Jodoh Tak Lekat

Assalamualaikum. Sebagai pembaca setia IIUM Confession, tiba-tiba tergerak hati nak menulis mengenai diri sendiri yang memang berusaha sejak dari zaman Universiti lagi mencari jodoh sampai lah sekarang ke usia 29 tahun dan masih tak lekat-lekat.

Sebagai perempuan yang dah berkerjaya, semestinya korang akan rasa tak lengkapnya hidup bila peneman hidup tu tiada lagi. Kadang-kadang menangis sendiri sebab rasa macam dah pelbagai usaha dah dibuat tapi memang masih tak de jodoh. Rasa macam-macam episod percintaan yang tragik dah dilalui sampai rasa hati dah remuk rendam tapi tu lah masih lagi tak berkahwin sampai ke sudah.

Inisiatif pertama mencari jodoh ialah melalui laman web cari jodoh. Memang gigih lah skrol, reply dan cari calon lelaki yang mungkin boleh dibuat bakal suami. Akhirnya melekat la seorang cikgu yang bekerja di Melaka.

Perkenalan semuanya baik, dah jumpa mak ayah. Tapi masa umur macam ni belum stabil dari segi kerjaya. Tiba-tiba dapat tawaran bekerja dekat Lembah Kelang dan terpaksalah berpindah. Bila dah jauh, tiba-tiba dia pun jauhkan diri dan kerapkali bergaduh. Akhirnya dia ‘ghosting’ dan tak tahu la apa jadi dengan dia tapi inilah episod pertama kegagalan dalam percintaan.

Selepas tu, dapat pulak tawaran bekerja kat Selangor. Memandangkan tempat kerja baru lebih stabil dan menjaminkan, akhirnya berpindah pula tempat kerja baru. Masa kat tempat baru ni, adalah jugak cari jodoh tapi tak serius. Join group whatsapp untuk berkenalan dan adalah kenal dua-tiga orang tapi tiada yang serius.

Tiba-tiba ada kawan nak kenalkan dengan seorang duda yang turut pegawai di tempat kerja yang sama. Mula-mula duda ni macam tak berapa sudi tapi lama-lama dia macam rajin la pulak wasep dan telefon bertanya khabar.

Masa kerja dekat Selangor ni, Alhamdulillah rezeki dapat pulak tawaran masuk kerja Kerajaan. Berjauhan la lagi dengan si duda ni sebab kena posting kat pantai timur. Mula-mula dia rajin la juga telefon dan berhubungan tapi disebabkan rasa macam dia cuma perlukan kawan untuk hilangkan kesunyian dan tak serius maka saya cuba jauhkan diri.

Mula-mula dia asyik wasep kenapa jauhkan diri. Tup tup tak berapa lama kita berpisah, tiba-tiba terjumpa FB dia dan dia dah berkahwin dengan kawan opismate dia tak lama lepas tu. Sedihnya rasa, memang saya ni dijadikan tempat hilangkan kesunyian sahaja kan.

Lepas tu memang taubat malas nak bercinta. Tiba-tiba mak ayah kenalkan dengan pegawai yang minta dikenalkan dengan mana-mana anak perempuan ayah. Disebabkan adik-beradik perempuan, saya je single, maka memang kena pass kan lelaki ni.

Lelaki ni pula memang baik, beragama tetapi tak tahulah kenapa macam tak berapa matching antara kita. Kalau duk sekali asyik nak bergaduh je rasa. Masa kawan dengan dia ni, tiba-tiba ada kawan dari zaman pra-U masuk jarum pulak. Disebabkan berkenalan dengan kawan baru ni, lelaki ni saya tinggalkan secara baik dan minta supaya dia mencari perempuan lain buat bakal bini.

Kawan pra-U ni masa mula-mula kenal memang bersungguh-sungguh. Mula-mula tu kata nak datang beraya rumah. Ingatkan datang beraya habes dah. Rupa-rupanya dia memang ajak bercinta. Naif sungguh waktu ni.

Ingatkan dah jumpa bakal jodoh. Rasa macam bodohnya waktu ni sebab percaya yang sudi nak memperisterikan kita, nak masuk meminang bagai. Dia memang jenis berjanji sampai ke bulan lah punya lelaki masa mula-mula nak kenal.

Tapi bila dah lama-lama berkawan, bila tanya hal kahwin, dia akan marah-marah kata kita tak sabar dan sebagainya. Dia pernah berjanji nak datang jumpa mak ayah dan bila kita tanya tibe2 kita kena marah balik. Mula-mula kita boleh sabar lagi tapi kalau dah masuk hal melibatkan mak ayah memang dah tak boleh terima waktu tu.

Masa ni memang rasa bodohnya sebab terlalu banyak berkorban untuk lelaki yang menjanjikan akan sebuah perkahwinan. Mak dia sendiri pun minta tolong dan kita turutkan sebab pikir nanti bakal jadi ahli keluarga.

Tapi Alhamdulillah masa putus, dia bayar semua kos pertolongan mak dia dan kita akhirnya bawa haluan hidup secara asing dengan baik. Tapi masa patah hati dulu, makan tak lalu sampai memang kurus lah. Lagi kecewa bila ingatkan dah jumpa jodoh tapi rupanya bodoh je yang dijumpa.

Lepas tu memang redha dan kalau ada lelaki pun lepas ni harapnya terus halalkan sebagai isteri. Tiba-tiba ada seorang senior masa zaman U dm kat insta dan nak berkenalan. Masa tu pikir mungkin inilah jodoh yang dinanti. Sebab dia sendiri pun dah 35 tahun dan semestinya akan mengambil serius hal rumah tangga.

Oleh itu, kawan lah macam biasa, senang kata kita bercinta lah. Sebenarnya pertama kali bercinta dan jumpa lelaki yang gentleman macam dia. Jenis lelaki yang baik tutur kata, rajin buat suprise, kalau berjanji akan sedaya upaya untuk tepati. Saya dah bercinta banyak kali dan ex saya sebelum ni tak ada lagi sebaik dia.

Mula-mula kitaorang ok. Tapi lama-kelamaan saya menanti jugaklah kata-kata nak ajak kahwin dari dia. Tapi setiap kali saya usulkan pasal kahwin, dia akan mengelak dan tanya balik sama ada saya ada orang lain ke, kenapa saya tak boleh bersabar. Sesuatu yang lelaki seharusnya faham, ajakan kahwin tu bukan permainan yer. Banyak perkara yang perlu dirancang dalam hidup ni sama ada kita berkahwin dengan seseorang atau tidak.

Sebagai contoh, saya nak beli rumah. Dia sendiri pon dah beli rumah di kawasan tempat kerja dia. Tapi kita tak tinggal satu tempat. Dia selalu cakap dia nak beli rumah atas tanah dan berharap kita boleh beli rumah atas tanah sama-sama nanti. Harga rumah bukan makin murah sebab tu kena beli awal.

Bila saya tengok dia tidak serius hendak memperisterikan saya, akhirnya saya ambil keputusan beli rumah saya kat kawasan tempat kerja saya. Tapi takpelah, kalau saya kahwin dengan dia mungkin saya boleh menetap di rumah yang dia beli tersebut dan sewakan rumah saya di sini.

Okay, saya sabar lagi kawan dengan dia dengan harapan mungkin lambat laun dia kan tergerak hati dan memperisterikan saya. Lepas itu, saya ada event dekat dengan tempat kerja dia dan saya pegi ke sana. Saya memberanikan diri untuk bertanya kepada dia bile nak datang jumpa mak ayah saya. Dia setakat diam dan tiada jawapan.

Sememangnya bila balik rumah, saya nekad, saya tidak mahu buang masa merancang masa depan saya dengan lelaki yang not “woth the time” dan saya terus tanya dia berkenaan perkahwinan. Dia jawab kalau saya ada orang lain, dia pasrah dengan berakhirnya hubungan kita ini.

Mula-mula saya rasa sedih tapi lambat laun saya paham dia sebenarnya tak pernah berkeinginan pun nak menjadikan saya yang halal untuk dia. Akhirnya saya dan dia setuju untuk bawa haluan masing-masing.

Kadang-kadang rasa bertuahnya perempuan yang dipilih dijadikan isteri dan telah berkeluarga sejak muda, sedangkan kita yang masih bujang berjuang untuk menghalalkan hubungan yang kita sendiri tidak tahu sama ada kita akan berakhir kekecewaan atau bahagia.

Sekalipun terlalu banyak kecewa dan makan hati, saya pohon pembaca doakan saya jodoh yang tidak tahu akan kunjung tibanya ;'[

– mudahanyasekali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *