Dah Putus Asa

Hi, aku Innara (well of course lah bukan nama sebenarkan). Aku rasa terpanggil untuk kongsi perasaan yang dah terlalu lama terbuku di hati. Soal JODOH. Well again JODOH.

Warning: penulisan aku amat panjang, dan aku bukan orang yang pandai untuk mengolah penulisan bagi cantik dan sedap. Kalau bosan maafkanlah hamba ini yang juga sedang bosan.

Masuk tahun ni aku dah 29 tahun, lagi few months je dah nak masuk Wawasan 2020. Tiba-tiba aku teringat conversation aku dengan childhood bestfriend aku Laila, “Waah nanti wawasan 2020 dah ada Kereta terbang, umur kita pun 30 entah dah berapa orang anak dah kan?”

Hmmm, the sad fact is sampai sekarang pun aku masih belum bertemu jodoh and last aku pernah bercinta pun tahun 2007 waktu form 5. Does that count or it is just a puppy love?

Bukan aku tak redha dengan takdir, bukan aku nak menyalahkan qada’ & qadar yang Allah telah tuliskan untuk aku. Tapi setiap kali aku tengok orang lain bahagia berumah tangga either on social media or physically seen husband & wife yang shopping groceries or makan sama-sama pun dah betul-betul trigger perasaan sedih aku, tak pasal-pasal mengalir air mata.

Itu belum lagi kawan-kawan Uni/ colleague menjemput aqiqah / birthday anak-anak diorang, allahurabbi bertambah-tambah sedih aku. Tak nak pergi, kawan baik, takkan kau tak nak pergi & doakan kebahagiaan diorang, tapi asal pegi je ada pulak suara sumbang, “Hah turn ko bile lagi, aku dah masuk 3 orang dah ni, ko satu pun belum lagi”.

Zaaaasssss~ dah macam petir kilat sabung-menyabung dalam hati ni, kalau aku boleh jerit dekat muka kau, dah lama aku jerit yang aku tak mintak pun untuk jadi tak laku macam ni. But what to do? I have to pretend to be cool, senyum je semanis mungkin, and jawab, “InshaAllah, inshaAllah coming soon, Jodoh aku tengah sesat lagi kot?”.

Padahal dalam hati nak je aku jawab, “Boleh je anytime as long as ko sudi bermadu dengan aku”. Tapi tak nak lah kan, nanti aku makan penyapu pulak. Maka berlinanglah air mata aku sepanjang driving balik rumah.

Itu belum bercampur lagi dengan colleagues or family member yang mulut PUAKA bila ada dispute, mula nak patah kan aku dengan topic, “Innara, ko ni dah kena kawin baru hormone kau tenang. Ini tak, Kerja nak mengamuk je”… Eeeee rasa macam nak carut je dekat muka orang-orang macam ni. Saje je nak put me down kan? As if like aku tak pernah try cari jodoh kan?

Dah bermacam-macam yang aku cuba Tinder, Baitulmuslim, Halal Speed Dating dan segala Mak nenek aku dah cuba. Taaruf taaruf senyap. Taaruf taaruf senyap. Sampai aku give up dan question Allah atas apa yang sedang terjadi ke atas diri aku ni.

Aku mengaku aku pernah ada phase wild-wild West aku. Pergi clubbing, private party & ambil dadah (I know this is aib & Allah has covered it up) tapi aku tak pernah sampai ke tahap berzina, tukar pasangan sex & gugurkan anak luar nikah sampai 3-4 kali macam kawan-kawan aku yang takde perasaan.

To be honest dalam circle of friends aku dulu, memang aku betul-betul menjaga sebab aku tahu, aku jaga diri aku sebaik mungkin untuk bakal pasangan aku kelak. Please know that deep down in my heart yang aku sikit pun tak bangga dengan diri dan perbuatan aku pergi clubbing & so on tu, aku cuma nak layan kepala je dulu and I’m not addicted to it.

Tapi sekarang most of kawan-kawan aku yang dah berzina, gugurkan anak / besarkan anak luar nikah diorang tu hidup bahagia aman sentosa dapat suami yang baik-baik, educated, good looking and well off and not forgetting anak-anak yang sihat & comel.

Ehhh…. kenape macam takde balasan Tuhan pun dekat diorang ni? How come hidup diorang boleh bahagia? So smooth je.. ehhh??? Where did I go wrong? Sedangkan aku pulak yang menjaga diri ni? Masih sendu di sini, life pun sendu. Jangan kan Kalau aku buat salah, cepat je Allah bagi balasan. Repeat paper lah, Kereta rosak lah, phone buat hal lah.

Dimana silapnya aku? Sampai kadang tu terdetik je dalam hati ni, kenapa aku tak berzina je dulu time tengah on barang? Kenapa aku tolak bila ada lelaki yang ajak one night stand? This has to come to a point yang aku rasa aqidah aku dah rosak sebab aku tak beriman dengan takdir, qada’ dan qadar yang Allah dah tetapkan.

Belum campur lagi bab family member yang penting kan diri sendiri & manipulative kalau aku cerita lagi dekat sini memang tak habislahkan. Kalau aku rajin, aku cerita part family aku dalam confession aku yang lain inshaAllah.

Aku cuba belajar bersyukur, belajar think positive, latih diri untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah, belajar ubah diri jadi baik. Tukar circle of friends, tukar environment tapi aku masih belum mampu redha SEPENUHNYA dengan takdir yang Allah kurniakan.

Kadang-kadang Depression aku relapse balik. Aku avoid untuk makan ubat-ubat yang psychiatrist aku bagi sebab everytime aku on medication, aku jadi bertambah blank dan rasa makin bodoh. Tapi bila aku tak ambil ubat, memang aku akan sentiasa low mood, sedih je memanjang Alhamdulillah sekarang dah takde suicidal thoughts cumanya hidup aku terlalu sunyi. Loneliness really kills me from within.

Alhamdulillah aku dah bertemu dengan Therapist berbayar yang sesuai selepas beberapa therapist / counselor yang hampeh (maybe sebab it’s government & free kot? Sebab tu tak pasal2 aku pulak kene dengan masalah diorang?)

Please jangan suruh aku pergi berkawan, berdunia dengan orang sebab aku dah hilang kawan either because of they all are busy enjoying their married-life or aku dah lost trust after few friendship betrayals.

Aku berdoa dan harap satu hari nanti aku boleh tenang, mati dalam husnul Khatimah, bertemu dengan Allah dengan qalbun salim dan manghabiskan saki Baki hidup aku yang tinggal entah berapa minit? Jam? Hari? Bulan? Tahun ni dengan menjadi anak yang taat & solehah pada Mak aku sebab itu je ladang pahala yang aku ada dan aku mampu fikir sekarang ni.

Tolong doakan aku yang baik-baik ya kawan-kawan sebab aku honestly dah penat dengan hidup ni. Semoga aku tak berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah.

– Innara Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *