengan family dia pun, saya yang bercakap.. Hubungan kami ada naik dan turun.. Orang kata biasa kut dalam perkahwinan.. tapi bagi saya this is unhealthy.
Saya banyak kali pesan kat suami.. Saya tak nak anak2 membesar dengan tenogk kita bergaduh.. Kalau masa bergaduh tu, memang teruk la.. Lepas tu, saya akan jadi orang first minta maaf, pujuk dan berbaik semula.. Benda ni selalu berulang buat saya rasa bosan dengan perhubungan ni.. Anak2 bukan tak memerhati..
Bila bergaduh, anak sulung saya akan bawa adik2 jauh sikit dan jaga adik2.. Saya fikir sampai bila. Saya cakap kat suami kalau macam ni jadinya, lebih baik kita berpisah.. Tapi suami selalu diam.. Tak bercakap..
Dia pernah cakap whatever happen, dia takkan lepaskan saya.. Dia tak nak lepaskan saya, tapi dia ignore saya.. Selalu buat saya rasa saya yang jahat, saya yang bersalah..
Saya sangat penat dan jadi malas nak pedulikan suami dah.. Seriously saya dah tawar hati sangat.. Until now, sikap suami buat hati saya jadi keras dengan dia.. Keras dan takde perasaan..
Satu hari, anak sulung saya menulis nota.. Meluah isi hatinya yang tengok kami bergaduh dari dia kecik… Luluh hati saya.. Adakah suami saya sedar.. I try to avoid drpd bergaduh, but it’s not easy.. Suami selalu ignore saya, rasanya lg sakit drpd kena pukul..
Fyi, suami tak pernah pukul saya directly.. Saya dah penat menangis.. Saya pernah rasa tak guna sangat, rasa nak bunuh diri.. Tapi masih ada keimanan dan sanity. Saya try ubah mindset saya.. Macam mana dia ignore saya, macam tu saya ignore dia.. I have to do this..
Saya tak kisah besarkan anak2 saya sorang2 daripada both terseksa macam ni.. Anak2 tengok kami tak happy.. anak sulung saya luahkan harapan supaya kami dapat selesaikan dengan baik..
Saya tak boleh buat apa, suami keep ignore saya. Dia taknak bincang. Saya ajak dia pegi kaunseling, dia tak nak. Saya tak sure family dia tau ke tak perangai dia sebenarnya..
Tiap kali sembang, mak dia selalu cakap benda yang baik sahaja.. Adik beradik dia pun cakap benda sama. As if kalau saya cakap, takde sape akan percaya pun..
No exit, no escape.. Saya kesian kat anak2.. Dan saya kesian kat diri saya. I used to be a happy woman.. Sekarang bila balik rumah, saya rasa macam masuk dalam penjara… Saya tak boleh jadi diri saya.. Saya terpaksa jadi pendiam. Lama2 boleh murung..
Lelaki kat luar cuba nak tackle saya.. Saya tepis, saya hormat suami saya, saya tau batas saya.. Tapi bila dah kronik macam ni, saya nak lupakan masalah di rumah..
Ada seorang bekas rakan sekerja saya yang suka mesej saya.. Dulu saya tak layan, lately saya rajin bermesej dengan dia. Kami bincang hal pejabat je pun, sometimes gurau..
The thing is he like be my friend. Saya tak sakit, tak rasa dijudge, tak rasa loser.. Saya happy dapat berbual.. Saya tak ada kawan perempuan yang rapat.
Eventhough this problem i faced, saya tak pernah luah pd bekas rakan sekerja saya tu masalah saya di rumah..
Saya buntu nak selesaikan ni.. Bukan tak solat, doa.. Saya manusia biasa je.. Ada masa rasa i need somebody. Dengan mak dan adik beradik saya tak cerita, it might be more worst..
Please semua. I need good advice.. Thanks.
– Fira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit