Belajarlah Dari Pengalaman

Assalamualaikum, terima kasih admin sudi terima penulisan aku.

Aku Hani, 3 series. Disaat kata-kata “all men are trash” atau “same goes to women” yang biasa kita dengar terucap dibibir, Allah beri aku peluang untuk dengar nasihat sorang muallaf yang bagi aku betul2 ubah negative mindset tu pada benda yang lebih positif selari dengan apa yang Islam ajar.

“Keep that all-men-are-trash on the other side of the fence. In Islam, we respect our men. We believe good men are for good women and good women are for good men”.

Mula tu aku kurang setuju sebab aku sendiri dah lali dengan cerita orang sekeliling aku baik lelaki atau perempuan yang bercinta tapi dipermainkan hati dan perasaannya. Aku pun sama. Decide untuk putus selepas beberapa kali cuba untuk have a serious relationship but end up aku silap jaga jodoh orang rupanya.

Sakitnya rasa putus cinta tu mesti korang yang dah pernah rasa dapat bayangkan macam mana, kan? But then aku sedar. Kenapa Allah bagi aku rasa semua ni. Dan Alhamdulillah, Allah gives me my man who worth my wait. Tak sempurna dimata yang lain, tapi cukup-cukup sempurna dimata aku, isterinya.

Pertama, kurangnya berdoa dan kebergantungan. Aku usaha cari jodoh tapi aku lupa mintak Allah untuk bantu aku. Aku rasa aku mampu cari sendiri. Aku lupa nak doa pada Allah yang dah sedia atur siapa yang akan jadi milik aku.

Aku lupa nak doa bagi Allah jaga hati aku daripada jatuh cinta pada orang yang salah, jauhkan aku daripada disakiti, jauhkan aku daripada silap jatuh cinta pada orang yang hakikatnya takkan jadi milik aku. Bila dah putus? Menyesal. Itu lah, siapa suruh tak bergantung pada Dia yang berkuasa atur segalanya.

Nak dijadikan cerita, hebatnya kuasa doa ni bila hubby aku bagitahu yang dia dah lama selit nama aku dalam doa dia. Walaupun aku tak pernah doa untuk dia (yelah sebab selama ni sibuk jaga jodoh orang kan hahaha), rupanya Allah dah lama gerakkan hati hubby.

It’s only time that matters. Allah cuma nak beri kau hadiah tu pada masa yang tepat je. You may don’t get what you prayed for, but you may be someone’s blessing who’d always pray for you.

Kedua, kurang ilmu agama. Benda ni paling basic dalam menentukan bahagia derita hidup seseorang. Orang yang faham agama, tak akan salahkan takdir andai jodohnya lambat berbanding yang lain. Orang yang faham agama, tak akan letak diri dia in a high risk dengan serahkan her/his everything pada kekasih yang belum halal baginya.

Akhirnya, tak kira lah seteruk mana pun hal yang terjadi, jika benar kita faham, kita akan mampu terima, redha dan minta lagi pada Allah agar berikan yang lebih baik. Bukanlah meroyan, meratap, doa yang buruk2 untuk kekasih yang tinggalkan kita dan buat perkara yang binasakan diri.

Orang yang bodoh je biar diri tu menderita lama padahal ex tu tak terkesan apa pun tengok kita kita sengsara. Again, “the best revenge is to be happy” (thanks to the quote’s owner).

Ketiga, hargai kelebihan hormati kekurangan. Ironinya, makin lama makin kita kenal pasangan kita. Baik buruk dia, kurang lebihnya dia. Kalau betul sayang, mesti lah akan cuba terima semua tu. Ye dak? Jangan sesekali paksa diri atau paksa pasangan untuk ubah diri dia jadi orang lain yang bukan diri dia. Diri kita pun sama.

Its’s okay to improve ourselves be someone better. Tapi jangan sampai menyakitkan diri sendiri. Cintai dia seadanya dan carilah seseorang yang cintai kita seadanya. Sebaiknya tambah juga melalui bacaan ilmu psikologi tentang cara kenal someone’s character and how to deal with it. Mungkin sikit sebanyak boleh membantu kita upgrade diri on how to tackle pasangan kita setiap hari.

My hubby seorang yang pendiam so what i learnt is that dia tak suka small talks and prefer deep-talks conversations. Jadi dari situ aku sentiasa cuba tambahkan ilmu pasal benda fakta, baca news, benda keagamaan dan ajak dia berbual. Aku jenis suka berkebun, memasak.

So my hubby sentiasa cuba faham hobi wife dia ni dengan follow group2/page di facebook yang berkaitan dengan hobi aku. Walaupun dia tak banyak bantu mudahkan kerja aku kat kebun atau dapur (laughing), tapi at least tengok effort dia pun dah cukup bagi aku.

Kesimpulannya, bantu dia untuk jadi lebih baik dalam masa sama mintak dia bantu kita jadi lebih baik. Again, beza antara suka dan cinta. Suka seperti anda suka pada sekuntum bunga lalu memetiknya. Sedangkan cinta, anda suka pada sekuntum bunga lalu anda terus menyirami dan membajainya hingga ia bisa hidup semegahnya.

Kelima, belajar dari pengalaman. Ada orang Allah rezekikan rasa disayangi dan mampu menyayangi seorang sahaja kekasih sepanjang hidupnya (anda patut bersyukur jika anda dari golongan ini). Ada orang Allah bagi dia pengalaman lepas lalui beberapa kali fasa kenal-bercinta-putus yang menyakitkan hati tu.

In both situations, belajarlah. Belajar lah macam mana cara yang betul dan baik untuk tackle someone. Belajar lah bagaimana caranya menjadi seorang yang layak untuk disayangi dan menyayangi. Baik yang mampu setia atau sering dicurangi, banyak benda yang kita boleh belajar dan jadikan panduan dan pengajaran untuk tempuhi fasa hidup mendatang.

Again, Allah put someone in our life for reasons. Untuk pengalaman, atau pengajaran.

Apa yang aku coretkan nak dipadankan dengan pengalaman hidup aku yang baru setahun jagung ni tak lah hebat mana. Tapi itu lah, lain orang lain cara. Lain orang lain pengalaman.

Mungkin readers lain boleh sama2 drop comment membina untuk kita sama2 belajar bina hidup yang bahagia. Avoid negative vibes, spread only the good one.

– Hani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *